Sekali Lagi Siti Nordiana dan Nubhan

Siti Nordiana @Nana muncul dengan single duet terbaru bersama Nubhan, yang juga kawan baik Nana. Sebelum ni Siti Nordiana dan Khai Bahar banyak berduet bersama. 

Masih ingat lagi Nubhan (AF6)? Nubhan buat comeback berduet dengan Nana. Suka video masak-masak Nubhan dengan maknya kat kampung, cakap loghat Nismilan. Layan juga channel youtube Nubhan Ahmad tu. eh, iklan kejap!

Sekali Lagi , lagu ciptaan oleh Nana sendiri dan juga Sepet bergenre kan pop balada terbitan Syarikat Seventeen Eleven Music.

Sekali Lagi Siti Nordiana dan Nubhan
sumber : Seventeen  Eleven Music

Pelancaran muzik video Sekali lagi dilancarkan secara berperingkat dan episod. yang merupakan siri mini mula ditayangkan pada 4 Januari di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Episod kedua pada 11 Januari dan episod ketiga video muzik rasmi lagu Sekali Lagi pada 18 Januari 2021 semalam.

Muzik video inspirasi dari muzik video Angkara dimana ada lakonan dalam lagu. Itulah kelainan menerusi siri mini dan video muzik Sekali Lagi ni. Menariknya, Nana sebagai penulis skrip dan jalan cerita itu serta terlibat juga dalam proses suntingan.

Hebat Nana ada bakat dibelakang tabir pula.

Muzik Video Sekali Lagi

Nana memegang watak wanita yang annoying dan banyak moment menunjukan sikap Nana yang tak disukai penonton untuk disesuaikan dengan lirik lagu.

Lagu : Sekali Lagi
Penyanyi : Siti Nordiana & Nubhan
Komposer: Sepet & Nana Alias
Lirik : Sepet & Nana Alias

Lirik Lagu Sekali Lagi-Siti Nordiana & Nubhan

Mencoba sekali lagi dan mencoba
Kamu pun begitu cinta
Di saat engkau terluka

Di saat ku tak bisa
Di waktu bagai tidak berpihak
Apakah harus air mata

Kau katakan padaku kasih
Mana bintangmu yang hilang
Biarkan aku gantikan ia

Agar meneman harimu
Mengindahkan langit dulu
Atau inikah hujung jalannya

Terluka sekali lagi dan terluka
Bagaimana nanti kita
Di saat engkau mencoba
Di saat ku pun sama

Diwaktu bagai tidak berpihak
Apakah harus untuk kita

Kau katakan padaku kasih
Mana bintangmu yang hilang
Biarkan aku gantikan ia

Agar meneman harimu
Mengindahkan langit dulu
Atau inikah hujung jalannya

Kau katakan padaku kasih
Mana bintangmu yang hilang
Biarkan aku gantikan ia

Agar meneman harimu
Mengindahkan langit dulu
Atau inikah hujung jalannya

Agar meneman harimu
Mengindahkan langit dulu
Atau inikah hujung jalannya
Atau inikah hujung jalannya


sumber : Seventeen  Eleven Music

15 comments:

  1. eh bestnya lagu ni, inspired pulak rasanya

    ReplyDelete
  2. Suka dengar lagu-lagu nyanyian Siti Nurdiana. Lantang dan tahan nafas betul sewaktu menyanyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu dan suara sedap didengar.nyanyian pun makin better :)

      Delete
  3. Ohhhh. ada ea lagu ni.. baru dengorrr... boleh tahan..

    ReplyDelete
  4. Wah... Nubhan comel. Muka mantain muda macam dari zaman AF. Dulu masa AF ingatkan dia kapel ngan Stacy. Hehe

    ReplyDelete
  5. Suka sora nubhan.. serak2 basah.. suka jgk tgk ig dia laki bini.. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.