Header Ads

Tudung Periuk Dayang Nurfaizah

Tudung periuk, lagu pertama dalam Album terbaru Dayang Nurfaizah yang menampilkan lagu klasik. Album diberi nama 'BELAGU' yang bermaksud 'menyanyi' dalam bahasa melayu sarawak.

Album BELAGU bakal dikeluarkan pada bulan Februari nanti. Yang menariknya, album ni dirakamkan secara live selama 2 hari dengan iringan pemuzik hebat dibawah naungan penerbit Aubrey Suwito.

Dayang Nurfaizah buat come back dengan lagu irama Melayu Tradisional yang sedap didengar. Lagu tudung periuk lagu ini menceritakan mengenai percintaan dua darjat.


sumber : google



Muzik Video tudung periuk juga telah dilancarkan pada 15 Januari 2021, jam 9:00 beberapa hari lepas. Muzik video yang menarik. Pakai persalinan baju tradisional melayu lagi ngam teruk Muzik Video dia, kan? Sekadar pendapat.

Lirik Lagu Tudung Periuk Dayang Nurfaizah 

Hai tudung periuk
Tudung periuk
Pandai menari

Menarilah lagu
Menarilah lagu
Hai putera mahkota

Kainlah yang buruk
Kainlah yang buruk
Hai berikan kami

Buat menyapu
Buat menyapu
Si airlah mata

Lagu tudung periuk adalah remake dari lagu asal tudung periuk nyanyian P.Ramlee dan Saloma. Tudung periuk versi Dayang Nurfaizah dengan arrangement muzik yang baru. Mendayu dayu alunan muzik seiring dengan lenggok suara Dayang Nurfaizah. Best!

Tapi itulah, lirik dia pendek betul dan berulang-ulang. 

Lagu : Tudung Periuk (Versi Rakaman Piring Hitam)
Ciptaan dan Gubahan : Allahyarham P.Ramlee
Lirik : S Sudarmaji
Penyanyi: P.Ramlee & Saloma

Lagu Tema Filem : Sumpah Orang Minyak, Malay Film Production, Shaw Brothers, (1957)
Arahan : P.Ramlee
Trivia : Filem Sumpah Orang Minyak memenangi Anugerah Fotografi Terbaik dalam Festival Filem Asia yang diadakah di Manila pada tahun 1958. 

Lirik Tudung Periuk P.Ramlee dan Saloma

P: Hai tudung periuk
Tudung periuk hai pandailah menari
Menarilah lagu
Menarilah lagu hai putera mahkota

L & P: Hai tudung periuk..........
L: Tudunglah periuk
Hai pandailah menari
Menarilah lagu
Menarilah lagu putera mahkota

Kainlah yang buruk
Kainlah yang buruk

Hai berikan kami
Buat menyapu buat menyapu
Si airlah mata

Kainlah yang buruk
Kainlah yang buruk
Hai berikan kami

Buat menyapu
Buat menyapu si 
airlah mata

sumber :http://pramlee.freetzi.com/streams/tudungperiuk.html

13 comments:

  1. Ingat dia jual periuk tadi hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Dengar lagu baru ni baru saya tahu lagu lama wak. Sedap didengar :)

      Delete
  3. waaaaaa first time dgr lagu ni, unik gila .... tajuk dia...

    ReplyDelete
  4. Dayang Nurfaizah nyanyi tidak pernah mengecewakan.

    ReplyDelete
  5. Rasanya tak pernah dengar Dayang nyanyi lagu klasik. Menarik ni. Harap lagu ni mendapat sambutan. Suka tengok Dayang ni. Manis, humble n takde kontroversi.

    ReplyDelete
  6. mendayu² kan? kakmim setuju pendapat fiza tu... kalau dia pakai bj melayu tradisional sarawak tu yg ada tudung keringkam tu mesti lagi ngam teruk... pastu dia menari sikit mcm inang² istana dulu... tp mungkin dia ambik feel moden sbb ada piano dan orkestra tu.. nnt x sesuai plak dressingnya

    ReplyDelete
  7. Sedap suara Dayang Nurfaizah. Mersik! Meresap ke kalbu.

    ReplyDelete
  8. Kurang minat dia.. tapi lirik lagu ni.. saya sukaaa.. hehe

    ReplyDelete
  9. 2 hari recor live? wow mmg terbaik. suka dayang punya suara. husky dan strong

    ReplyDelete
  10. ingatkan ada maksud2 tersirat..rupanya tak...simple aje...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.