Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tak Bau Hanyir Dan Tak Berlendir

Sunday, January 17, 2021

Dapat beli siput sedut, terus terbayangkan siput sedut masak lemak. Masakan itu je lah yang terpaling sedap pun. Selain masak lemak cili api, cadangan hidangan lain siput sedut goreng cili atau siput sedut masak kicap. 

Dua hidangan tu tak pernah cuba. Tapi itulah antara cadangan resepi siput sedut yang muncul. Selera tetap dengan resepi siput sedut masak lemak cili api je. 

Sebelum tu, berkenalan dulu dengan siput sedut ni.

Siput Sedut

Dikenali dengan nama belitung. Spesis kerang yang hidup di air tawar. Nama saintifiknya Cerithidea obtusa. Siput in english adalah Mud Creeper atau Obtuse Horn Shell. 

Siput sedut dalam bahasa Thai pula dipanggil Hoi Joob Jaeng (หอยจุ๊บแจง) dan  dikenali dengan nama Ốc Len di Vietnam.

Di Malaysia, sipu sedut banyak ditemui di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia seperti di Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar dan pantai berhampiran negeri Perak. 

Siput sedut mudah didapati di Pantai Bagan Nakhoda Omar, Pantai Teluk Rhu, Pantai Sg Lang dan Pantai Kg. Banting. 

Di semua tempat tersebut banyak terdapat pokok bakau minyak yang menjadi habitat siput sedut. 

Cara bersihkan siput sedut

Siput sedut biasanya dijual dalam pek plastik atau dilambakkan dan ditimbang. Siput sedut tak dijual bersih ye cengkerang dia tu. Penuh dengan lumpur sampai tak nampak lah rupa siput sedut tu.

Nak bersihkan siput sedut ni, letak dalam penapis dan sambil tu ramas-ramas siput sedut tu bawah air paip yang mengalir bagi hilang lumpur tebal tu. 

Bila lumpur dah hilang, rendam dengan hirisan limau atau lemon dan juga garam untuk hilangkan bau lumpur dan hanyir. Biarkan rendam dalam 10 minit macam tu. Kemudian bilas dibawah air paip yang mengalir.

Itu cara moden lah, cara lama orang dulu gunakan hampas kelapa untuk bersihkan siput sedut.

Okay settle bab bersihkan siput sedut. 

Cara potong siput sedut/ Cara Siang Seput Sedut

Ada orang beli siput sedut, tak basuh dulu. Dengan masih ada lumpur tu, dia terus potong siput sedut. Saya tak buat cara macam tu, takut lumpur masuk dalam cengkerang lepas bersihkan tu. Tak pasal tersedut lumpur mana yang terselit.

So better bersihkan dulu kemudian baru potong siput sedut. Potong bahagian mana? Potong bahagian ekor siput sedut tu. cara potong siput sedut boleh gunakan pisau pemotong daging tu. Pastikan tajam. Guna gunting yang sesuai kalau 'lut' lah. 

Potong sikit je hujung dia lebih kurang 5mm macam tu. Kenalah potong ekor dia, kalau tidak macamana nak isi nak keluar bila disedut. Lepas potong tu jangan lupa bilas sekali lagi ye. Bilasan terakhir untuk pastikan siput sedut betul-betul bersih sebelum masak.

Bab potong ekor ni memang leceh sikit. Nak makan, kena lah gigih.

Cara Simpan Siput Sedut

In case kalau kau orang tak nak masak lepas cuci dan potong siput sedut tu, boleh je simpan dalam bekas dan letak dalam peti ais sejuk beku. Senang nanti nak masak dah siap bersihkan, tinggal masak je.

Kalau rendam dalam air dan simpan dalam bekas masa siput sedut masih hidup, pastikan bebas tu bertutup. Tak pasal nanti siput sedut buat lawatan satu rumah. 

Jangan terkejut bila siput sedut penuh satu rumah. Jenuh nak mencari dan membersihkan lantai dan dinding.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tak Bau Hanyir Dan Tak Berlendir

Bila dah potong siput sedut dan cuci bersih. Marilah kita masak siput sedut itu.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tak Bau Hanyir Dan Tak Berlendir

Bahan-bahan

Siput sedut yang telah dibersihkan
Cili api ikut tahap pedas masing-masing
2 inci kunyit hidup
1 batang serai  diketuk
1 keping asam keping
1 kotak santan
garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
Air secukupnya
1 helai daun kunyit.

Cara penyediaan

Masukkan siput sedut dan serai dalam periuk. Jangan tambah air ye. Buka api dan tutup periuk. Bila ditutup, akan mengeluarkan wap air. Biarkan siput sedut masak. Cara macam ni akan mengurangkan lendir siput berbanding didihkan dalam air.

Sambil menunggu, boleh tumbuk cili api dan kunyit hidup. Bila air dah berkurang tu baru tambah air untuk memasak dan masukkan sekali bahan tumbuk tadi. Tambah santan, garam, gula, asam keping dan juga daun kunyit.

Kacau rata dan biarkan kuah masak bersama siput sedut. Begitulah cara saya masak siput sedut masak lemak cili api tak bau hanyir, tak rasa lumpur dan tak lendir. 

Sebelum ni guna resepi siput sedut simple dan mudah tu. Masukkan semua sekali bahan-bahan tu dalam periuk. Tapi macam kurang sedap sikit sebab agak berlendir kot. Cuci bersih dah bersih dah. 

Selera masing-masing, kena ikut cara masing-masing. Tak tambah gula pun takpe, tapi sebab saya rasa macam pedas semacam je. So tambahkan gula nak kurangkan pedas dan ada rasa lemak manis santan tu sikit. 

Sukatan air pula tak perlu banyak. Sebab siput sedut dah masak awal-awal kan. So tambahkan air sikit dan santan akan lebih pekat macam tu. 

Gigih menumbuk sebab lagi sedap bahan bahan tu bila ditumbuk. Lagi sedap letak daun kunyit juga. Memang hilang bau lumpur siput sedut tu. Baru lah puas hati makan siput sedut masak lemak cili api.

Siput sedut ni masa PKP1.0 Susah betul nak dapat.


15 comments

  1. ehem..I is tak makan siput sedut...terciduk aje rasa nak menyedut tu..haha

    ReplyDelete
  2. Mujurlah akk tak makan siput sedut :p
    Tak pandai nak sedut haha..

    ReplyDelete
  3. Sedap makan siput sedut ni. Lama tak makan sebab husband tak pandai makan. Kena balik kampung baru dapat merasa. Hihi.

    ReplyDelete
  4. Kak Amie pernah makan siput sedut masak asam pedas dengan batang keladi. Sodap eh.

    ReplyDelete
  5. Oh ada cara hendak bagi tidak hanyir.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lg try siang siput sendiri.. tp suka makan.. kena beli kat kedai yg dah siap masak, br boleh terus makan. Hehe

    ReplyDelete
  7. Wak suka siput sedut ni.
    Masak campur batang keladi.

    ReplyDelete
  8. di utara panggil siput sedut dari belitung.. dpt ni memang makan nasi bertambah2

    ReplyDelete
  9. sedapnya siput sedut...tk pernh masak sdiri..

    ReplyDelete
  10. last 2 weeks masak lauk ni.
    beli yg da siap siang,fiza.
    aida x berani nak siang siput sedut :)

    ReplyDelete
  11. siput sedut sini yg licin sikit cangkerang tu. yg mgerutu ni x tau panggil apa. d daerah sy yg bnyk sampai mentua & family mentua kirim. kali panggil siput sedut ni 'tuntul'. 3 botol RM5. kalau yg hjg tu sdh dpotong, 2 botol RM5

    ReplyDelete
  12. sampai sekarang tak reti makan siput sedut ni, mcm susah jeeeee hahaha

    ReplyDelete
  13. kakmim x reti mkn siput sedut ni... hihihi

    ReplyDelete
  14. tak pernah siput sedut ni. nak makan pun tak reti..hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.