Takhta Dunia Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Takhta Dunia, tajuk single terbaru Dato’ Sri Siti Nurhaliza  dalam album ManifestaSITI2020 sebagai pembuka tahun 2021. Lagu dan lirik ciptaan komposer terkenal Indonesia iaitu Ryan Kyoto. 

Video Muzik rasmi Takhta Dunia sudah pun dilancarkan semalam. Video muzik taktha dunia berlatarbelakangkan tahun 1970-an di sebuah stesen kereta api yang dinamakan Lipis Sentral. 

Dimana lokasi penggambaran ni adalah di ruang pameran luar Muzium Sultan Alam Shah, bertempat di kepala dan gerabak keretapi lama. Dato’ Sri Siti Nurhaliza tampil menggayakan imej wanita era 1970-an rekaan Rizman Ruzaini.

Takhta Dunia
sumber : google



Visual lakonan yang dipaparkan dalam video muzik kelapan menerusi album ManifestaSITI2020 itu juga mengetengahkan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat sekarang :
  • vandalism
  • berebut kerusi
  • tidak bertolak ansur dalam menggunakan pengangkutan awam
  • buli siber
  • mencopet
  • mencuri 
  • dan lain-lain lagi

Pendek kata, single Takhta Dunia ni sarat dengan nilai murni dan moral kerana mengingatkan kita supaya setiap orang perlu sentiasa bersikap baik, menjauhi hasad dengki dan menjaga kata-kata. 

Satu mesej yang baik kepada masyarakat seiring dengan kemodenan dan perkembangan dunia hari ini. Lagu takhta dunia, lagu terakhir Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebelum bersalin anak kedua dan berehat panjang.

Tahniah!

Takhta Dunia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Komposer: Ryan Kyoto
Penulis Lirik: Ryan Kyoto

Lirik Lagu Takhta Dunia-Dato' Siti Nurhaliza

Jangan bicara sembarang kata
Kata terlarang simpan di dada
Hendaklah sedar saling menjaga
Agar tak luka sesama kita..

Oh! Indahnya dunia ketika tiada lagi hitam...
Oh! Putihkan jiwaku jiwamu agar tiada dendam,
Serasi kita dalam bersama
Tujuan cinta terukir nyata..

Oh! Marilah sucikan hatimu niatmu di dalam menuju takhta yang sesungguhnya terang
Abadi tak tercela

Jangan bicara sembarang kata
Kata terlarang simpan di dada
Hendaklah sedar saling menjaga
Agar tak luka sesama kita..

Oh! Indahnya dunia ketika tiada lagi hitam...
Oh! Putihkan jiwaku jiwamu agar tiada dendam,
Serasi kita dalam bersama

Tujuan cinta terukir nyata..
Oh! Marilah sucikan hatimu niatmu didalam menuju takhta yang sesungguhnya terang
Abadi tak tercela


sumber : youtube Siti Nurhaliza

7 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.