Policy baru whatsapp 2021. Setuju Atau Tidak?

Sunday, January 10, 2021

Buka whatsapp, tiba tiba ada pop-up. Lalu membaca lah sekejap dengan penuh rasa ingin tahu apakah notis. Rupanya policy baru whatsapp 2021 yang bakal berkuatkuasa pada 8 Februari 2021 nanti. Apa syarat baru whatsapp 2021. Setuju ke tidak?

Belum tekan agree lagi. Pangkah dulu. Kotlah nanti dia bertukar fikiran nak ubah policy ke apa kan. 

policy baru whatsapp 2021

Notis kemakini (update) untuk terma dan polisi privasi baru whatsapp 2021 ni agak tidak adil ye di situ. Mungkin nanti dalam keterpaksaan merelakan juga setuju dengan policy whatsapp baru tu juga demi meneruskan pengunakan whatsapp.

Memandangkan whatsapp juga dibawah syarikat Facebook. Bermakna semua data di dalam whatsapp akan turut berkongsi dalam aplikasi/perkhidmatan lain seperti Messenger, Instagram, Boomerang, Facebook shops dan banyak lagi yang juga di bawah satu bumbung yang sama, iaitu Facebook.

Jika ikut policy lama kemunculan whatsapp jauh tersasar motif asalnya.

Respect for your privacy is coded into our DNA. Since we started WhatsApp, we’ve aspired to build our Services with a set of strong privacy principles in mind.

Prinsip privacy entah hilang kemana. Habis semua data nak dikongsikan atas dasar satu syarikat.
  • model peranti
  • versi aplikasi
  • sistem operasi
  • kekuatan signal
  • tahap bateri
  • maklumat pelayar
  • rangkaian
  • maklumat sambungan
  • no telefon
  • bahasa
  • zon masa
  • IP address
  • lokasi (berdasarkan IP address)

Boleh dikatakan ianya bukan lagi privacy. Bagi yang nak meneruskan pergunaan whatsapp, macam kena paksa juga bersetuju tanpa rela.

Bagi yang terikat dengan whatsapp untuk segala urusan, mungkin macam agak susah lah nak bertukar ke aplikasi lain. Jika tidak,  dipersilakan untuk memadam akaun WhatsApp dengan kadar segera sebelum tamat tempoh.

Jangan risau, telegram kan ada. 

Tapi ada dengar juga telegram juga akan mengenakan cas berbayar mulai tahun ni. Tapi perkhidmatan berbayar hanya untuk penggunaan kaedah 'paid features' sahaja. Servis percuma masih dikekalkan.

Buat masa sekarang memang best lagi guna telegram berbanding whatsapp. Bila send gambar pun, gambar berkualiti, boleh simpan gambar, buat folder, boleh layan cerita dan tengok movie online selain tujuan dia untuk berkomunikasi. Bagus, kan?


19 comments

  1. Oh belum dapat mesej itu lagi. Fikir dahulu sebelum 8 Feb. Tidakpun rela sahaja setuju dalam paksaan.

    ReplyDelete
  2. Oh ye ke. Tak perasan pulak akak. Thanks atas berkongsi ye.

    ReplyDelete
  3. Dah tekan agree. Nak buat macam mana, urusan kerja semua guna Whatsapp.

    ReplyDelete
  4. Setuju. Dah macam tak ada makna privacy dah kan...

    ReplyDelete
  5. good info...tapi sy lebih prefer telegram berbanding wassap.

    ReplyDelete
  6. itu la.. lepas ni tukar ke telegram or line

    ReplyDelete
  7. Oh akk blm dpt lagi noted itu, tapi nmpk gaya cam terpaksa rela lah kalo nk teruskan, atau nak kena biasakan guna telegram dari sekarang.

    ReplyDelete
  8. dah tekan dah nanti last2 terpaksa setuju juga

    ReplyDelete
  9. Belum nampak notis tu lg..
    Tp susah juga.. Mcm t'paksa juga nie huhu

    ReplyDelete
  10. Setelah beberapa kali akak klik ‘not now’, tadi siang akak klik jugaklah ‘agree’.
    Tak ada pilihan :(

    ReplyDelete
  11. Kalau orang takde facebook means tak boleh guna whatsapp ke? Mungkin lepas ni akan guna telegram la. Cuma tulah, urusan keje masih banyak pakai whatsapp. Harap policy diubah dan privacy ditingkatkan

    ReplyDelete
  12. Akak dh pilih agree... akak xde telegram banyak urusan kerja menggunakan wassap, lagi2 bila WFH jadi rela jelah

    ReplyDelete
  13. macam nak taknak, terpaksa juga terima huhu

    ReplyDelete
  14. Dalam keterpaksaan... Nak tak nak, perlu menerimanya sebab mostly kat opis akak nie pakai whatsapp than telegram dan diorang pun lebih ramai guna whatsapp than telegram..

    ReplyDelete
  15. x klik agree lagi.. whatsapp ni utk personal je.. kalau urusan rasmi dan kerja kakmim guna telegram

    ReplyDelete
  16. bab telegram better than whatsapp tu akak setuju, fiza.
    clearer image. movie, etc.
    best.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.