Sambal Udang Versi Campak Campak Siap

Tuesday, January 12, 2021

Benda paling malas bila nak memasak adalah malas nak thawing barang mentah dalam peti ais tu. Nak menunggu lagi satu hal. Bila kau malas nak tunggu thawing walaupun ada thawing board. Masak udang je lah yang tercepat proses masak dia. 

Ikutkan nak masak 2 in 1, masak udang goreng berlada campur kacang panjang. Tapi kacang panjang nan hado pulak. Masak sambal udang je lah, Mujurlah pes sambal tumis maggi ada sebagai penyelamat sebab cili kisar habis sudah.


Resepi Sambal Udang

Bahan-bahan
Udang
2 tangkai Cili merah pedas (dipotong)
1 labu bawang besar (1/2 kisar, 1/2 hiris)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pek sambal tumis maggi
garam secukup rasa
gula perang 1 sudu
3 sudu minyak menumis
1/4 sk pes asam jawa.

Cara Penyediaan
Kisar 1/2 biji bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah dan cili potong, kemudian masukkan bahan kisar . Bila dah agak garing sikit masukkan pes sambal tumis maggi.

Masukkan garam, gula perang dan pes asam jawa. Kacau rata dan kemudian biarkan garing sikit lagi baru masukkan udang.  Kacau lagi dan biarkan masak. 

Tak perlu tambah air kalau tak nak berkuah. Udang ni kejap je dah masak dah. Memang cepat kerja masak lagi lagi versi ringkas campak campak gini.

Bila dah malas masak, yang ringkas macam ni pun sedap dah. Jangan banyak bunyi. Shhh


10 comments

  1. Walaupun campak-campak je tetap hasilnya sedap mengancam..

    ReplyDelete
  2. terasa2 kat lidah. sedapnya. rindu mak..teringat kat dia lepas tengok gambar sambal udang tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air tangan mak masak sambal udang tu lagi sedap. Memang rindu dibuatnya. Takpe kak, pasni ada peluang boleh balik lagi :)

      Delete
  3. Sambal udang memang sedapppp! Makan dengan nasi panas panass.. tapi kadang kadang malas nak kopek. wakaakakkaak

    ReplyDelete
  4. sambal udang makan dgn nasi lemak ! waaa sedappp

    ReplyDelete
  5. Sambal udang suka letak petai. Memang akan banyak udang.

    ReplyDelete
  6. menu yang macam ni pun dah sedap buat bertambah2 nasi kan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.