Header Ads

Movie Roald Dahl's The Witches (2020)

Roald Dahl's The Witches (2020), sebuah Filem dark fantasy comedy Mexican-American adaptasi dari novel karya Roald Dahl tahun 1983 dengan tajuk yang sama. The Witches 2020 adalah filem kedua selepas The Witches tahun 1990.

The Witches menampilkan bintang terkenal Anne Hathaway, Octavia Spencer, Stanley Tucci dan ramai lagi. Macam tak sangka Anne Hathaway boleh pegang antagonist character. Cerita yang menarik, ada unsur suspen, komedi dan kekeluargaan.

Movie Roald Dahl's The Witches (2020)
sumber :google


Pengarah : Robert Zemeckis
Produser : Robert Zemeckis, Jack Rapke, Guillermo del Toro, Alfonso Cuarón dan Luke Kelly
Penulis skrip : Robert Zemeckis, Kenya Barris dan Guillermo del Toro
Berdasarkan : The Witches oleh Roald Dahl
Tarikh tayangan : 22 Oktober 2020 (Amerika Syarikat) | 29 Oktober 2020 (Mexico)
Durasi : 106 minit

The Witches Cats / Pelakon The Witches

Anne Hathaway sebagai Ketua Ahli Sihir paling berkuasa
Octavia Spencer sebagai Agatha Hansen, nenek Charlie Hansen
Miranda Sarfo Peprah sebagai nenek bruno masa muda
Stanley Tucci sebagai Mr. R.J Stringer, manager hotel.
Jahzir Kadeem Bruno sebagai Charlie Hansen
Chris Rock sebagai Charlie Hansen versi mouse masa tua
Codie-Lei Eastick sebagai Bruno Jenkins
Kristin Chenoweth sebagai Daisy
Charles Edwards sebagai Mr. Jenkins, ayah Bruno
Morgana Robinson sebagai Mrs. Jenkins, mak Bruno
Josette Simon sebagai Zelda, ahli sihir
Eugenia Caruso sebagai Consuella, ahli sihir
Ana-Maria Maskell sebagai Esmerelda, ahli sihir
Orla O'Rourke sebagai Saoirse, ahli sihir
Penny Lisle sebagai ahli sihir
Simon Manyonda sebagai ketua tukang masak
Philippe Spall sebagai tukang masak
Brian Bovell sebagai Reginald

The Witches Synopsis /Sinopsis The Witches

1968, Selepas kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan di Chicago. Seorang budak lelaki (Charlie) tiada pilihan lain terpaksa tinggal bersama neneknya (Octavia Spencer) di Alabama. 

Charlie masih dalam mood kemurungan dan kesedihan atas kehilangan kedua ibu bapanya. Nenek Charlie usaha macam-macam untuk membuatkan Charlie rasa happy tinggal dengannya. 

Charlie tak ada selera nak makan, tak berminat nak bermain apatah lagi terhibur dengan aksi neneknya yang berusaha membuatkan Charlie happy.

Nenek Charlie belikan seekor tikus peliharaan yang diberi nama Daisy. Charlie rajin melatih Daisy dengan pelbagai rutin exercise. Satu hari, Charlie dan neneknya pergi ke kedai untuk membeli sekotak paku bagi membina rumah Daisy.

Charlie telah didatangi seorang ahli sihir yang merupakan ketua ahli sihir cuba mendekatinya dengan memberikan gula-gula. Tapi tiba-tiba Charlie mendengar panggilan neneknya lalu ahli sihir terus menghilang. Charlie kemudian memberitahu neneknya.

Ahli sihir datang mengacau sampai ke rumah. Neneknya teringat kisah masa dia kecil dulu kawannya pernah disihir menjadi ayam. 

Nenek Charlie pun panik dan mereka segera meninggalkan rumah dan menginap di sebuah hotel mewah dimana sepupunya Eston seorang executive chef disitu.

Mereka rasakan mereka selamat disitu, malangnya kumpulan Ahli sihir bersama ketua ahli sihir turut menginap di Hotel yang sama. 

Dalam satu kejadian, seorang kanak-kanak (bruno) telah terkena umpan ahli sihir dan menjadi seekor tikus. 
Movie Roald Dahl's The Witches (2020)
sumber : google


Rupanya Daisy juga bukanlah seorang tikus tapi sebaliknya seorang kanak-kanak perempuan yang juga telah disumpah menjadi tikus. Charlie juga mendapat nasib yang sama. Apa yang terjadi kepada mereka selepas tu? 


10 comments:

  1. pelakon best ! suka dia berlakon.. nak put in the list ! nanti atie review ya :)

    ReplyDelete
  2. Aduh! Nampak bercabang lidah ahli sihir tu. Best tonton cerita-cerita begini, seram tapi tak menakutkan.

    ReplyDelete
  3. Aduihh xleh tgk mulut diaa seram @_@

    ReplyDelete
  4. Tak tonton lagi.. nanti nak cari balikk..

    ReplyDelete
  5. Anna Hathaway jadi buruk/hodoh.
    Menarik cerita.

    ReplyDelete
  6. Ha ah, Anne Hathaway nampak buruk. Cerita fantasi macam ni, suami akak suka tengok. Macam Maleficient tu. :D

    ReplyDelete
  7. alaa teringin nak tengok..suka anne hathaway berlakon..ni terkejut gak nengok gambor tu..hahahha..kat netflix belum masuk lagi kan..

    ReplyDelete
  8. Best cerita ini.. Seronok tengok dengan anak-anak..

    ReplyDelete
  9. tgk nama pengarah n penulis skrip... dah boleh agak mcm mana filem ni...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.