Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Tip Keselamatan Makanan Semasa Banjir

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan pagi ni iaitu 10 tip keselamatan makanan semasa banjir. Sana sini ada bencana banjir. Semoga mangsa banjir tabah dan bersabar dengan dugaan yang menguji kita. Satu satu kita diuji. 

Pengajaran juga buat manusia supaya tak sesuka hati merosakkan ekosistem dan bumi yang semakin tenat ni. Satu satu kita duji. 

Apa yang penting, musim banjir ni kita kena jaga kesihatan dan keselamatan kita. Jangan main air banjir. Dah berapa banyak kes lemas dalam berita tu. Risau tengok budak budak bersuka ria main air banjir.

Satu lagi, kebersihan dan kesihatan penting sangat. Dengan penularan wabak COVID-19 lagi. Hari demi hari, macam-macam nama kluster baru muncul. 

10 Tip Keselamatan Makanan Semasa Banjir

Infographic yang dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ni sekurang kurangnya dapat membantu mengingatkan kita supaya menjaga kesihatan daripada keracunan  makanan

Dan kena sentiasa ingat jaga SOP dan kebersihan semasa musim banjir ni.

10 Tip Keselamatan Makanan Semasa Banjir
Kredit : KKM


1. Sentiasa minum

Minum air yang telah dimasak atau terawat yang dibotolkan. Penggunaan air mineral adalah digalakkan.

2. Makan makanan

Makan makanan yang telah dimasak sahaja.

3. Buang makanan

Makanan yang telah terendam dengan air banjir atau rosak.

4. Elakkan makan

Elakkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang belum dimasak.

5. Tutup makanan

Tutup makanan supaya tidak dicemari makhluk perosak seperti lipas, lalat, tikus dan sebagainya.

6. Pastikan penyediaan

Pastikan penyediaan susu yang selamat untuk anak anda.
  

7. Percayakan deria anda

Percayakan deria anda dan amalkan 'lihat, hidu dan rasa'.

8. Jangan makan

Jangan makan makanan yang dihidang lebih 4jam.

9. Jaga kebersihan diri

Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

10. Jaga kebersihan

Sentiasa jaga kebersihan kawasan persekitaran.

Sebarkan supaya semua dapat manfaatnya. Stay healthy, stay strong, stay happy, stay safe.

Post a Comment

12 Comments

  1. atie mmg tak berani makan klu dah hidangkan selama 4 jam tanpa panas kan huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di penempatan banjir agak bahaya nak makan makanan yang lama terhidang. kalau kat rumah okay lagi kan. boleh simpan elok elok

      Delete
  2. Sedih tngk gmbr d fb tntg keadaan bnjr d bbrp negeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni banyak tempat kena banjir dan banjir teruk. Itulah kan, tengok gambar dan video sedih tengok rumah yang tenggelam tu. Doakan semoga mereka selamat. Aaminn

      Delete
  3. Nice post Cik. Saat banjir memang kita perlu lebih aware terhadap kebersihan makan kita ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu. kena jaga kebersihan dan kesihatan.

      Delete
  4. tips ni sangat bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  5. yg paling dirisaukan kalau ada yg infected covid-19 di tmpt pemindahan mangsa banjir tu... semoga xdelah kes² mcm tu

    ReplyDelete
  6. banjir la paling kesian. byk brg rosak, penat nk mencuci rumah lagi. pastu banjir2 kdg2 tiap2 tahu kena. nk repeat benda tu, memang kena kuat mental ...

    ReplyDelete
  7. Kesian tengok mangsa banjir. Harap mereka semua tabah dan dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  8. musim banjir ni bahaya malaria dengan taun kan...hati2 semua..

    ReplyDelete
  9. seram tngk keadaan banjir yang melanda negara kita.. ujian demi ujian..
    semoga mudah urusan mereka dan datangla bantuan dariNya untuk redakan keadaan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.