Resepi Teh O Ais Lemon Laici

Wednesday, January 06, 2021

Sesekali kita kongsi resepi air pulak. Boleh kan? Resepi Teh O ais lemon laici untuk peminat teh o ais. Dapat teh o ais ikat tepi bila cuaca panas, hilang dahaga terus. Kalah air boba kayangan tu.  Budak zaman sekarang mana layan air ikat tepi.

Dulu dulu teh o ais 50 sen je ikat tepi. Kan? Sekarang kalau ikat tepi dah seringgit lebih. Sikit lagi boleh cecah RM2 sebungkus. 

Teh O

Teh O adalah minuman air rendaman daun teh yang tidak dicampur dengan susu ataupun gula. O maksudnya kosong tanpa apa apa.
  • Teh o = hot tea (without milk, sweetened)
  • Teh o peng = iced tea (without milk, sweetened)
  • Teh o kosong = hot tea (without milk, unsweetened)
  • Teh o kosong peng = iced tea (without milk, unsweetened)
Pernah dengar Teh O beng? Teh O beng adalah teh o kosong juga ye. 
[béng] | بيڠ
Definisi : (béng) bp (bkn minuman) dibubuhi air batu (ais): teh O ~; kopi O ~ 
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Teh O Ais

Teh O ais adalah air minuman teh yang dihidangkan sejuk bersama ais. Teh O ais juga minuman bungkus yang popular di Malaysia. Teh O ais sedap dicampurkan dengan buah-buahan juga seperti lemon, limau, pic, ceri dan sebagainya yang bersesuaian dengan rasa teh.

Halia juga boleh dicampurkan dengan teh o panas untuk tujuan buang angin dalam badan.

Teh O Ais Lemon/ Teh O Ais Limau

Teh o ais lemon dan teh o ais limau antara minuman popular dengan kegemaran ramai.Ikut deria rasa saya, Teh o ais limau rasa masam tu kuat sikit berbanding teh o ais lemon. Dua dua pun sedap dan saya suka.

Teh O Ais Lemon Laici

Siapalah punya idea hasilkan resepi teh o ais lemon laici ni. Sedap teruk rasa teh o ais lemon laici ni. Bila teh o bergabung dengan lemon masam dan laici manis tu. Cukup sedap. Ada juga teh o ais laici sahaja tanpa lemon. Macam macam inovasi makanan dan minuman zaman sekarang ni.

Resepi Teh O Ais Lemon Laici

Bahan-bahan
teh uncang
air panas
air sejuk
ais
Hirisan lemon
Buah laici dalam tin

Cara Penyediaan
Letak ais panas sikit sekadaran untuk rendamkan serbuk teh tanpa gula. Bila teh dah kembang dan keluarkan warna pekat sikit, boleh tambah air sejuk. Keluarkan uncang teh. Letak ais. Masukkan laici dan hirisan lemon. Nak rasa manis sikit masukkan lah sesudu dua air laici.

Kacau rata dan minum. Begitulah cara saya.  


Tapi kan...pernah dengar tak keburukan teh o ais limau dan teh o ais lemon ni?
Teh ais mengandungi kuantiti/konsentrasi oksalat (oxalate acid) yang tinggi. salah satu bahan kimia utama yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. 

Limau dan lemon pulak kalau tak dicuci terlebih dahulu mungkin akan menyebabkan bakteria melekat dan bercampur dengan minuman. 

Bukan tak boleh minum lansung ye teh o ais ni. Boleh.. Tapi jangan terlalu kerap dan jangan minum setiap hari. Akibatnya, akan menyebakan batu karang ataupun kegagalan fungsi buah pinggang. Lebih kurang begitulah yang saya faham.

Sesekali boleh lah. Itupun jangan minum banyak. Dah letak laici tu tak perlu kot dah tambah gula.

11 comments

  1. kakmim mmg xde air lain kalau nk order masa mkn kt luar.. teh o panas atau teh o peng... hehehe... kt sarawak teh o peng tu = teh o ais / teh o beng

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap air teh o ais lemon laici ni, nak buat sebenarnya senang je tapi tetap nak order dkt kedai juga kekekeke...

    ReplyDelete
  3. Segala mengenai black tea memang feberet akak, green tea yang bagus tapi susah sikit nak telan.

    ReplyDelete
  4. dulu-dulu masa masih couple dengan laki akak 11-12 tahun dulu, kat kedai dia order teh o ais laici orang macam pelik, tapi sekarang orang dah biasa dengar teh o ais laici atau teh o ais limau laici

    ReplyDelete
  5. wah bese minum teh o lemon je. tak pernah try letak laici. boleh cuba nnt. Jemput join GA saya untuk menang wallet free original brand F.timber & Nichi :) http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  6. Tidak pernah pesan teh o ais laici.
    Ada pun hampir teh o lemon panas.
    Rupanya tidak boleh minum selalu.

    ReplyDelete
  7. tak pernah pesan tapi cousin pernah pesan.. rasa .. mmg sedappppppp

    ReplyDelete
  8. Memang sedap aje dicampur gini.... Mcm dah lama x telan laici... dapnyaaaaa.. teringin uiii

    ReplyDelete
  9. minum ni sejuk2 time tngh hariii nikmatnya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.