Header Ads

Latest Update
recent

Popis Buat Sendiri, Makan Sendiri

Cerita pasal makanan lagi memenuhi blog hari ni. Ada stok pisang nipah, lebihan buat pisang goreng untuk minum petang. Pisang nipah memang sedap dibuat goreng dengan adunan tepung ready made rangup. 

Jemu dengan pisang goreng, kita buatkan dia popis viral yang masih popular. Kulit popia pun sedang elok ada stok dalam peti ais.

Popis (Popia + Pisang)

Gabungan popia dan pisang. Dipanggil dengan nama popisang juga tapi semacam pelik pula bunyinya. Popia popis dah macam dua kali popia pulak. 

Macam lebih enak dan sedap di panggil popis. Nampak urban lah dengan resepi nya yang telah dimodenkan.

Lebih nampak international sikit, diberi nama banana roll. Pilihlah mana satu nama yang kau orang nak panggil. Tetap benda yang sama juga.

Pertama kali buat resepi popia pisang gula perang. Sebelum bungkus tu tabur gula perang untuk bagi rasa dia manis karamel sikit. Topping dia guna hersey syrup chocolate tu. 

Kurang kick sikit sebab chocolate syrup tu kurang sedap sikit dia. 

Kali ni guna topping popis chocolate beryls milk compound chocolate. Senang ready to use. Cuma perlu popis je. 

Kat bawah ni saya share lagi resepi popis (banana roll) topping chocolate versi lain sikit guna pisang nipah. Pisang main hentam asal boleh dimakan. Lagi sedap pisang kapas, pisang emas kot.

Resipi Popis (Banana Roll) Topping Chocolate
Gambar popis


Resipi Popis (Banana Roll) Topping Chocolate

Bahan-bahan
Pisang yang dah masak yang dah boleh dibuat makan. 
Kulit popia
Sedikit tepung yang dah dibancuh dengan air (fungsi untuk gam kan kulit popia)
Minyak masak untuk menggoreng
beryls milk compound chocolate

Cara Penyediaan
1. Pisang potong dua bahagian melintang
2. Ambil satu potongan dan bungkus macam popia biasa. Gam dengan adunan tepung. Sikit je sudah asal melekat.
3. Panaskan minyak dan goreng guna api sederhana untuk elakkan kulit popia hangus. Bila dah warna keemasan tu bolehlah angkat dan toskan minyak dengan kertas tisu.

Nak makan, barulah letakkan topping chocolate tu. Bila ada pisang tak tahu nak buat apa lagi, kita jadikan popis, teringin makan something yang manis. Kalau pisang tu dah manis, tak perlu dah tabur gula.

Malas buat, nak beli je boleh order popis kl murah kalau berdekatan. Selain popis ni, suka jugalah buat popia kayangan

15 comments:

  1. sedap je. Boleh la cuba utk PKP 2.0 ni Haha

    ReplyDelete
  2. sedap ni! dah lama tak dapat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak Syaz. Boleh buat sendiri kalau teringin nanti :)

      Delete
  3. wahh...macam macam resepi timbul dek musim pkp ni ye

    ReplyDelete
  4. Sedapnya popis... Buat sdiri mkn puas

    ReplyDelete
  5. Sedap behtul! Menggiurkan lah!!! Nyummm3

    ReplyDelete
  6. salah tu... buat sendiri, mkn sendiri pastu bg sy sikit��������

    ReplyDelete
  7. coklat dekat ats yang ditabur tabur tu ... sigh mengoda

    ReplyDelete
  8. Best juga sesekali layan makanan manis camnie..

    ReplyDelete
  9. Guna bahan olah cara lain pula. Hehe selalu lebihan pisang buat cekodok sahaja.

    ReplyDelete
  10. buat sendiri semua lagi puas hati..
    inti letak banyak2 nyummms..

    ReplyDelete
  11. wahhh nampak menarik.. boleh cuba ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.