Resepi Lala Masak Lemak Cili Sedap Teruk

Monday, January 18, 2021

Selera beralih ke seafood pulak. Alang alang beli siput sedut ada lala, husband pun beli lala sekali buat stok. Sebenarnya nak kupang tapi kupang tak ada. Takpe, lala pun boleh lah.

Beli lala, mesti akan masak lala tumis sambal cili api. Saja nak tukar selera, buat lala masak lemak cili api pulak lak. Sejenis masakan lala masak lemak simple. Pertama kali masak dan makan lala masak lemak cili api.

Lala

Lala dikenali juga dengan nama siput retak seribu disebabkan cengkerangnya bercorak corak seperti retakan. Itu yang membezakan lala daripada jenis kerang-kerangan yang lain. Lebih mudah lah nak kenal lala ni.

Pernah tersalah beli kepah sebab dia labelkan lala. Terus beli. Itu cerita zaman tak belajar masak lagi tu. Tak kenal lagi. Hahahaha....

baca juga :  

Jenis-jenis kerang-kerangan :

  • Remis
  • Kepah
  • Lokan
  • Kupang
  • Mentarang
  • Pepahat

Lala hidup dikawasan pantai berpasir dan berlumpur. Seperti siput sedut, lala juga banyak terdapat di Pantai Kuala Selangor, Pantai Remis, Pantai Sekichan, Pantai BNO (Teluk Ru), Pantai Kg.Banting, Pantai Sg Lang dan Pantai Sekendi.

Lala ni bermusim juga macam kerang, siput sedut semua tu. Masa tengah musim, banyaklah stok di pasar tu. Cuma harga seafood ni sedia maklum harga dia semakin naik. 

Okay, berbalik pada resepi lala masak lemak cili api sedap teruk! Tajuk taknak kalah ye. Cara masa sama macam resepi siput sedut masak lemak cili api semalam. 

Cara Bersihkan lala

Masukkan lala dalam penapis dan bilas bawah air paip mengalir. Lepas tu masukkan dalam bekas dan rendam dengan air, garam dan hirisan limau @lemon untuk hilangkan bau hanyir. Selepas 10 minit, bilas dan toskan.

Resepi Lala Masak Lemak Cili Sedap Teruk

Resepi Lala Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan
Lala
Cili api ikut tahap kepedasan masing-masing
2 inci kunyit hidup
1 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit
1/2 kotak santan pekat
1 keping asam keping
1/2 camca garam
1/2 sudu besar gula
Air

Cara Penyediaan

Lala yang ditoskan tadi masukkan dalam periuk, buka api dan tutup periuk. Jangan letak air ye. Biarkan sampai lala masak. Tanda lala dah masak, dia akan terbuka. 

Sementara tunggu, tumbuk cili api dan kunyit hidup. Bila lala dah masak masukkan bahan tumbuk, serai, air, santan, asam keping, garam, gula daun kunyit. Kacau rata dan biarkan kuah masak dengan lala. Siap!

Nak lagi mudah, masukkan je semua bahan-bahan tu dalam periuk. Kacau dan tunggu masak je. Saja guna kaedah masak dulu tanpa air untuk lebih sedap. Nak kuah pekat, letak air sikit je. 


Lala masak lemak nanas pun sedap juga. Tak perlu tambah asam keping kalau letak nanas. 

18 comments

  1. Tak pernah lagi makan lala masak lemak cili api, biasanya daging salai, ayam dan udang je. Boleh cuba buat sekali nanti ni..

    ReplyDelete
  2. sedappp.. baru makan semalam tp FIL masak cara lain. letak telur

    ReplyDelete
  3. Pernah juga buat masak lemak lala, sedap dan mudah. Berbeza dgn siput sedut, lala akk suka dan pandai 'mengerjakannya' :D

    ReplyDelete
  4. masak sedap aje tau dia ni... kita mampu tengok je ni

    ReplyDelete
  5. layan ni, jarang masak lemak, selalu masak sweet & sour tu. tapi ada sekali tu makan kat kedai..memang dap!

    ReplyDelete
  6. selalu lala tumis gitu atau rebus biasa je. Laki suka lauk jenis cengkerang ni. lagi²kupang

    ReplyDelete
  7. lastweek br mkn menu lala tp husband masak sweet sour

    ReplyDelete
  8. lala ni aida kerap masak lala sos tiram.
    cili api lom pernah try, fiza.
    last 2 weeks ada beli lala frozen, tanpa kerangnya tu.
    isi saje. buat la masak sos tiram.
    tak sedap!!! tak manis. nak kena beli yg berkerang jugak.

    ReplyDelete
  9. Akak dah lama tak makan lala, Fizah. Sedap nampaknya, masakan lala masak lemak ni. Satu lauk ni pun dah cukup, makan dengan nasi.

    ReplyDelete
  10. Sedap betul masakan begini. Jenis kerang-kerangan laut tak banyak di LD. Kena balik Malaya baru puas makan.

    ReplyDelete
  11. yg sy tau lala ni nipis. selalu mkn d kedah dl. perghhh sodappp

    ReplyDelete
  12. wahh., wak x makan lala la pulak., huhuhu

    ReplyDelete
  13. selalu my mom rebus ja.. tak pernah masak lemak cili api mcm ni, nanti boleh suh dia cuba buat.
    thank you sharing resepi :)

    ReplyDelete
  14. Favourite ni. Tapi saya tak suka pedas sangat. Omputih sangat lidah ko. Haha

    ReplyDelete
  15. kakmim x penah masak lala... kt sini jarang jumpa lala... kakmim belajar mkn lala masa syudy di sana dulu

    ReplyDelete
  16. antara menu febret gak ni kalo makan seafood kat luar..

    ReplyDelete
  17. kalau lala ni mak saya selalu masak macam ni. nice sharing :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.