Lawak Kampus. Masihkah Kau Ingat?

Friday, January 15, 2021 Malaysia

Pandai ye sorang blogger tu, senyap senyap dia buat surprise dengan bungkusan Xpresdrop. Know know (baca : tahu tahu) sampai dalam peti pos rumah. Ada perasan juga beberapa orang blogger dapat surprise hadiah yang sama dari blogger tersebut. 

Tak sangka betul dapat sebuah komik lawak kampus dalam bungkusan xpresdrop tu. Sebelum buka sampul tu dapat agak sebuah buku. Main teka teka dengan otak. Mungkin planner, mungkin novel. Dua dua salah! Kah!

Sebuah buku tu betul dah secara general. Cuma secara spesifik tu salah. Last baca komik lawak kampus zaman U kot kalau tak silap. So, bila dapat hadiah komik lawak kampus rasa excited kemain.

Lawak Kampus

Lawak kampus adalah karya daripada Keith dan Zelo dari Art Square Group. Zelo dah bawa diri pergi, tinggallah Keith sorang sorang meneruskan karya lawak kampus ni. 

Yang dah familiar dengan komik lawak kampus ni sure dah tahu kisahnya. Komik lawak kampus yang menceritakan kehidupan pelajar zaman sekolah menengah dengan bermacam ragam, tabiat dan masalah.

Tahu tak, lawak kampus dah pergi international okay. Dah diolah dalam pelbagai bahasa. Sebelum ni cuma bahasa melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Sekarang dah ada bahasa Thai. Syabas! 

Macam tak percaya lawak kampus dah mencapai usia 15 tahun dalam industri komik. Salute lah! Sekarang pun dah boleh baca lawak kampus online. 

Watak lawak kampus yang utama adalah Vanness, Aditas, Froggy, Yumi, Cikgu Noodle, bepop, si kosong dan ramai lagi. Ingat lagi tak?

Saya dapat lawak kampus edisi/jilid ke berapa pun tak tahu lah. Bahagian belakang tulis Lawak Kampus 01. Betullah tu kot?

Lawak Kampus

Dalam nota dah tertulis siapakah pengirimnya. Blogger anies lah yang suka buat surprise tu. Terima kasih banyak banyak Anies bagi hadiah komik lawak kampus. 


Tu diaa dah boleh buat koleksi hadiah dari Anies dah ni.


Bila baca lawak kampus ni, mudah terhibur. Auto gelak sorang sorang. Ha ha ha!

Lawak kampus karakter

Vanness
Froggy
Bebop
Aditas
Si Kosong
Mickey
Sharkhead
Xena

Siapakah secret tu? Jeng jeng jeng...

16 comments

  1. Komik favret gak ni. Setiap kali pesta buku mesti cari. Wah.. Anies dah jadi tokey gempak starz ye sekarang. Hehe

    ReplyDelete
  2. Akak pun dapat! Terkejut betul.
    Wah Fiza pun dapat. Bolehlah baca. Pernah dengar 'Lawak Kampus' tapi kurang arif. Hehe selamat membaca.

    ReplyDelete
  3. atie tak pernah baca lawak kampus ni, dulu baca ujang dgn gila gila ja.. tapi now dah boleh baca online lawak kampus ni? boleh check it out !

    ReplyDelete
  4. suka juga baca ni. koleksi anak-anak penuh almari dah.

    ReplyDelete
  5. Tahniah dapat kiriman dari rakan blogger. Selamat membaca dan moga terhibur dengan Lawak Kampus.

    ReplyDelete
  6. itu lah..belum habis baca lagi ni..entah siap ek secret tu

    ReplyDelete
  7. Akak Tak pernah lagi baca lawak kampus ni. Macam menarik je.

    ReplyDelete
  8. anak ayu baru nak start kumpul....selamat membaca! tahniah!

    ReplyDelete
  9. komik fav anak² kakmim... diorg lepas baca suka bercerita balik kt kakmim.. kekadang diorg bercerita sesama sendiri pastu gelak bersama².. yg hard cover pun diorg pow ibu suh beli

    ReplyDelete
  10. anak2 aida suka ni, fiza.
    izzat terjangkit dek kakak2nya.
    menarik!

    ReplyDelete
  11. Memang kelako!!! Dulu naca..tapi tak habis sampai semua jilid..kah....Lama gak x baca komik.. hehe..

    ReplyDelete
  12. Anies begitulah perangai dia... senyap2 pos tiba2 dh ada di tangan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.