Drama Love, Elsa Episod 1-24(Akhir)

Saturday, January 02, 2021

Drama LOVE, ELSA adaptasi novel penulisan Acik Lana gandingan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad akan bersiaran di slot MegaDrama astro Ria. Drama arahan Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd.

Saksikan Drama Love, Elsa akan datang.

Drama Love, Elsa Episod 1-24(Akhir)


Drama : LOVE, ELSA
Jumlah episod : 24
Mula tayangan : 2021
Waktu tayangan : Akan dikemaskini
Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
Penulis Novel : Acik Lana
Penulis skrip : Nadia Khan, Mamu Vies
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd

PELAKON DRAMA LOVE, ELSA

Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
Uyaina Arshad sebagai Ammara
Zeera Azizi sebagai Sofea
Mona Allen sebagai Madam Qistina
Nasz Sally sebagai Habsah
Iman Suhana sebagai Hamidah
Azhar Amir
Ramona Zamzam
Riz Amin
Ikhram Juhari
Nik Adam Mika
Ku Fridah
Zalfazin

SINOPSIS LOVE, ELSA

Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.

Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim dan lahirnya perasaan cinta.

SINOPSIS NOVEL LOVE ELSA

Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.

Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?

Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. 

Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!

Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. 

Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. 

Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.
“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” - Ammara
“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” - Ridza Kim
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. 

Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.

Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. 

Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.

Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?

8 comments

  1. heroin nya pelakon baru ka? nda familiar hehe

    ReplyDelete
  2. owh macam best je , biasa citer2 acik lana ni banyak yg best2

    ReplyDelete
  3. Makin glemer dah Uyaina ni kan? Lawa pun lawa orangnya.

    ReplyDelete
  4. hi, jemput singgah blog, especially kalau berminat nak tambah pendapatan dengan Jamu Tun Teja. Terima kasih =)

    https://241107hh.blogspot.com/2021/01/slip-gaji-yang-sah.html

    ReplyDelete
  5. my mom tak sabar nak tgk cita ni jugaaa ! asalkan ada zul ariffin

    ReplyDelete
  6. Wah.. makin banyak novel yang diadaptasi ke drama sekarang nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.