Air Soda Herbs

Friday, January 01, 2021

Air soda herbs pernah popular satu masa dulu. Belek belek entry lama, saya pernah buat entry air soda herbs tahun 2015. Agaknya lebih kurang tahun tu dah viral kot kan.

Walaupun air soda herbs ni ada serai, pudina dan lemon tapi tujuannya bukan untuk detox ye. Air berkarbonat, buah laici tu manis tak sesuai untuk mereka yang diet. 

Air soda herbs, hanya sekadar minuman yang rare tapi sedap. Siap ada serai tu yang rare tu. Tapi serai tu tak rasa sangat pun. Kesimpulannya, air soda herbs memang sedap. 

Ini kalau minum kat kedai, tak tahu lah berapa harga dia. Sebab tak pernah lagi order air soda herbs. Tak semua kedai ada jual air soda herbs. Nak rasa, kena buat sendiri lah.

Soda Herbs

Resepi Air Soda Herbs

Bahan-Bahan
Sebotol Ais Krim Soda F&N
Buah Laici (dalam tin)
Sebatang Serai 
Daun Pudina 
Asam Boi 
Ais Kiub

Cara Penyediaan
Masukkan semua bahan-bahan dalam jug/cawan. Kacau sikit kemudian baru minum. Sedap diminum sejuk.

Air soda herbs ni secawan je mampu minum. Lebih dari tu memang tak boleh masuk. Jenis tak boleh minum air bergas sangat. Lepas tu mulalah sakit perut. Jangan cari nahas, sikit sikit sudah lah.

16 comments

  1. sedap air soda ni. saya selalu bancuh air soda ni dengan sirap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soda dengan sirap campur susu jadi sirap bandung yang sedap :)

      Delete
  2. suka sodaherbs... menyegarkan! tp xmo manis² sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka yang tak manis sangat. Kalau manis boleh minum secawan je tak lebih.

      Delete
  3. Pernah buat sekali je, agaknya dah 2,3 tahun lepas kot, hihi..
    Nak minum sesekali bolehlah buat, sebab air ni manis kan

    ReplyDelete
  4. Tapikan sekali minum hendak lagi minum. Tidak rasa sangat gas.
    Lepas itu tidak berani minum dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab sedap, kan. Tapi saya tak boleh minum banyak. betul, gas dia kurang dah.

      Delete
  5. Nampak sedap, Fizah. Mesti menyegarkan dan hilangkan dahaga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak. sesekali rasa..motip dia nak ambil gambar je lebih. hihi

      Delete
  6. Memang sedap air ni. sekali cuba mauu lagi heheh

    ReplyDelete
  7. dah rasa kat tekak sbb tau sedap dia mcm mna

    ReplyDelete
  8. Lama tak minum soda herbs ini.. Cam nak buat juga nie nanti..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.