Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Tak Rugi Membeli Silicone Food Cover/ Fresh-Keeping Cover

Jenis suka menyimpan makanan dan buah-buahan selepas potong dalam peti ais, sangat berbaloi sekiranya membeli silicone food cover atau fresh keeping cover ni. Mulanya beli sebab nak cover buah lemon lepas potong dan simpan dalam peti ais.

Sebelum ni, cara saya simpan buah lemon dipotong dalam peti ais letak dalam bekas tupperware je. Buah selepas di potong ni kalau tak tutup (cover), dia akan hilang kesegaran buah tu terutamanya pada permukaan yang dipotong tu. Dia akan kering dan kecut.

Tak best lah bila nak makan atau guna semula. Sebelum makan mesti akan buang layer yang dipotong tu. Nak guna plastic wrapper agak leceh nak potong plastik tu. 

Silicone Food Cover/ Fresh-Keeping Cover

Diperbuat daripada food-grade silicone, bebas BPA (BPA-free) dan FDA Approved. Selamat digunakan dan digunakan semula (Reusable). Food cover yang diperbuat daripada silicone ni boleh mengembang dan flexible.

Dia punya tahap kedap udara tu terbaik untuk pastikan makanan/buah segar dan mengelakkan makanan tertumpah. Sangat sesuai dan muat untuk mangkuk, cawan, jug, makanan dalam tin, buah-buahan berbentuk bulat seperti tembikai, lemon dan sebagainya.

Boleh dicuci, diletakkan dalam peti ais mahupun microwave pada tahap suhu -58 ℉ to 482 ℉ / -50 ℃ to 250 ℃

Didatangkan dengan 6 jenis saiz berukuran diameter :
  • 9.5 cm
  • 11.5 cm
  • 14.5 cm
  • 16.5 cm
  • 21 cm

Silicone Food Cover/ Fresh-Keeping Cover

Menyesal Beli!

Sesampainya barang yang dipesan melalui shopee. Memang excited lah nak mencuba. Sampai je terus basuh dan keringkan. Bila dah kering, punyalah excited nak guna tapi bila nak guna. Kecewa tu terus datang berdesup.

Okay ini tak kelakar. Saiz lemon tu terlalu kecil nak pakai silicone food cover ni. Makanya, dia tak ketat dan serupa tak payah pakai. So lupakan je nak cover potongan lemon tu. Nak guna juga kena beli baru yang saiz dia lebih kecil.

Tak Rugi Membeli

Kecewa bab lemon tu je lah sebab itulah motif utama nak membeli pun. Paling berguna bila nak simpan lauk pauk yang tak habis tu. Senang tak perlu transfer lauk dalam tupperware. Ambil food cover ni gunakan je tutup lauk dan simpan dalam peti ais.

Convenient and cost saving of course! 

Tak dapat gunakan untuk lemon takpe! Dapat guna untuk cover potongan buah tembikai. Bolehlah simpan untuk sehari dua lagi dan keep fresh. 

Silicone Food Cover/ Fresh-Keeping Cover

Silicone Food Cover/ Fresh-Keeping Cover Price

Tambah berbaloi bila jumpa harga yang sangat murah dan local seller pulak tu. 1 set 6 saiz ni harga di bawah RM5 je. Boleh cari di kedai one88shoppingmall kat shopee ye. Saya beli sekali dengan thawing board

Seorang yang kalau beli, kena belek sekali apa yang ada kat kedai tu. Mana berkenan boleh beli sekali jika ada keperluan. Boleh jimat pos. Tak gitu?

Post a Comment

20 Comments

  1. menarik jugak ni.. so far mmg x penah jumpa pun silikon cover ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli kakmim untuk kegunaan harian tutup lauk pauk :)

      Delete
  2. Bagus juga cuma tutup kepala/atas buah cuma kena cari saiz sama ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak wina, kena cari saiz yang sesuai :)

      Delete
  3. menarik la.. selalu tutup guna suratkhabar je kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi guna surat khabar. boleh cuba guna solicone cover ni pulak :)

      Delete
  4. Baru tau ada benda ni..hadoi kt shopee tu kalo tengok rasa nak beli semua benda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, kat shopee tu kalau hadap lama lama banyak masuk bakul nanti :)

      Delete
  5. Tak pernah jumpa lagi benda ni. Boleh la cari lepas ni :)

    ReplyDelete
  6. untunglar kalo ada ruang dlm petisejuk., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruang ciput je wak. tak ada barang lain boleh ler letak tembikai separuh ni.

      Delete
  7. Ok, akak tergoda! Nak beli jugaklah. Haha
    Betul Fiza, kalau akak pun menambah benda lain..baru berbaloi pos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengaruh rakan blogger kan kak. hihi..harus menambah jika ada keperluan sbb nak jimat pos punya pasal :)

      Delete
  8. Wah.. best ini.. tq Share fiza.. Boleh cari juga..
    Sha pun selalunya akan tengok barang lain yang boleh di beli seskali di kedai Sopee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama²..samalah kita. belek belek dulu kot ada berkenan :)

      Delete
  9. mmg dah lama nk bli tp msk shopee nmpk benda lain������

    ReplyDelete
  10. skrg ni , brang2 online dah tak berkualiti mcm dulu kan

    ReplyDelete
  11. pernah terlintas nakbeli tp x beli2..
    tngk ni tringin balik nak beli hehehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.