Header Ads


Drama 7 hari mencintaiku 3 Full Episod

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 kembali memainkan emosi penonton. Bermula dari 7 Hari Mencintaiku (2016), 7 Hari Mencintaiku 2 (2020), 7 hari mencintaiku 3 episod 1 mula bersiaran pada 16 April 2022 jam 6:58 petang di slot Akasia TV3.

7 Hari mencintaiku 3 tiada lagi kisah benci membenci, gaduh gaduh antara menantu dan mak mentua. Mak Leha dah tak benci Mia Adriana dah. Tak ada babak cliche Mak Leha beria carikan isteri lain untuk Khuzairi.

Penceritaan luar jangkaan bakal ada dalam drama 7 Hari Mencintaku 3 ni seperti yang di war war dalam teaser 7 hari mencintaiku 3. Watak Pak Samad mungkin tiada lagi, adakah Pak Samad meninggal dunia? 

Teaser 7 hari mencintaiku 3 awal-awal dah emosi. Watak Pak Andak pun dah tak ada juga. Al fatihah buat Idris Mat Diah.

drama 7 hari mencintaiku 3 full episode TV3

Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Jumlah episod : 35
Mula siaran : 16 April 2022
Waktu siaran : Isnin-Ahad, jam 6:58 petang
Siaran TV : Slot Akasia TV3 | tonton full episode di portal : iQiyi
Penulis Novel : Siti Rosmizah
Pengarah : Jamal Khan
Penerbit : SR One Sdn Bhd

PELAKON 7 HARI MENCINTAKU 3

Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Wan Sharmila sebagai Sofi
Syazwan Zulkifli sebagai Helmi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Bil Azali sebagai Zaidi
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Faye Kusairi sebagai Syakila
Syaffiq Sahli sebagai Jali
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
Sean Lee sebagai Adam
Dhia Irdina sebagai Alisa
Puteri Rafasya sebagai Kenit
Razzuan sebagai Fariz
Shamielya sebagai Azura
Fadilah Mansor sebagai mak Nurul Ain
Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati
Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Johari
Mak Wan Latah sebagai Mak Limah

Watak-watak baru drama 7 hari mencintaiku 3
Reen Rahim  sebagai Fatin Husna (30 tahun)
Wan Maimunah sebagai Che Puteh (50an/60an)
Sefik Khair sebagai Burhan (30an)
Ezad Lazim sebagai Husin (30an)
Dayang Areeda sebagai Maimunah (30an)
Azza Elite sebagai Kak Piah (40an)
PU Azman sebagai Taufik (30an/40an)
Azura (25 tahun)


SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU 3

Kebahagiaan Khuzairi dan Mia Adriana hanya sementara apabila sesuatu yang tidak diingini terjadi dalam rumah tangga mereka.

LAGU TEMA (OST) 7 HARI MENCINTAIKU 3

Lagu : Kaulah Syurga
Penyanyi : Khai Bahar feat Lia Aziz
Komposer : Asfan shah
Penulis Lirik : Siti Rosmizah

TEASER 7 HARI MENCINTAIKU 3

Assalamualaikum anak-anak dan menantu-menantu abah...
Tak ada kata-kata dapat abah ucapkan betapa sayangnya abah pada kalian semua.
Kalian adalah pertama abah, cucu-cucu abah adalah jantung hati ini dan
kamu Leha adalah bidadari aku hingga ke syurga.
Sebelum abah menutup mata, hanya satu yang abah minta. Sayangi, cintai dan kasihi mereka
yang ada disekeliling kamu, tak kira siapa di sisimu waktu itu untuk 7 hari saja.
Jika kita sayangkan seseorang seikhlas hati, jangankan 7 hari, 7 saat pun akan kita hargai.
Anak-anakkku...andai abah pergi... Abah nak beritahu sebenarnya abah...

Sumber : Drama Sangat | https://fb.watch/80EcZtyaa6/

22 comments:

  1. Tidak sangka sampai siri ke-3.
    Pandai juga pengarang novel lanjutkan penceritaan.

    ReplyDelete
  2. tolonglah abang rie jangan buat hal hahaha

    ReplyDelete
  3. Wahh! dah nak masuk siri ke 3, yang pertama & ke2 pun dah cukup debar..

    ReplyDelete
  4. Pergh!! Kembali penuhlah timeline FB dengan cerita ini.. hehehe

    ReplyDelete
  5. cerita ni selalunya kakmim akn tgk ending je... hahahaha... cuma yg part 1 dulu baca novelnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..senang tengok ending je terus kan. takpayah nak emo tengok ceritanya. Tahu tahu happy je sudahnya.

      Delete
  6. kali ni watak siapa pula yg jd bahan 'geraman' org malaysia? hahaha

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Ye, tak tahu nak dipanjangkan cerita tentang apa lagi kan. Kita tengok je lah nanti.

      Delete
  8. wow tak sabar! kalini setahun je dah keluar part 3..terbaik!

    ReplyDelete
  9. Haha cerita ini paling mantap, sebab bertahan sampai ke siri -3

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.