Essential Oil Digize Young Living Melegakan Sakit Perut

Jun, 2019 mula terjebak dengan produk Young Living. Masa tu nak kononnya nak beli diffuser je menggantikan pewangi rumah ambi pur mood theraphy collection love's bouquet, air wick freshmatic automatich spray summer delights dan home fragnance starry light hush puppies.

Sekali terbeli terus Premium Starter Kit Young Living. Masa tu beli promo 10%. Harga lebih kurang RM7++ lebih lah masa tu. Tak ingat sudah. Memang berbaloi beli satu set premium ni. Selain ada macam-macam, automatic jadi ahli dan distributor. Maknanya lepas ni boleh jual dan buat bisnes bermula dengan distributor.

Plus, bila dah jadi ahli. Kita nak membeli pun dapat harga ahli nanti. Lebih murah lah. That's why lah nak juga jadi jadi member. Sebab kita akan guna untuk kegunaan harian.

APA YANG ADA DALAM PREMIUM STARTER KIT

  • Free Membership. Automatik akan jadi ahli dengan pembelian PSK ni
  • 1 x Air Diffuser. Boleh pilih samada nak dewdrop atau Desert Mist. Fiza pilih Desert Mist sebab lebih menarik dan ada 11 warna lampu.
  • 12 x 5ml Essential Oils
  • 10 x Essential Oils Sample bottles
  • 1 x Aroma Glide
  • 2 x 60ml NingXia Red Sachets
  • 1 x Product Guide

12 x 5ml ESSENTIAL OILS

  • Pan Away - mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot
  • Lemon - detox, membersihkan udara
  • Peppermint- menyejukkan, melegakan ketidakselesaan, meningkatkan fokus mental
  • Thieves - membersihkan udara & kesihatan mulut
  • Frankincense- meningkatkan immune system, masalah kulit & kesihatan menyeluruh
  • Lavender - mudah tidur, ketenangan, skin care, melegakan minda & badan
  • Purification - air purifier & freshener, menyokong sistem pernafasan
  • RC - menyokong sistem pernafasan yang sihat & membantu masalah sinus .
  • Copaiba - mengurangkan iritasi & inflamasi
  • Digize - melegakan terutamanya pada bahagian perut
  • Spearmint - membantu menstabilkan emosi,menenangkan dan boleh jadikan perfume.

Dalam 12 Essential Oils (EO) tu, hanya dua je tak boleh diffuse iaitu PanAway (topikal use untuk sakit sendi) dan Digize (Topikal use untuk sakit perut). Topikal ni sapuan/urutan pada permukaan kulit.

PanAway dah bagi kat abah. Memang sesuai untuk mereka yang dah berumur sakit sakit sendi tu sapu je. Digize ni akan dicari bila sakit perut, sapu je dah lega. This is young living digize vitality. Terbaik!

Young Living Digize untuk apa?

Sakit perut, sembelit, cirit birit, perut sebu, perut masuk angin, kembung perut, senggugut dan sakit yang berkaitan dengan perut. Sapu je digize. Minyak angin lain dah tolak ke tepi dah. Dah lah EO Digize ni bau dia spicy dan exotic blend tu memang best. EO pun bukan jenis berminyak. 

Melegakan dan meninggalkan bau best yang melekat. Sambil tu sebagai aromaterapi lah. Boleh juga buat vitaflex pada tapak kaki untuk melancarkan sistem pencernaan.

Digize Essential Oil For Baby

Boleh gunakan digize essential oil for baby juga. Tapi kena blend dengan carrier oil sebelum sapu pada perut baby. EO ni pekat. Nama pun minyak pati, kena bagi light light dulu blend dengan carrier oil baru sapu pada kulit baby.

Tak ada baby lagi, kita guna untuk diri sendiri lah. Satu family boleh guna. Nak habiskan 5ml pun lambat lagi habisnya. 

Digize oil for weight loss

EO Digize ni bagus juga untuk sistem percernaan. Selain boleh digunakan secara topikal, young living digize vitality boleh ingest. Boleh dicampurkan dalam minuman, makanan dan calit bawah lidah. Jenama lain saya tak pasti lah boleh guna untuk ingest ke tak. Tapi YL pasti banyak kegunaan dia.

Pernah cuba EO frankincense dengan minuman NingXia Red. Tapi sekali tu je lah minum. Tekak tak boleh terima untuk ingest sebab EO dia pekat nau nau. Cukuplah guna untuk diffuse dan topikal use je.

Essential Oil Digize Young Living Melegakan Sakit Perut

8 Jenis Essential Oil @minyak pati yang terkandung dalam Digize Young Living

  • Tarragon - melegakan sistem pencernaan
  • Ginger - membuang angin
  • Peppermint - melancarkan sistem pencernaan
  • Juniper - membantu membersihkan sistem pencernaan
  • Lemongrass - membuang angin
  • Anise - melawaskan sistem pencernaan
  • Fennel - membantu melancarkan peredaran darah
  • Patchouli - ketenteraman dan ketenangan

Cara Urutan EO Digize

Sembelit, kembung perut (proses buang angin) 
Urutan ikutan jam (clockwise)

Cirit birit
Urutan lawan jam (counter-clockwise) 

Panjang lebar cerita sakit perut dia kan. Pelaburan besar sikit dari biasa tapi untuk kegunaan harian sangat berbaloi lah. 

Paling banyak topup EO setakat ni EO Lemon lah (bukan hanya murah tapi bau dia sangat best), EO Eucalyptus pun sangat best. Lebih kurang peppermint dan spearmint.

Teringin nak membeli EO boleh lah contact saya. Saya distributor je. Tak simpan stok, kena order dari HQ baru boleh saya pos kan. 

Nak jadi ahli pun boleh, silakan. Kot bercita cita nak guna dan jual minyak pati pulak lepas ni kan. 

4 comments:

  1. Akak selalu juga ternampak orang share pasal EO ni, by Young Living. Belum berkesempatan untuk guna lagi. Good luck pada Fizah, sebagai distributor, semoga sukses!

    ReplyDelete
  2. melegakan sakit perut ? serious? wahhh tak pernah tau pon ni... hebat juga YL ni kan

    ReplyDelete
  3. Adik akak memang pengguna YL. Memang nampak dia ada guna digitize untuk anak-anak dia. Haah elok jadi ahli kalau pengguna tetap.

    ReplyDelete
  4. Penah bau kat rumah adik ipar, tapi masa tu tak tau bau apa, wangi sangat

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.