Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Korean Film : Pawn (2020)

Filem Pawn @Collateral  sebuah filem Korea Selatan yang telah di tayangkan pada 29 September 2020 yang lepas. Filem Pawn dibintangi pelakon utama yang hebat dan terkenal Ha Ji-won, Sung Dong-il, Kim Hee-won dan Park So-yi.

Filem Pawn diarahkan oleh Kang Dae-gyu dibawah produksi Yoon Je-Kyoon. Filem Pawn @Collateral telah dinobatkan sebagai filem box office nombor 1 di Korea Selatan dan berada di kedudukan tangga ke-8 diantara semua filem Korea yang telah dikeluarkan pada tahun 2020. 

Maknanya filem pawn ni best dan tak rugi menonton lah. Boleh bookmark siap-siap filem Pawn ni untuk ditonton akan datang bila ada masa.
  
Korean Film : Pawn (2020)

Filem : Pawn
Tarikh tayangan : 29 September 2020
Pengarah : Kang Dae-gyu
Produksi : JK Film, Redrover Co Ltd and Film Company Youn
Penulis Skrip : Yoon Je-Kyun, Son Joo-Yeon
Penerbit :CJ Entertainment
Durasi : 113 min
Genre : action, thriller, comedy

Pelakon Filem Pawn/Pawn 2020 cast

Sung Dong-il as Doo-seok
Ha Ji-won sebagai Seung-yi
Park So-yi sebagai young Seung-yi
Hong Seung-hee sebagai student Seung-yi
Kim Hee-won sebagai Jong-bae
Kim Jae-hwa sebagai Madam Jeong
Jin Yoo-young sebagai Minister of state of the Republic of Korea
Jung In-gi sebagai Translator Noh
Yunjin Kim sebagai Myung-ja
Na Moon-hee sebagai Seungi, grandmother

Sinopsis Filem Pawn

Incheon, Korea 1993. Doo-Seok (Sung Dong-il) Dan Jong-bae (Kim Hee-won) rakan kerja sebagai pengutip hutang. Seorang penghutang bernama Myung-Ja (Yunjin Kim) yang juga pendatang tanpa izin telah menjadikan anak perempuannya Seung-Yi (Park So-Yi) yang berumur 9 tahun sebagai cagaran.

Bertambah malang  bila Myung-Ja telah dihantar ke negara asalnya. Dalam tempoh Seung-Yi dibawah jagaan Doo-Seok dan Jong-bae, kedua dua lelaki tersebut mula sayangkan Seung-Yi seperti keluarga sehinggalah Seung-Yi besar (Ha Ji-won).

Cerita yang sangat menarik dan tonton santai-santai dengan family. Lama juga tak tonton lakonan Ha Ji-won. Last tengok Ha Ji-won berlakon dalam Korean Drama Secret Garden dengan Hyun Bin. Sung Dong-il dan Kim Hee-Won berlakon tak pernah tak best, tak pernah tak kelakar.

Pawn Movie Trailer

Post a Comment

7 Comments

  1. Eh lama juga Fiza tidak tengok tontonan Ha Ji Won.
    Tengok iklan cerita macam hendak tengok sangat selain cerita Zoo.

    ReplyDelete
  2. sekarang tgh layan uncanny counter & sweet home... tungguuu.. x leh byk² nnt rumah huru hara jadinya.. hahaha

    ReplyDelete
  3. kena ambik mood klu nak tgk cita korea ni hehe

    ReplyDelete
  4. lama x tgk ha ji won berlakon...

    ReplyDelete
  5. ada ternampak trailer kat youtube. nampak menarik juga :)

    ReplyDelete
  6. Best kalau ada action and thriller... huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.