Telefilem Diva Dari Jakarta (Astro Citra)

Thursday, January 14, 2021

Telefilem Diva Dari Jakarta lakonan Sherry Alhadad dan Ruhaines akan ditayangkan pada 16 Januari 2021 (Sabtu) nanti di Astro Citra dan Citra HD, jam 9:00. Nampaknya minggu ni tak ada cerita seram lah ye.

Semakin menyerlah bakat Umairah, anak Sairah Tarudin dan anak buah Dato' Siti Nurhaliza tu. Boleh menyanyi dan boleh berlakon. Pandai cakap mandarin lagi. Berbakat besar pelakon kanak-kanak ni.

Telefilem Diva Dari Jakarta (Astro Citra)
sumber : Astro Citra

Telefilem : DIVA DARI JAKARTA
Waktu siaran : 16 Januari 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra dan Citra HD
Pengarah : Faliq Sharif
Produksi : MIG Productions Sdn Bhd

PELAKON DIVA DARI JAKARTA

Sherry Al Hadad sebagai Eryn
Ruhainies sebagai Ejot
Zarynn Min sebagai mak Ejot
Umairah sebagai Ejot kecil
Tengku Zara sebagai Eryn kecil
Syaff Azahan sebagai Hakim

SINOPSIS DIVA DARI JAKARTA

Eryn (Puteri Zara), seorang kanak-kanak yang berlagak macam Diva dari Jakarta. Eryn telah bertemu dengan seseorang yang berbadan besar bernama Ejot (Umairah). Eryn menggangap Ejot tidak layak jadi kawan baik dia. 

Tapi pada satu hari tu berlaku satu kejadian. Eryn koma. Dan bila tersedar dari koma, dirinya berubah menjadi besar (Sherry Alhadad). Manakala Ejot yang dianggap tak layak jadi kawan baik itu telah berubah. Lagak tak ubah seperti Diva.

Lagu Tema Diva Dari Jakarta

Antara sahabat dan cinta -Dina Nadzir

Lirik Lagu Antara Sahabat dan Cinta- Dina Nadzir

Kubiarkan jendela yang terbuka
Menjemput angin rindu mu menyapa
Hatiku yang dulu beku kini hidup kembali
Menerangi ruang hati ini

Ku sambut salam mu yang kau hulurkan
Balut luka yang pernah kau tinggalkan
Luka ku kini terubat semakin dirimu dekat
Hatiku dekatkan namamu selalu

Antara sahabat dan rasa cinta
Aku hanya mahu dirimu saja
Biarkan badai yang merobek kita
Akhirnya kita kan tetap bersama

Hanya engkau yang mengenal diriku
Hitam putih jalan yang ku lalui
Biar pun beribu tahun ku kan setia menunggu
Aku hanya mahu hidup dengan mu

Antara sahabat dan rasa cinta
Aku hanya mahu dirimu saja
Biarkan badai yang merobek kita
Akhirnya kita kan tetap bersama

Antara sahabat dan rasa cinta
Aku hanya mahu dirimu saja
Biar pun sukar aku percaya
Hanya denganmu ku bisa bahagia

11 comments

  1. bAnyak jugak drama Sherry ni kat Astro.

    ReplyDelete
  2. Harap2 best, sebab sherry! Suka sherry!

    ReplyDelete
  3. Macam tukar badan ke? Menarik tajuk ada dari Jakarta.

    ReplyDelete
  4. next freaky friday story ! hahaa

    ReplyDelete
  5. Banyak dah lakonan Sherry. Rezeki tak salah alamat.

    ReplyDelete
  6. astro ceria penah jugak ada ceta mcm ni... tertukar bdn dgn bibik indon umh dia

    ReplyDelete
  7. Alaaa.. malamni bukan citer seram ek. hahahaa.. ok noted... Boleh layan santai santai la.. hikss...

    ReplyDelete
  8. sherry ni kalau ada mesti kelakar habis. anak buah siti pun dh ikut jejak mak iti

    ReplyDelete
  9. wah sherry jadi diva la. makin banyak rezki sherry berlakon drama.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.