'HOPE' Twenty Twenty One. Chapter 1 January

Friday, January 01, 2021

2020 yang penuh kesedihan dah berlalu pergi. 'HOPE' Twenty Twenty One bermulalah chapter 1 January 2021. Ambil tema planner 'hope' sebagai permulaan tahun baru 2021. Kalau perasan bawah planner sebelah kiri tu ada tertulis hope.

'HOPE', harapan semua orang supaya tahun 2021 kita tak terus dibelenggu dengan kes COVID-19. Itu harapan utama semua orang. Betul tak? Penutup tahun 2020 pun dah pecah rekod kes paling tertinggi 2525 ke baharu.

HOPE

Semoga kita tak putus berdoa, tak putus semangat, tak putus harapan untuk meneruskan perjalanan hidup kita. Ye, hidup tetap perlu diteruskan.

'HOPE' Twenty Twenty One

Cuti Bulan January 2021

1 Jan (Jumaat)-Tahun Baru
- Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

14 Jan (Khamis)-Hari Keputeraan YDPB N. Sembilan
- N. Sembilan

28 Jan (Khamis)-Hari Thaipusam
- Johor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor

'HOPE' Twenty Twenty One. January 2021

Dear HOPE,
My journey may not be smooth and perfect
but I never lose you. I'm not afraid of starting over
becau now I'm not starting from stratch.
I'm starting from experience.

'HOPE' Twenty Twenty One. January 2021

The Cheshire Cat : Every adventure requires a first stepAlice : Where should I go?
White Rabbit : The depends on where you want to end up.
-Alice in Wonderland

Azam tahun baru 2021

Apa azam tahun baru? Nak kuruskan badan, azam cliche yang popular setiap tahun tapi tak pernah tertunai lagi. Asyik carry forward je. Dah berapa tahun carry forward tu?
[Öa.zam]/[a.zam] | عزم
Definisi : tujuan yg hendak dicapai; apa-apa yg dimaksudkan. berazam bercita-cita; bertujuan: Ia ~ hendak melanjutkan pelajarannya lagi. mengazamkan berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tahun ni saya tak ada azam apa. Cuma 'HOPE' diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn...

Health is real wealth. Let the Journey Begin! Welcome 2021. 

Psstt nampak sesuatu yang baru dalam blog ni? Ala, header baru buat geli geli ambil aura tahun baru nak serba baru. Sekejap je bertahan tu. Masih mencari idea baru. Buat masa ni idea masih menyorok. Tak jumpa lagi.


7 comments

  1. Perasan header baru. Hehe...
    Apa-apa pun Fiza, selamat tahun baru 2021.

    ReplyDelete
  2. Yay, Happy New Year!!! Syukurlah!!! Panjang umur lagi.. Moga Covid cecepat pergi.. AMIN

    ReplyDelete
  3. wah dah dapat planner baru. cantik! selamat tahun baru sis :)

    ReplyDelete
  4. lawaaaaa plannernya.. happy new year fiza

    ReplyDelete
  5. Fiza apa kata letak semula warna merah jambu pada header blog?
    Harap jumpa idea bernas untuk header.

    ReplyDelete
  6. thank you sharing cuti january! hahahaha i sukaaa..
    happy new year :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.