Header Ads

Maggi Goreng Mamak Ayam Goreng KFC

Terpengaruh sekali lagi tengok makanan di media sosial. Bahaya betul tengok media sosial lama-lama ni. Mengundang lapar betul. 

Nampak macam sedap je Sheila Rusly masak maggi goreng mamak tu. Nampak mudah je resepi maggi goreng mamak  Sheila Rusly share.

Lepas tengok Sheila Rusly masak maggi goreng mamak tu, terus gerak ke dapur tengok apa yang ada. Bahan-bahan semua ada kecuali sawi. Sawi je tak ada. Takpa, taugeh ada! 

Kebetulan ada seketul ayam KFC, konon nak buat nasi goreng ayam KFC rice cooker tu. Cancel lah, kita potong masukkan dalam maggi goreng mamak je. 

Maggi Goreng Mamak

Siap maggi goreng masak ikut resepi maggi goreng mamak  Sheila Rusly. Mudah dan terpaling sedap. Selama ni kalau masak maggi goreng mamak tak letak perencah kari maggi tu. 

Rupanya lagi sedap masukkan sekali. Itu yang terpaling sedap tu. Rugi tak cuba resepi maggi goreng mamak Sheila rusly ni. Sumpah sedap!

Suka maggi goreng mamak kering sikit, maggi goreng mamak basah maggi kembang sangat. Tak best! Maggi goreng sedap pedas letak extra cili api.

Sheila Rusly kongsikan resepi dalam bentuk video, saya taipkan secara ringkas bahan-bahan dan cara penyediaan ikut bahan-bahan yang saya ada.

Maggi Goreng Mamak Ayam Goreng KFC

Bahan-bahan
2 pek maggi
1/2 biji bawang besar * dipotong
2 ulas bawang putih
cili api (ikut tahap pedas masing-masing)
3 sudu cili kisar
1/2 sudu kicap pekat
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
taugeh
Minyak untuk menumis
2 biji Telur

Cara Penyediaan

1. Rebus maggi sampai kembang dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, cili api dan bawang putih. Cili api dan bawang putih tu tumbuk kasar atau ketuk ketuk sikit ikut cara Sheila Rusly. Tapi saya guna kaedah menumbuk guna lesung.
3. Bila dah naik bau dan garing, masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan perencah serbuk kari maggi dan kacau rata.
5. Masukkan maggi dan kacau rata sekali lagi. 
6. Pecahkan telur, biar masak sekejap baru kacau kacau gitu. Ada rasa hangus hangus garing tu sedap.
7. Last sekali baru letak taugeh dan letak ayam goreng kalau ada dan nak lagi sedap. 

Nak lagi jelas dan terang, silalah tengok resepi maggi goreng mamak Sheila Rusly dalam video bawah ni.


Ternyata resepi maggi goreng mamak Sheila Rusly ni so sedap. Cubalah, rugi tau tak cuba! 

kredit resepi : Sheila Rusly (link di youtube video)

23 comments:

  1. menarik jugak ek, boleh cuba buat nanti ni fizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik cara penyediaan dia tu. Silakan cuba kak syaz :)

      Delete
  2. Okey lepas ni boleh cuba la...hehehe....fav akak ni

    ReplyDelete
  3. Adoila terliur. Tapi saya suka megi goreng basah. Kembang tak kembang pun habis licin. Hehe

    ReplyDelete
  4. ngam sangat dpt bakal menantu utara pulak. hehe
    memang terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe, menantu dia kalau tak pandai masak gelabah lah nanti. hihi

      Delete
  5. MashaAllah, sedap behtul!!!!
    Sy nak try nanti kalau tak berdiet sgt. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cheat day Nona..hihi silakan mencuba :)

      Delete
  6. Nyum nyum ... akak is tergoda already

    ReplyDelete
  7. Makan maggi masak biasa pun sedap, ikan pula bila sudah dimasak cara begini. Bertambah-tambahlah sedapnya.

    ReplyDelete
  8. Boleh cuba sebab ada megi kari. Selalu tidak terfikir buat megi goreng mamak guna kari.

    ReplyDelete
  9. baca tajuk je dlm hati sy dah agak, ni mesti tgk vid sheila rosli ni... hahaha kan betul...

    ReplyDelete
  10. dah dua minggu tak makan maggi ni ! aduhh mcm balik ni kena juga masak maggi ni

    ReplyDelete
  11. Baiklah. Akan cuba cara ni, bila goreng maggi lain kali. Sedapnya..!

    ReplyDelete
  12. Mmg sedap kalo goreng letak perencah kari tu skali tapi kakmim x buat style mamak... hehe... goreng pecah telor letak mee dan perencah je.. perencah tu ikut nisbah 2 bungkus mee, 1 bungkus perencah... #theIMANs suka maggi goreng bogel macam tu je..hehe

    ReplyDelete
  13. buat style mamak mmg sedap fiza! shida pun suka ^_^

    ReplyDelete
  14. Pergh!! Sedap tu magi goreng mamak style..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.