Ambil Tahu Faktor penyebaran Covid19

Wednesday, January 13, 2021

Hadaplah kita Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0). Sajalah nak ingatkan semula dan ambil tahu faktor penyebaran Covid-19 ni. Takut ada yang lupa, kena ingatkan lah.

Jangan biarkan sejarah mungkin berulang. Orang lain taknak jaga SOP biarkan dia. Sudah terhantuk baru terngadah bak kata pepatah. Jaga SOP yang ditetapkan boleh tak? Stress tahu tak duduk rumah lama lama ni.

Elok elok dah boleh rentas negeri masa PKPB, sekarang tak boleh dah. Susah betul kalau ada urusan emergency. Harapnya kalau ada emergency, urusannya tak susah dan dipermudahkan. 

Sebab pernah kena ada urusan penting, call balai polis tanya boleh ke untuk urusan sekian sekian. Katanya datang dan bawa surat. 

Sekali bila datang, bawa surat bagai tak boleh pulak. Menyesal betul husband pergi balai polis masa tu. Malas nak cakap banyak. Hujung hujung tahu dah mesti akan cakap tak boleh. Kejap boleh kejap tak. 

Mempermainkan perasaan dan membuang masa. Tak boleh, cakap tak boleh senang. Kali ni lah, kita sama-sama putuskan rantaian Covid-19 ni. Keluar bila ada urusan penting je boleh tak? Boleh kan? 

Bagi hadam sekali lagi.

Faktor penyebaran Covid19

  • Jarak
  • Tempoh pendedahan
  • Jenis aktiviti
  • Persekitaran (open/confined)
Perkongsian dari Dr.HafizahMH.
Faktor penyebaran Covid19
kredit : Julia Marcus


LOWEST RISK

HOME ALONE OR WITH HOUSEMATES
  • Stay home as much as possible.
  • Try to allow only people you live with into your home
  • Wash your hands.
  • If you're sick, stay home and isolate from housemates.

MODERATE RISK

OUTDOOR ACTIVITIES
  • Wash your hands and don't touch your face.
  • Stay at least 6 feet from people you don't live with.
  • Wear a mask.
  • Avoid shared surfaces, like swings or benches.

HIGHER RISK

OUTDOOR GATHERING
  • Wash your hands and don't touch your face.
  • Stay at least 6 feet from people you don't live with.
  • Wear a mask.
  • Don't share food, toys, and other items, and avoid shared surfaces.
  • Participate in events like these infrequently.

HIGHEST RISK

INDOOR GATHERINGS
  • Wash your hands and don't touch your face.
  • Stay at least 6 feet from people you don't live with.
  • Wear a mask
  • Don't share food, toys, and other items, and avoid shared surfaces.
  • Open windows for better ventilation
  • Try to avoid gathering indoors as much as possible.

Kita penat, frontliners tu lagilah penat. 

13 comments

  1. Semoga dipermudahkn urusan ye Fizah. Stress jugak pkp lagi sekali ni. Terkurung lagi la kat rumah tak tau sampai bila

    ReplyDelete
  2. betul..frontliners l;agi penat..kesian depa..huhu...payah kalau ada lai yang degil ni..tadi akak pergi klinik kesihatan untuk check up perot pun, ramai sangat yang balik kampung datang buat swab test..seriau la jugak tengok...

    ReplyDelete
  3. Kena korbankan kehendak dan keinginan sepanjang PKP, PKPB & PKPP.
    Utamakan yang perlu sahaja. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja.

    ReplyDelete
  4. semoga kita terus sepakat putuskan rantaian

    ReplyDelete
  5. harapnya dapatlah terkawal dalam tempoh 2 minggu ni, penat nak pkp lama2 :(

    ReplyDelete
  6. Itu yang buat terbakar, sudah ikut beri surat tapi tidak boleh pula.
    Harap tiada perkara luar biasa masa PKP supaya tidak perlu
    minta kebenaran hendak keluar. Harap-harap lepas 2 minggu dapat keluar daripada PKP.

    ReplyDelete
  7. Kesian dekat frontliners.. Harapnya rakyat Malaysia akan lebih mematuhi SOP..

    ReplyDelete
  8. hopefully la smua ambil peduli and jaga .. sbb ada yg ambil endah tak endah jer

    ReplyDelete
  9. Kita tunggu dan lihat saja, lepas 2 minggu ni, kes makin kurang ke tak. Semoga Allah tolong kita.

    ReplyDelete
  10. hurmmm...tak tau nak kata fiza...kita dah elok jaga, orang lain pulak ambil lewa...huhuhuu..now kena self quarantine sampai tau result orang tu negatif ke positif..

    ReplyDelete
  11. setahun dh frontliner kita x rest... DG kita apatah lg.. kesian mereka

    ReplyDelete
  12. tu la tu.
    kesian kat kawan2 keje hospital :(
    letih! dehidrated! lesu...
    yg tak best skali, diorang da lama x dpt peluk cium anak2 dgn bebas :(
    tu paling menyayat hati aida, fiza.
    so, kita anggap ni tanda penghormatan kita kpd diorang.
    kita PKP. kita jaga.

    ReplyDelete
  13. semoga frontliner kita tak lumpuh mcm negera seberang.. hairan tgk bekas pesakit covid (kwn skolah) boleh ke sana sini mcm tak serik

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.