Sambal Tempe Ikan Bilis Campur Kentang dan Suhun

Monday, January 25, 2021

Tekak masih belum boleh terima ayam lagi. Ada stok tempe, maka kita buat sambal tempe ikan bilis campur kentang dan suhun. 
Saja tambahkan suhun sebab ada lebihan buat vietnam roll haritu tak habis. Suhun dah rebus simpan dalam peti ais. Nak buat vietnam roll lagi rasa macam entah bila. 

Eloklah tambah dalam sambal tempe ikan bilis kentang ni. Elakkan pembaziran.

Alang alang dah buat sambal tempe ikan bilis kentang tu tambah suhun ala ala sambal tempe ikan bilis jawa. Cuma kacang panjang je tak ada.

Lebih suka buat sambal tempe kering daripada sambal tempe basah. Buat sambal tempe kering tak perlu tambah air ye. Kalau tambah air, nanti bahan bahan goreng tak rangup. 

Sambal Tempe Ikan Bilis Campur Kentang dan Suhun

Bahan-bahan

1 pek tempe
Segenggam ikan bilis
1/2 pek suhun
1 biji kentang
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1/4 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Potong tempe dan goreng. Dah masak, angkat ketepikan. Ulang proses yang sama untuk kentang juga. Ikan bilis pun goreng garing-garing. Sementara tunggu bahan goreng siap satu-satu. Boleh sediakan bahan untuk menumis.
2. Bawang besar separuh potong, separuh lagi tumbuk dengan bawang putih.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang potong dulu, kemudian dah garing sikit masukkan bahan tumbuk.
4. Masukkan cili kisar, kacau rata dan biarkan garing juga. Masukkan garam, pes asam jawa dan gula. Kacau rata.
5. Masukkan kesemua bahan-bahan goreng dan gaul rata semuanya. Siap! 

Nak pedas sikit boleh tambah cili padi atau cili api masa menumis tu. Sambal tempe kering macam ni tahan lama kaalu nak simpan. Makan dengan nasi panas, memang sodap!

19 comments

  1. Akak suka lauk camni, Fizah. Sedap! :)

    ReplyDelete
  2. sedap ni, nenek selalu buat masa duduk dengan dia dulu time kecik2.. bestnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dulu dulu suka buat macam ni kan. Sedap dia sampai suka makan sampai sekarang.

      Delete
  3. sedap ni kena plak ngan nasi panas.. tq share resepi... 😉

    ReplyDelete
  4. Masakan simple je tapi kalau buat memang asyik tambah nasi. Sedap gak kalau buat pedas sikit.

    ReplyDelete
  5. sedap fiza masak macam ni.. dh lama tak jumpa. kena buat sendiri baru puas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena masak sendiri je Nina. Nina rajin masak, boleh cuba nanti :)

      Delete
  6. Menu ni sanhat menggiurkan lelebih lagi bila malam melihatnyaaa.. Aaaaa. bahayaaaa! Kikikii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa..sangat bahaya untuk seorang Nona yang sedang diet.

      Delete
  7. Favourite akak ni. Kadang-kadang makan ratah begitu je. Datang lawat Fiza hari ni buat akak lapar bertingkat-tingkat heheheh

    ReplyDelete
  8. Masakan kering-kering begini memang sungguh menyelerakan, apalagi bila bertemu dengan nasi putih panas time perut lapar!

    ReplyDelete
  9. Selalu buat sambal tempe ikan bilis tiada suhun.
    Tapi kalau di kenduri lauk ini memang akan dipilih dahulu.

    ReplyDelete
  10. dulu , tak suka makan tempe ni, tapi skrg.. takleh stop plak klu starts makan hahah

    ReplyDelete
  11. Macam sambal jawa pula bila bubuh suhun tu.. hehehe.. Sedap dimakan begitu saja nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.