Rendang Ayam Berkuah

Saturday, January 02, 2021

Sejak macam pandai masak rendang ayam, kemain ligat masak rendang ayam 2-3kali sebulan. Sebulan ye, bukan seminggu. Baca betul-betul. Jangan salah faham. Kalau seminggu, kenyang makan ayam je lah.

Buat rendang ayam bila teringin je. Biasanya kalau orang teringin ni, auto rajin memasak. Cuba kalau malas, masak menu simple pun banyak alasan. Mengata diri sendiri bukan cakap orang lain.

Perempuan ni kalau dah teringin, kalah perempuan mengandung! Selagi tak dapat selagi tu dia terasa rasa je rasa dia.



Sebenarnya diri sendiri teringin. Lepas tu tanya pulak kat husband. Nak tak kalau lauk rendang ayam. Nak! So kita jadikan alasan masak rendang ayam permintaan suami. Kah! Pandai putar belit di situ.

Selama lebih kurang 1 jam lebih, siaplah rendang ayam berkuah. Maksudnya tak tunggu kering sangat kuah tu. Masak banyak dan berniat untuk disimpan jadikan lauk esoknya. Bila panaskan nanti tak lah dia kering sangat.

Rendang ni kalau dah disimpan sehari, dia jadi lagi sedap. Itu yang kalau masak rendang mesti masak portion lebih untuk 2 kali hidangan makan. Lebihan rendang boleh makan dengan pulut atau roti. So sedap!

Terpaling suka rendang ayam campur daun kunyit diracik halus. Suka aroma dan rasa daun kunyit tu. Ada orang tak suka letak daun kunyit.


baca juga : resepi rendang ayam mudah dan sedap menjilat jari.

17 comments

  1. tak pernah lagi masak rendang. insyaAllah kalau ada masa nak cuba heheh

    ReplyDelete
  2. sedapnya..rendang ayam ni suka kuah dia gaul dgn nasi putih..

    ReplyDelete
  3. Lauk dah sedap dah tambah pulak gambar pun cantik, lagi tambah terliur.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Fizah. Akak pun suka makan rendang colek roti, banding makan dengan nasi. Hehe..

    ReplyDelete
  5. betoi, rendang ni kalau lagi kita pnaskan sampai berhari2 lagi sedap!

    ReplyDelete
  6. Suka letak daun kunyit dan daun limau purut.
    Berkuah itu suka makan dengan nasi impit.

    ReplyDelete
  7. Nampak pun dah terliur. Mesti sedap rasanya tu :)

    ReplyDelete
  8. Saya suka makan kuah rendang ini dgn nasi putih panas. Memang marvelous. Pasti bertambah² nasi nnti 😅.

    ReplyDelete
  9. Sedap ni makan rendang ayam yang macam ni, makan dengan roti nan pun best 😋

    ReplyDelete
  10. baru sekali masak rendang ayam hehe selalu masak kari n gulai ja hehe

    ReplyDelete
  11. makan rendang dgn nasi beriani pon sedapp..

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaa.. terliur pula kita tengok. esok ingat nak masak rendang jugak lah

    ReplyDelete
  13. Akak paling suka rendang daging. Tapi org malas ni biasanya masak guna perencah rendang Nyonya ja, short cut, hihihi. 🤭

    ReplyDelete
  14. i kurang sikit klu lauk yg ada byk kerisik :(

    ReplyDelete
  15. Sedapnya rendang.. Yup.. bila masak banyak dan berkuah, boleh disimpan separuh.. Bila nak makan, panaskan je kembali..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.