Kupang Sambal Tumis Cili Api

Thursday, January 21, 2021

Kupang masak apa sedap? Persoalan yang selalu muncul kalau beli kupang. Sebab asal beli kupang je masak sambal. Tak pernah lah nak masak jenis masakan kupang lain. Sebab dah terbiasa dengan resepi kupang sambal.


Jenis masakan kupang 

  • Kupang masak berlada
  • Kupang shell out
  • Kupang masak masam manis
  • Kupang rebus
  • Kupang masak lemak
  • Kupang masak sos tiram
  • Kupang masak asam pedas

Cara bersihkan Kupang

Letak dalam bekas penapis. Cuci bersih bawah paip air mengalir. Kemudian masukkan dalam bekas dan masukkan garam dan hirisan limau atau lemon. Lemon dan limau tu perahkan lah ye. Biar hilang sikit bau tu.

Rendam lebih kurang 5-10 minit. Nanti dia akan keluar lendiran dan kotoran kupang tu. Lepas tu masukkan dalam penapis dan bilas dengan air bersih. Toskan.


Kupang Sambal Tumis Cili Api

Resepi Masak Kupang Simple-Kupang Sambal Tumis Cili Api

Bahan-bahan

Kupang
10 tangkai cili api (ikut tahap pedas masing-masing)
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai * diketuk
1/4 sudu camca pes asam jawa
1/4 sudu camca garam 
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
air
minyak untuk menumis

Cara penyediaan

1. Masak kupang dulu dengan cara rebus kupang tanpa air. Masukkan dalam kuali, letak serai dan tutup kuali. Biar kupang tu masak dan air kering. Dah masak, angkat dan toskan. Tujuan dia nak hilangkan bau dan kupang lebih sedap.
2. Tumbuk cili api, bawang putih, bawang merah dan halia.
3. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sampai naik bau.
4. Masukkan pes sambal tumis maggi, sos cili, garam, pes asam jawa dan gula.  Kacau rata dan biarkan garing sikit.
5. Tambahkan air sikit, masukkan kupang yang dah masak tadi dan gaul rata. Kemudian tutup kuali bagi dia masak sikit lagi dengan sambal tu.

Kemudian angkat dan sedia untuk dihidangkan. Disebabkan pes sambal tumis tu cili kisar dia sikit je. Sambal pun tak berapa nak ada, jadi tambah lah air sikit untuk jadikan kuah sikit. 

Nak lagi cepat kerja masak, tak perlu masak dulu kupang tu pun boleh. Masukkan terus lepas bahan tumisan garing. Tapi sebab tak nak air kupang tu masuk sekali, sebab tu masak dulu.

Lagi satu, nak senang makan. Lepas rebus kupang tu, siap siap keluarkan isi dan masak tanpa cengkerang. Senang kerja masak, senang kerja menggaul dengan tumisan. Tapi leceh sikit nak kena buang cengkerang dulu.

Ikutlah mana yang mudah dan kena dengan selera masing-masing. Next time boleh cuba jenis masakan kupang lain. Harap ada rezeki dapat kupang lagi. Sekarang selera menjurus kepada kerang-kerangan pulak. 

Lala sudah, siput sudah, kupang sudah. Okay, cukuplah tu. Dah boleh move on bila dah dapat makan. Sesekali je boleh sebab harga mahal. Mahal sebab berat cengkerang je tu. isi ciput. Apapun bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Alhamdulillah...

14 comments

  1. Sedapnyaa. Terima kasih for the recipes.

    ReplyDelete
  2. nampak sodappp..lama akak tak makan kupang..mahai nak boli nye pun..nanti la ada rezeki lebih boleh la beli..

    ReplyDelete
  3. Jarang jumpa kupang di LD. Kalau nak makan, beli yang frozen saja.
    Sedap betul tu Fiza, kupang sambal cili api. Malatops!

    ReplyDelete
  4. wow.. nampak menyelerakan.. boleh cuba resepi nie...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sedapnya kupang.
    Nasib baik kat Aussie ni ada juga restoran tu jual kupang kalau TERcraving nak mkn.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah masak dan makan fiza..Fiza taula shida ni alahan luar biasa ^_^

    ReplyDelete
  7. Jarang jarang makan kupang.. Kat rumah ni memang takda yang minat sangat ngan kupang... so if makan luor baru try

    ReplyDelete
  8. Suka rebus gitu je. Taruk garam, bawang putih, cili dan serai sikit Balik Muar selalu cari sebab memang murah dan ramai yang jual. Rindunya nak balik Muar

    ReplyDelete
  9. thank you sharing resepi, mmg tak penah makan kupang masak ni

    ReplyDelete
  10. Hehe yang ini tidak buang kulit dahulu pun takpe sebab terbuka senang ambil isi.
    Ya selalu masak sambal yang cara lain itu tidak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
  11. Akak tak pernah masak kupang, Fizah. Kerang je biasa. Memang perencah sambal tumis maggi tu sikit, satu paket. Akak pernah try, masak sambal telor goreng. Hilang sambal, nampak telor je. Betul la, kena tambah sos. :)

    ReplyDelete
  12. sok lusa keluar bli brg bolehlah cari kupang sekali😊

    ReplyDelete
  13. Kakmim x penah masak kupang sbb jarang jmpa kupang kt negara ni.. hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.