Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 2. Semua insaf!

Monday, August 17, 2020

Trending betul ye drama sequel 7 Hari Mencintaiku 2 ni. Masing-masing (yang minat je) dah tak sabar nak tengok episod akhir drama 7 hari mencintaiku 2 malam ni. 

Bakal trending juga lah hashtag #7harimencintaiku2 dengan keyword cariaan Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 2 hari ni.

Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 2
Credit image : google


Apakah ending dia? Of courselah happy ending cerita dia. Klise drama melayu. Mana boleh tak happy ending. Tak seronok lah kalau tak happy ending.

Mak Leha

Disebabkan mak leha, kuih karipap, kuih semperit, mee kari, laksa dan segala jenis makanan jadi isu. Mak Leha dah insaf dan sedar menantu pilihan Mak Leha ( Nurul) sebenarnya yang batu jalan. Bukan Mia.

Bila Mia tak ada depan mata baru menangis nangis tercari Mia nak masak lemang lah nak masak karipap lah untuk Mia. Selama ni masak semua untuk Nurul. Mak Leha Mak Leha. 

Mak Leha pun dah bertaubat tak nak dah suruh Khuzairi kahwin. Khuzairi pun dah pesan siap-siap jangan suruh atau paksa dia kahwin lagi. Mia Adriana hanya untuk Khuzairi. ahh gitu!

Dapatlah Mak Leha jaga Mia berpantang untuk tebus segala kesalahan Mak Leha pada Mia.

Puan Hayati

Puan Hayati, mama Mia pun dah sedar yang dia bersalah pada Mia. Bila dah ditiimpa musibah sakit baru nak sedar diri dan menyesal. Selama ni dia buang Mia dan mempergunakan Mia untuk kepentingan diri sendiri.

Masa tu lah minta maaf pada semua orang dan sibuk pulak tanya semua orang. 

Ri, sihat?

Loading....

Abang Mad, sihat?

Later...

Sofi sihat tak ni?

Mi, sihat?

Lawak juga scene tanya sepatah jawab sepatah ni. Teruk benar sakit puan Hayati ni. Scene serius jadi lawak pulak tengoknya. Scene yang nampak janggal dalam drama melayu. Tertanya tanya juga, ini je ke dialog Puan Hayati. Haha... 

Lakonan Jasmin Hamid menggantikan pelakon Zila Bakarin tak mengecewakan. Puan Hayati meninggal dunia disebabkan heart attack. 

Nurul

Lepas disekolah Pak Samad, Nurul pun sedar dan insaf juga. Memang Nurul bukan tandingan Mia. Kalau dengan Mak Leha dia boleh lah nak melawan, tiba dengan Pak Samad terus diam seribu bahasa. Entah-entah episod akhir Nurul berjodoh dengan Dr. Adam. Ke?

Janganlah jadi gold digger sangat sampai sanggup runtuhkan rumahtangga orang lain. Kalau dah tahu lelaki tu dah kahwin, sila terus angkat kaki bawa diri. 

Kalau Zarynn Min yang berlakon gerenti dia yang kena kecam. 

Syakila

Sejahat jahat Syakila, insaf juga dia ye. Lepas keluar penjara Syakila jumpa dengan Kenit dan minta maaf pada Kenit. Sedih pulak tengok scene ni. Air yang dicincang tak akan putus. Begitulah ikatan keluarga. Sejahat mana dan seburuk mana ahli keluarga kita, tetap ada rasa sayang tu.

Untuk watak jahat, begitu lah agaknya ending episod akhir hari ni. Nak tahu, kena lah tengok nanti. Fiza macam biasa lambat sikit. Lepas habis baru layan tonton online iQIYI.

Helmi

Watak helmi ni trending pulak dalam sequel ni berbeza dengan sebelum ni. Tiba tiba ramai pulak up Helmi as best husband ever. Husband of the year! Soft spoken and protective.

Tapi! Sikap panas baran masih belum hilang. Ada ke patut nak disuruh abang long dia baling batu pada Dr. Adam.

Tapi seriouslah, Helmi kali ni sangat romantik dan sweet. Suami idaman katanya lah! Tetap setia pada Sofi walaupun Sofi pernah offer Helmi kahwin lain untuk Helmi ada anak.

Yang ni sedih. I feel you Sofi. Akhirnya Sofi mengandung. Rezeki Sofi dan Helmi dapat anak sendiri. Selama ni pendam perasaan je bila sebut pasal anak.

Kemanisan helmi dan Sofi ni buat peminat mahukan mereka berkahwin in real life. Syazwan siap amin kan lagi tu. Kalau ada jodoh apa salahnya kan.

Pak Samad, Nad, Zaidi & Sofi

Watak yang sangat menenangkan keadaan. Pak Samad, ayah dan ayah mertua yang sangat baik. Nad pula anak, adik ipar yang selalu support apa yang betul walaupun pada mulanya Nad buat hal. Zaidi, watak yang sangat cool suka nasihat orang.

Nad dan Zaidi juga dapat anak selepas kahwin. Sebaya pulak anak dorang semua ni ye.

Sofi pun sama macam Zaidi, jenis kawan yang dan seseorang yang pandai bagi nasihat dan tenangkan keadaan.

Mia dan Khuzairi

Mia pun dah berubah menjadi lebih baik dan hidup bahagia dengan Khuzairi. Khuzairi memang anak yang baik sentiasa hormat dan patuh dengan mak ayah dia. Khuzairi dah boleh happy dah sebab Mak Leha dah tak paksa kahwin lagi.

Kalau dah jodoh tak kemana, Mia Adriana hanya untuk Khuzairi. Mia Adriana mengandung anak ketiga. Rasa baru je lepas berpantang anak no.2 dah muncul yang ketiga. Allah bagi rezeki anak lagi buat mereka. 

Pelakon 7 hari mencintaiku 2

Pelakon utama

Siti Saleha sebagai Mia Adriana 
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Wan Sharmila sebagai Sofi Amylia
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Bil Azali sebagai Zaidi
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Kazar Saisi sebagai Pak Samad  menggantikan Aman Graseka

Pelakon Pembantu

Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati menggantikan Zila Bakarin
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain menggantikan Zarynn Min
Faye Kusairi sebagai Syakila
Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Johari
Idris Md Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Dhia Irdina sebagai Alisa Ariana
Puteri Rafasya  sebagai Harlina (Kenit)
Sean Lee sebagai Adam
Syaffiq Sahli sebagai Jali
Razzuan Rosli sebagai Fariz
Shamielya  sebagai Azura
Shahidan Izwan sebagai Sharif
Amelia Christie Lim sebagai Rafidah
Fadilah Mansor sebagai Emak Nurul Ain

credit : wikipedia

Sangat emosi ye tengok drama 7 Hari Mencintaiku 2. Pelakon pelakon watak jahat tu memang kena kecam habis sampai ada yang kena ugut simbah asid. Rileks lah, drama je kot. 

Jangan dibawa bawa emosi tu. Sekadar hanya lakonan untuk kita ambil pengajaran dari drama 7 hari mencintaku 2 yang sebenarnya memang wujud watak watak ini di kalangan masyarakat kita hari ni.

Dah tahu apa akibatnya akan terjadi, dah boleh bawa bertaubat dan insaf. Yang tak tengok dan tak minat, duduk diam diam je. Lain orang lain minat eh.

27 comments

  1. Drama ni kalau ada yang ke 3 pun comfirm trending jugak nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar dengar ada sambungannya nanti. Memang trending lah nanti.

      Delete
  2. cerita yg main emosi..watak dlm tu..plg geram kat syakila dan mak leha..ade je dia xpuas hati perli memperli kan..mcm2 hal..tp endingnya semua bahgia bersama psgan dan anak masing2..syakila pn dah insaf..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak watak jahat dalam drama ni kan. Mujur masih ada yang baik. Happy ending :)

      Delete
  3. Akhirnya termenonton juga drama ini walaupun hanya beberapa episod terakhir...ahaks!

    ReplyDelete
  4. memula tak foloow tau..pastu ade cuti 2 minggu..hari hari tengok sampai habis la..suka helmi! romatik habis weh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. marathon terus ye. Senang settle terus tengok. Helmi memang win lah dalam sequel ni.

      Delete
  5. drama yahg tengah meletup ketika ini..

    tak sangka ramai yang suka drama dalam hidup mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis dah dengan happy ending. Drama sekadar hiburan okay lah :)

      Delete
  6. Saya harap tak ada lah yang musim 3.
    Tak sanggup tengok mia merajuk dah hahaha
    Tapi kalau dia plot twist, khuzairi pulak asik merajuk sebab middle life crisis, baru nak tengok nanti..kita tengok mia pulak pening..amacam? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..merajuk tak kena gaya. haha..plot twist cambest tu. Kita nantikan kalau ada yang ketiga

      Delete
  7. Saya tengok skip-skip.. tak semua episod. tapi memang best! last episod dia the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok online memang skip skip je. Kadang dengar je sambil buat kerja. Last episod memang best happy ending.

      Delete
  8. sy mmg x ikuti drama ni tp sy tau laa sket2 psl drama ni sbb dr pembacaan kat socmed / tranding etc... credit kpd penulis skrip sbb berjaya hasilkan drama yg hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama trending ni cepat je menular kat sosial media. Kadang tak tahu jadi tahu gitu :)

      Delete
  9. serious tak tengok cerita ni...padahal minat shukri yahya dan suka je siri pertama dulu...bila baca summary fiza ni rasa nak tengok lak episod last aje..hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula rasa malas nak tengok tapi bila trending tu kita terjebak tengok dari episod 1. huhu

      Delete
  10. bukak posting awak tp akak skip baca sbb belum mula tengok episod 1 season 2 ni pun lagi. hahahahha..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah semua insaf ye. mama tak tgk citer ni

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. kannn sedih betul episod tu. Part nangis tu lah..aduhaii

      Delete
  13. akak tegnok dah part nak habis dah hari tu..hahaha..tak ikut sangat drama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok part last pun xde masalah kak. okaylah tak payah tengok banyak episod dah :)

      Delete
  14. Saua tengok! Comel je masa part helmi ngn bini dia tuuu... Mainlah bunga api dorsng bersamaaa.. kah kah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.