Dekorasi Kek Seorang Suami

Thursday, February 09, 2017


Belum basi lagi kot cerita birthday semalam. Semalam tak update blog, hari ni pun tak sempat-sempat nak update sebab idea kontang teruk. Mana  nak cari idea nak design lagi, nak cari idea untuk update blog lagi. Rasa kesian pulak kat otak kalau banyak benda sangat nak di fikirkan. Rasa tak cukup masa 24jam sehari tu. Risau kalau kerja makin berlambak di tambah dengan blog tak berupdate, makin teruk pulak traffiknya. Traffik blog ke laut, kelaut jugalah duit tabungan setiap hari. Tak boleh kalau tak fikir pasal traffik. Tapi kekadang rasa give up juga malas nak fikir. Ikut mood!

Bila traffik menurun, mood pun boleh down. Pernah rasa tak? Walaupun ada yang kata, gila traffiklah apalah. Tak kisah pun. Janji dapat buat yang terbaik untuk job dan juga tambah pendapatan. Bukan mereka-mereka yang kecam bagi duit kat kita kan. So abaikan kata-kata yang negatif tu.

Okaylah, kelaut dah Fiza punya intro ni. Sebenarnya cuma nak berkongsi idea dekorasi dari Encik Suami ni ha. Dipendekkan cerita, Encik Suami acah-acah kreatif buat dekorasi kek demi menggembirakan isteri yang tersayang ni. Gigih susun coklat cip buat bentuk tulisan "Forever 21" tu kemudian atas tu letakkan choki-choki. Jadilah macam tulisan. Lepas dia tabur chocolate rice warna-warni tu.

Dah siap, dia sendiri yang kecewa sebab tak nampak tulisan tu. Adoii..nak kesian ke nak gelak ke entah. Tapi terharu lebih sebab Encik Suami gigih buat dekorasi kek untuk happy kan isteri. Inilah hasil dekorasi kek seorang suami


Terlanjur dah buat entri ni, kira bagi idea lah untuk mereka yang beli kek kosong tu. Boleh gunakan idea ni untuk deko mengikut kreativiti sendiri. Ada lah suntikan sentimental value sikit kan. Celebrate birthday simple je tapi sebiji kek Encik Suami beli. Betul-betul nak celebrate sebulan birthday isteri dia ni. Sehari sepotong kek. Sorry diet, terpaksa lupakan sekejap. Balas dendam ke apa ni sebab dah lama tak makan kek.


Dalam banyak-banyak kek red velvet, Secret Recipe paling sedap! Warna pun mengancam kan. Siapalah yang tak jatuh hati.

10 comments

  1. Mesti terharu ni kna... Bukan ssh sbnrnya suami nak gembirakan isteri...

    ReplyDelete
  2. Pandai jugak encik suami Az hias kek. Tak kisahlah jadi rupa apa pun, yang penting usaha tu. Hehe.

    Siqah setuju bab traffic slow dan mood down. Huhu. I feel the same now. Tapi kuatkan semangat blogging juga..

    ReplyDelete
  3. wah...fiza..biarlah deco tu tak menepati apa yang dia nak,tapi bila dia dah buatkan untuk kita,rasa sangat dihargai..kerana air tangan suami tu lebih mahal dari air tangan orang lain..hehee
    lagi pulak da buat sempena hari jadi kita...sweet sangat..
    by the way,kek secret recepies,red velvet memang sedap..nyummy

    ReplyDelete
  4. Usaha tu yg penting. Selalu org beli yg siap jer kan. 😀

    ReplyDelete
  5. Hehehe sweet gileeeeee.... Tak pe fiza janji encik somi ikhlas.. Hiks..

    ReplyDelete
  6. wah sedapnya! dah lama tak makan kek red velvet hehe..kena buat cmnih jgkla beli kek pastuh deko sendiri baru la best.

    ReplyDelete
  7. huuu seronoknyaaa.
    http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/02/group-fb-yg-best.html

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.