Jiwa Yang Kau Puja The Hotel 2

Jiwa Yang Kau Puja The Hotel 2, drama kesinambungan Drama The Hotel musim 1 lakonan Natasha Elyzza, Uqasha Senrose, Sean Lee, Yasmin Hani, Dini Schatzman dan ramai lagi. 

Drama  Jiwa Yang Kau Puja episode 1 mulai 27 Oktober 2021 di slot Megadrama Astro Ria atau strim di Aplikasi Astro Go / Ultra Box.

Drama Jiwa Yang Kau Puja The Hotel 2

DRAMA JIWA YANG KAU PUJA THE HOTEL 2

Jumlah episod : 18
Mula siaran : 27 Oktober 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : slot MegaDrama Astro Ria
Idea Asal : Micheal Ang
Penulis skrip : Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Michelle Yoon
Pengarah : Nur Ain Sharif
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Genre : drama, keluarga, konflik, saspens

PELAKON DAN WATAK

  • Uqasha Senrose sebagai Dr.Firhani
  • Sean Lee sebagai Umar
  • Natasha Elyzza sebagai Umaira
  • Yasmin Hani sebagai Tiana
  • Dini Schatzman sebagai Adri
  • Mazlee Razalee sebagai Sulaiman
  • Engku Faridah sebagai Miss Ros
  • Syazwan Zulkifly sebagai Haziq
  • Asha Merican sebagai Marsha
  • Nabil Aqil sebagai Arman 
  • Azhar Amir sebagai Syed Jamaluddin
  • Eina Azman sebagai Julia

SINOPSIS JIWA YANG KAU PUJA THE HOTEL 2

Walaupun dengan pengurusan tegas baru di bawah Tiana, hotel itu dikejutkan lagi dengan kematian Akash yang merupakan kawan dan rakan perniagaan Umar. Dr. Firhani, penghuni baru di Samudera Suites yang pada mulanya tinggal di unitnya sendiri, berpindah masuk dengan Umaira yang kini tinggal seorang. 

Konflik antara mereka bermula apabila Dr. Firhani dan Umar mula rapat dan Umaira cemburu. Dr. Firhani terus diburu oleh bekas tunangnya, Haziq yang mempunyai keadaan mental yang tidak stabil. 

Apabila Dr. Firhani dapat tahu yang Haziq membunuh Akash, mencederakan Umar dan menculik Adri ( semua akibat sikap posesif melampau Haziq yang tidak mahu mereka mendekati Dr. Firhani ), Dr. Firhani dan Umar terpaksa merancang untuk membunuh Haziq bersama-sama.


6 comments:

  1. Saya dah tengok! Fuhhh, bahaya behtul ni....Kalau orang dah terllau obses memuja muja...Bahayaaaaanyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. Rasa semua ada otak yang tak sihat. Ada je merancang demi kepentingan sendiri.

      Delete
  2. Uiks rancang bunuh pula. Tidak selesai masalah sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahnya, kalau orang tu jadi masalah mesti hapuskan dengan cara bunuh. Betul betul psiko cerita ni

      Delete
  3. ler nk membunuh juga..mmg cite ni cite bunuh org sesaje

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.