Usai solat Maghrib dan bersiap-siap kami terus gerak ke Smiley Beach di kawasan resort untuk menyaksikan Fireshow yang disediakan untuk mereka yang menginap di sini. Fireshow ni bermula pada jam 8.30 malam sehingga 9.00 malam.

Bagus jugalah dia mula lambat. Boleh tenang-tenang bersiap. Persembahan pun tak lama setengah jam macam tu je. Pastikan datang awal supaya tak terlepas peluang menyaksikan Fireshow ni. 

Kami sampai awal sikit, dapatlah tempat duduk depan sekali di hujung. Pilih tempat duduk depan dapat menyaksikan dekat sikit dan lebih cantik ambil video ataupun gambar sebab tak nampak kepala orang depan kan.

Dah balik baru perasan tak ambil gambar pun. Semuanya video! Kenalah print screen untuk dijadikan gambar buat modal cerita dalam blog. Itu yang kurang sikit kualiti gambar ni. Jadilah daripada tak ada lansung.

Dari seringan-ringan persembahan api sampailah ke persembahan yang cukup mendebarkan ni. Kebal betul mereka yang bermain dengan api ni. Kita yang duduk jauh ni pun terasa bahang panas api tu. Mereka ni tak kosong, pasti ada ilmunya.

Fireshow di Golden Palm Tree Malaysia

Saya suka yang persembahan yang ni. Percikan api halus-halus tu nampak macam mandi api rupa dia. Cantik dan berseni.  

Fireshow di Golden Palm Tree Malaysia

Acara kemuncak Fireshow dengan percikkan api yang mega dan wow sangat. Pemain api duduk jauh dari kami semua sebab pertunjukkan ni menggunakan kawasan yang luar dan percikan api yang besar.

Fireshow di Golden Palm Tree Malaysia

Persembahan ni sekali je. Sebelum persembahan dua ni pemain api akan inform dan get ready untuk  rakam video katanya. Kita pun siap sedialah supaya tak terlepas peluang merakam.

Fireshow di Golden Palm Tree Malaysia

Dah habis persembahan mereka akan edarkan tabung untuk kutipan sumbangan. Terpulanglah sama ada nak bagi atau tidak. Tiada paksaan. Para tetamu juga dijemput untuk bergambar bersama dengan api tu. Siapa nak bergambar tu silakan.

Fireshow di Golden Palm Tree Malaysia

Kami tak bergambar lah sebab rasa macam tak tahan dek api panas tu. Kami pun dah kelaparan juga, keluar untuk mencari makan malam.

Bersambung...