Drama Khilaf Asmara

Khilaf Asmara, drama melayu siri terbaharu dibintangi pelakon Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad. Drama Khilaf Asmara episod 1 mula bersiaran pada 18 April 2022, jam 10:00 malam di slot samarinda TV3.

Drama Khilaf Asmara idea asal Shahrulezad Mohameddin, arahan Uchee Fukada dan terbitan Radius One.
 
Drama khilaf Asmara Slot Samarinda TV3 Full Episode

DRAMA KHILAF ASMARA

Jumlah episod : 15 
Mula siaran : 18 April 2022
Waktu tayangan : Isnin - Jumaat, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3 | hotstar.com (Disney+ Hotstar) | xtra.com.my
Idea Asal : Shahrulezad Mohameddin
Pengarah : Uchee Fukada
Terbitan : Radius One

PELAKON DAN WATAK

  • Nelydia Senrose sebagai Irma Sufia Amri
  • Fasha Sandha sebagai Sya Hanim Syarif
  • Fattah Amin sebagai Luqman Hazim
  • Fahrin Ahmad sebagai Aizat Sulaiman
  • Amy Mastura sebagai Wan Su
  • Rahim Jailani sebagai Dato Amir
  • Wan Raja sebagai Saiful
  • Jerry Zairudin sebagai Ryzal
  • Auni Zahra sebagai Tasya

SINOPSIS KHILAF ASMARA

Wan Su (Amy Mastura) merupakan seorang janda, mempunyai anak perempuan bernama Hanim (Fasha Sandha). Dia berkahwin dengan Dato' Amir (Rahim Jailani), seorang duda mempunyai anak bernama Irma (Nelydia Senrose). Hanim dan Irma rapat semenjak kecil.

Ikatan yang dahulu mesra, kini dicemari tamak haloba. Demi memiliki segalanya, Hanim sanggup menghianati adiknya Irma.

Aizat (Fahrin Ahmad) dan Hanim hidup bahagia sebagai suami isteri. Aizat ialah seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. 

Hanim membuat keputusan untuk menceburi bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya. Irma pula seorang pengusaha yang menjalankan bisnes berjaya dengan suaminya, Luqman (Fattah Amin). 

Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan dengan Luqman. Mereka berdua mula mengadakan hubungan sulit dan apabila rahsia itu terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim. 

Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?


8 comments:

  1. Gambar tu yang jadi viral pasal pegang lengan

    ReplyDelete
  2. Fasha Sandha berlakon dengan suami Fazura. Menarikkk

    ReplyDelete
  3. Bila tayangannya ni...nampak menarik je...yg Nelydia tu apesal pi amik gambo pegang lengan FA tu...aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. November nanti rasanya. Dia letak je tangan kat lengan dan bahu. Pegang lengan kat dalam tu tangan FA. sekali pandang nampak dia pegang lengan dengan dua tangan, kan.

      Delete
  4. Oh rupanya diorang bertiga berlakon cerita khilaf asmara. .

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.