Drama Harith Fayyadh

Harith Fayyadh, drama siri melayu terbaharu lakonan Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Drama Harith Fayyadh episod 1 mula bersiaran pada 1 April 2022, jam 6:58 petang di Slot Akasia TV3. 

drama harith fayyadh tv3 full episode

DRAMA HARITH FAYYADH

Jumlah episod : 26
Mula siaran : 1 April 2022
Waktu siaran : Isnin-Ahad, jam 6:58 petang
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis skrip : Mama Bella, Mohd Shahremy Ikaml
Pengarah : Ayie Mustafa
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Hafidz Roshdi sebagai Harith
  • Adam Lee sebagai Fayyadh
  • Nad Zainal sebagai Sarah
  • Cahaya Nilam sebagai Vivy
  • Julia Farhana sebagai Shila
  • Hasnul Rahmat sebagai Kamal
  • Dynas Mokhtar sebagai Arisa
  • Badrul Muhayat
  • Shamsul Ghau Ghau

SINOPSIS HARITH FAYYADH

Harith dibenci oleh ibunya, Arisa kerana arwah suaminya, Bakri yang telah mencuranginya. Arisa seakan nampak bayangan Bakri di wajah Harith.

Dato' Ainon mahu Harith dan Fayyadh mengambil alih perniagaannya. Namun, Harith memilih bidang agama berbanding Fayyadh lebih cenderung kepada bidang glamor.

Vivy mengongkong Fayyadh kerana tidak mahu Fayyadh terlepas ke tangan wanita lain. Tambahan pula dia tahu yang ibu Fayyad, Arisa menyukainya.


6 comments:

  1. Yeay muncul balik Nad Zainal. Baru terdetik lama Nad menyepi lepas bersalin. Tup-tup ada keluar lakonan terbaru dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru aktif semula agaknya. Tak sabar gak nak tengok lakonan Nad Zainal.

      Delete
  2. Masa ammi buat umrah.. Few times gak terserempak dgn pelakon lelaki Hafidz Roshdi tu. Nak tegur tak tertegur sbb ammi taktau nama dia.. Sudahnya ammi gamba dr jauh je sbb nak tanya kat anak buah apa nama dia ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.