Drama Ash dan Aish

Tonton Drama Ash dan Aish setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10:00 malam di Slot Megadrama Astro Ria bermula 10 Ogos 2022. Juga boleh strim di Astro GO. Drama Ash dan Aish, siri drama melayu lakonan gandingan pelakon Meerqeen dan Siti Khadijah adaptasi novel 'Ash dan Aish' karya Maya Adira arahan Helmi Yusof terbitan Suhan Movies & Trading.

drama ash dan aish

DRAMA ASH DAN AISH

Jumlah episod : 21
Mula tayangan : 10 Ogos 2022
Waktu siaran : Isnin-Khamis, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot Megadrama Astro Ria (CH104)
Penulis skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Helmi Yusof
Produksi : Suhan Movies & Trading

PELAKON DAN WATAK

  • Meerqeen sebagai Ashrafi (Ash)
  • Siti Khadijah Halim sebagai Aisha (Aish)
  • Nadhir Nasar sebagai Izhan
  • Anna Jobling sebagai Delila
  • Idzham Ismail
  • Nada Nur Syuhada
  • Adiba Yunus
  • Norreen Iman
  • Asha Merican
  • Harrisa Adlynn
  • Andy Teh
  • Jaja Illyes
  • Zarina Zainuddin
  • Zainol Macwilson
  • Arash Mohd
  • Kuza
  • Syahir Shafein
  • Zizi Zulkifli
  • Maya Jaafar
  • Kiki Hannah

SINOPSIS ASH DAN AISH

Mengisahkan tentang perhubungan Ash (Meerqeen) dan Aish (Siti Khadijah Halim) yang ditakdirkan bertemu secara tidak sengaja. Akhirnya membawa kepada perkahwinan kerana perasaan simpati Ash dan ingin melindungi Aish. 

Ash, seorang lelaki yang penuh misteri dan hidupnya gemar membantu orang yang ada masalah. Terbinalah ikatan suami isteri bilik berasingan bagi mereka. Bagi Aish, dia bersyukur kerana dengan menjadi isteri Ashrafi, dia dapat menumpang kasih keluarga yang baharu. 

Dia kenal Tuk Mek, Kak Wati dan Abang Zul serta yang lainnya. Dia bahagia menjadi isteri tanpa cinta. Namun, insiden kemalangan Ash membuka tetingkap rahsia yang bersimpang siur. Ash terbaring koma namun 'Ashrafi' yang satu lagi datang menemani Aish. 

Kelam kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. 

Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

12 comments:

  1. Manisnya pasangan pelakon drama Ash & Aish.

    ReplyDelete
  2. tersembur air liur saya nak menyebut tajuknya hihi

    ReplyDelete
  3. Pasangan muda nampak. Pelakon pun pelakon baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, pasangan muda dan pelakon baru tak baru sangat lah. Dah banyak drama juga nampak mereka berlakon.

      Delete
  4. Gandingan sepadan. Heheh comel2 pelakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sepadan depa ni kan. Harapnya jalan cerita tu best lah

      Delete
  5. Replies
    1. Yep, banyak juga drama baru sekarang sebab dah mula boleh shooting sekarang kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.