Header Ads

Buah Belimbing Buluh Yang Masih Anak Anak

Selamat pagi jumaat yang penuh berkat. Semoga terbuka segala pintu rezeki dan segala pintu kebaikan untuk kita semua serta dipermudahkan segala urusan. Aaaminn...

Seminggu berlalu terlalu cepat. Rasa macam baru je hari Isnin, sedar sedar dah jumaat dah. 

Haritu balik kampung, tengok lah pokok buah belimbing kot kot ada buah. Tapi buah belimbing masih anak anak lagi. Saiz belum cukup matang untuk dipetik. Kalau besar dan cukup matang dapatlah saya petik buat stok kat rumah.

Bila dah saiz begini masih anak anak dan bunga pun masih banyak lagi. Tak jadi lah nak petik. Cuma besar sikit tu boleh lah ambil. Tapi sudahnya nak balik tak terambil pulak.

Buah belimbing yang sedang tu memang masam menyengat. Tak sanggup haih nak gigit. Tapi ada sorang anak buah ni, dia makan buah belimbing macam makan buah yang manis je. Kita pulak yang buat muka berkerut kerut menahan rasa masam tu.

Buah Belimbing Buluh

Buah belimbing dari keluarga Oxalidaceae. Sejenis buah yang bermusim jugak. Datang musim buah belimbing meriah buahnya sampai jatuh jatuh kat tanah. Mak saya suka guna buah belimbing untuk hilangkan bau hanyir ikan sungai. 

Mak mentua saya macam jarang guna belimbing buluh ni. Terbiar sepi, biasanya saya lah yang akan ambil.

buah belimbing buluh


Dan macam macam lagi masakan. Belimbing buluh memang terkenal dalam masakan tradisional orang melayu. Kadang tu lebih suka gunakan belimbing buluh daripada asam keping. 

Nama Saintifik buah belimbing buluh, Averrhoa bilimbi. Di Malaysia kita panggil belimbing asam, belimbing buloh, b’ling atau billing-billing. Buah belimbing buluh in english cucumber tree atau tree sorrel India bilimbi.

  • Sri Lanka : bimbiri
  • Indonesia : belimbing besu, balimbing, blimbing, or blimbing wuluh 
  • Thailand : taling pling, or kaling pring 
  • Vietnam : khế tàu
Tempat awak panggil nama apa pulak?

sumber : https://herbsinfoblog.wordpress.com/2017/08/23/belimbing-buluh/

Hari ni 10 September 2021 warga Selangor, Kuala Lumpur dan WP Persekutuan dah boleh main rentas negeri tiga tiga ni tanpa sekatan. Jaga diri semua.

44 comments:

  1. Amin. Paling suka hari Jumaat.
    Sama jarang guna belimbing buluh sebab susah jumpa. Selalu guna dalam masak lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumaat hari yang tenang :)

      Kalau ada jual pun mungkin kat pasar tani. Guna masak lemak memang sedap.

      Delete
  2. Belimbing buluh ni yang ada orang buat halwa. kak PC pernah makan sangat sedap, tak manis sangat tapi masih rangup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya? Baru tahu orang buat halwa jugak. Tapi still ada rasa masam lagi tak? Halwa ni saya pernah makan halwa betik je.

      Delete
  3. dah masak nanti, boleh buat masak lomak cili api :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu ada rezeki ke tidak ni. Entah bila nak balik kampung lagi 😅

      Delete
  4. buat sambal itam pehhh sedap!
    kecur air liur plak teringan masamnya buah ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah lagi makan sambal hitam. Sambal hitam pahang tu eh? Tak pernah makan lagi. Masam masam yang sedap kan.

      Delete
  5. Sedapnya buah belimbing buluh ni. Yang ni kalau dapat buat gulai masam je ikan sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap! Kadang masak sardin pun letak belimbing buluh ganti asam keping :)

      Delete
  6. Akk suka gigit buah kecik2 cenggini.
    Dulu2lah dekat kampung, taktau nak snacking apa, buah2 kampung baru berputik pun kami rembat haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh..kita pulak yang terasa masamnya tu. Memang kebal masam ni kak.

      Delete
  7. masak lemak kuning dan campur belimbing buloh ni sedapppnya
    masam2
    arwah mak akak rajin buat masa kat kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. orang dulu dulu memang suka letak asam belimbing buluh :)

      Delete
  8. Belakang rumah saya ada pokok niiii...
    Sekarang tengah kuarantin, memang hadap pokok ni jela.. Bilik atas ada halaman luar..

    Kadang jiran amek, nanti buat sambal.. bagi kita tuan rumah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestlah ada pokok dia. Tengah musim memang dapat gunakan sepenuhnya. Untung gak tu jiran ambik pastu dapat balasan sambal dah siap :)

      Delete
  9. kat rumah saya ada pokok belimbinng, selalu bagi kat jiran je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay jugak tu bagi jiran jiran dari terbiar takde orang ambil, kan 😊

      Delete
  10. Kecik-kecik dulu pernah makan belimbing buluh cecah garam.
    Dah tua-tua ni nampak belimbing buluh terus gigi rasa ngilu. Jadi, kalau nak makan kenalah dibuat sambal atau campur dalam masakan lemak. Kurang masamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebal jugak lidah kak Amie dengan masam. kalau saya tak kenyit kenyit mata tahan masam. Hihi..memang ngilu belum cuba pun dah terasa masam dia. Itulah tu, campur dalam masakan je boleh.

      Delete
  11. Saya panggil belimbing je kak fiza, tapi tak makannnn. Masammnyaaa bila bayangkan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..faham faham. Tak semua orang boleh makan masam masam ni. kadang perut meragam gak makan masam masam sangat ni.

      Delete
  12. Kampung saya panggil belimbing asam...😁
    Dok KL.ikut depa sini panggil belimbing buluh..
    Sukanya saya...kalau dapat dah ada perancangan dalam kepala.Yang pasti hiris halus sambalkan dengan bilis cili padi.Masak bagi lama sampai belimbing tu lutsinar....Aummmmmmm telan ayaq lioq Fiza uiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perubahan panggilan mengikut tempat gitu. Betul tu kak, kalau dapat dah macam macam menu dalam kepala nak dimasak dengan belimbing buluh tu. Wahh sampai lutsinar tu. Lama nak tunggu eh.
      Kalau ada stok dekat boleh gak hulur hulur :)

      Delete
  13. Replies
    1. Memang tak kan larat nak habiskan. kadang terbiar jatuh je

      Delete
  14. dulu dkt rumah tokwan banyak sngt pokok belimbing.. rindunya dkt tokwan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tanam pokok belimbing ke? Rumah saya kat kampung ada satu pokok je. Lama dah. Tapi itu pun tak terlarat nak guna buahnya. Sekali kalau berbuah memang banyak.

      Rindu kan nak balik kampung :(

      Delete
  15. Wah..nampak post ni teringat kampung, 1 pokok saja, satu kampung petik pun x hbis..ahahaha lebat buahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rindu kampung kan. Betul sangat tu. Jiran jiran datang ambil pun tak terhabis kat pokok tu.

      Delete
  16. Ya lah kecik sangat nak ambik tu. Masam jangan cakap la kalau rupa lagutu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Kecik sangat pulak. Yang besar sikit tu okaylah juga. Hahaha..belum gigit pun dah tahu masamnya macamana.

      Delete
  17. di rumah kampung saya ada sebatang pokok belimbing buluh ni, kalau berbuah memang banyak. skrg lama tak balik kampung, tak pasti lah mcm mana keadaan pokoknye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni tahan lama hidupnya. pokok kat kampung saya tu dari kecik lagi sampai sekarang. kalau berbuah tu memang banyak. Rasanya okay je tu pokoknya afeezz. Kat kampung pokok survive :)

      Delete
  18. Dulu belakang rumah akak ada pokok ni. Sekali berbuah memang meriah. Akak simpan dalam freezer, senang nak masuk gulai, masuk sambal. Sekarang pokok tu dah mati. Aduh, sambil menulis ni tiba-tiba terbayang makan belimbing cicah dengan asam garam dan kicap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kalau berbuah memang tak termakan kat kampung tu. Saya kalau balik bila buah banyak memang ambik buat stok frozen je.
      Alahaiii sayangnya dah mati.
      Uishhh..ngilu gigi makan masam masam tu kak Farrah.

      Delete
  19. bila nampak belimbing buluh ni terus teringat sambal hitam dari belimbing buluh , sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mesti terus terbayangkan sambal hitam kan sebab sambal tu memang guna belimbing buluh banyak.

      Delete
  20. Saya pernah lihat video di Facebook, ada orang Asia, tapi tak tau dari mana, makan belimbing wuluh nih kayak sedang makan buah manis, tak berkedip matanyaaa hahahaha. Sementara saya yang melihat langsung merinding macam sedang makan juga hahahaha ... Buah inipun sering dipakai untuk bumbu masakan asam pedas. Nikmaaat :D. Tapi tak maulah makan langsung buahnya 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya yang suka masam begitu dan kebal asam orang Thailand. Memang hebat makan asam tanpa berkedip mata. kalau kita belum makan dan terasa masamnya tu. Ya, guna dalam masakan. Ada kalanya sedap juga dimakan kalau dibuat sambal.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.