Header Ads

Malaysian Ghost Stories Episod 8 : Pocong

Malaysian ghost stories episod 8 menampilkan kisah tentang pocong lakonan Janna Nick, Nesa Idrus dan ramai lagi. Saksikan episod 8 Pocong di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 8 : Pocong

Drama : Malaysian Ghost Stories
Episod 8 : Pocong
Waktu tayangan : 7 September 2021 (Selasa), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures


SINOPSIS POCONG

Fara (Janna Nick), seorang gadis yang mempunyai masalah mental dan sudah pun bertunang. Sebulan lagi majlis nikah mereka, tunang Fara pula ingin memutuskan perhubungan mereka. Tunang Fara berlaku curang dan mereka berdua tidak jadi berkahwin.

ketika itu, Fara tinggal bersama rakannya yang bernama Sara (Nesa Idrus). Sara mengetahui hal Fara putus tunang. Sara ingin membantu Fara untuk menenangkan diri dan telah menempah bilik hotel untuk mereka berdua bercuti bersama. 

Pada hari sepatutnya mereka bercuti, Sara pula tiba-tiba ada hal kecemasan. Fara rasa macam tak seronok cuti tanpa Sara dan rasa ingin batalkan percutian mereka. Tapi Sara berkeras suruh Fara pergi dulu dan berjanji akan menyusul kemudian.

Ketika menuju ke bilik hotel. Fara rasakan sesuatu tapi dia tak ambil peduli dan terus masuk ke dalam bilik hotel. Fara merebahkan diri atas katil kerana terlalu penat.

Bila dia sedar, dia perasan luggage nya berada di tempat lain. Dia sangkakan Fara dah sampai tapi rupanya tidak. Tanpa dia sedar ada 'sesuatu' di dalam bilik hotel tersebut.


PELAKON POCONG

Janna Nick sebagai Fara
Nesa Idrus sebagai Sara
Bidin Huzaifah sebagai Azri
Yun RF sebagai Nisa
Seramaymax sebagai receptionist


LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

22 comments:

  1. Pasti menarik untuk tahu apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  2. Harus skip tgk citer2 mcm ni.. Hahaha dh tua2 ni jd prnakut plk hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam malam tu tak berani tengok gak. kena tengok siang siang. Hihi

      Delete
  3. Ayooo seramnya gambar pun. Haha memang tidak lah nak tengok time tgh malam cmtu

    ReplyDelete
  4. Alamak pocong
    Rabia pernah nampak pocong dalam rumah rabia sendiri . Malam tu jgk my cousin kena histeria .
    Pergi berubat. Ustaz kata rabia kuat . alhamdulilah tak ada apa nak dirisaukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh seramnya tu. Kalau lemah semangat lagi benda tu suka mengganggu
      Alhamdulillah..syukur kuat semangat.

      Delete
  5. Baca sinopsis agak serammmmmm. Saya pernahhh alami, duk cakap cakap dengan arwah mak kat dapur, sekali masuk bilik tengok mak tengah baring :') Saya tak tahulah dengan siapa saya cakap dekat dapur tadi tuuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriouslah Atiqah? Seram ni. Biar betul! lepas tu apa jadi?

      Delete
    2. Saya tanya, bukan ma dekat dapur ke tadiiii, mak saya cakap mana ada, ma duk baring dari tadi lagiii, tak percaya tanya kakak. Sebab kakak saya memang ada sekali dengan mak saya, duk baring sama sama. Saya pun cakap la, adik cakap dengan siapa kat dapur tadiiiiii, mak saya cakap saya berkhayal >.<

      Delete
    3. Alamak! Seramnya!!! Kalau saya dah demam dah ni. Memang fobia lah. Kecik lagilah masa tu eh?

      Delete
    4. Saya seram jugak la masa tu sebab memang saya yakin saya tengah bercakap dengan mak saya kat dapur, sambil minum air teh masa tu. Darjah 5 macam tu kalau tak silap saya. Tapi rumah saya duduk dulu memang seram sikit, banyak kali jugak la jumpa ustaz. Keluarga saya je yang bertahan duk bertahun tahun kat situuuu, kalau penyewa before family saya, memang dalam 2/3 bulan je duduk, terus pindah sebab tak tahan kena usik huhuhu.

      Delete
    5. ohh ada sejarah misteri rumah tu. Mujur gak tak bersembang masa tu kan. Kira berani gak lah Atiqah masa lepas tahu.

      Delete
  6. Dah terlepas .. tgh kuarantin ni, x tgk tv plak.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti² boleh tengok Nona. Nona postif ke? Terus kuat Nona, semoga cepat sembuh dan kembali sihat ye. Aaminn...

      Delete
  7. menarik la setiap episod drama malaysian ghost stories

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, setiap episod dia lain lain kisah hantu popular di Malaysia.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.