Kampong Pisang Kita Setandan, Filem Pendek Sempena Hari Malaysia

Kampong Pisang Kita Setandan, filem pendek arahan Mamat Khalid sempena Hari Malaysia 16 September 2021. Filem Kamping Pisang Kita Setandan full movie masih mengekalkan barisan pelakon kampung pisang bersiri.

Masih ingat lagi watak Joey Kampung pisang, Daud M yang terkenal dengan pelat 'M' nya tu?  Pak Karim kampung pisang lakonan Mat London (Ahmad Ibrahim) pun tak kurang popularnya. Terbaru, norainisham shamsul hafizi pula jadi tumpuan memegang watak Yati, bekas kekasih Barkobar dalam Kampong Pisang Musikal Raya.

Tak Kampong Pisang lah kalau tak ada barisan pelakon watak-watak komedi yang lain seperti Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Cik Purnama, Ahmad Yassin, Faguha Jabar dan ramai lagi. Turut menampilkan kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry sebagai watak baru dalam kampong Pisang Kita Setandan.

Kampong Pisang Kita Setandan filem pendek Hari Malaysia yang bertemakan semangat perpaduan yang wujud dalam masyarakat penduduk Kampong Pisang. Sarat dengan elemen perpaduan serta memartabatkan adat budaya pelbagai bangsa di Malaysia kata pengarah tersohor mamat Khalid.

Sesiapa sahaja yang menonton filem pendek ini akan menyedari filem ini adalah cerminan aspirasi dalam masyarakat kita menerima kepelbagaian budaya dan bangsa serta mampu hidup secara harmoni, - Mamat Khalid.

Filem Kampong Pisang Kita Setandan berdurasi selama setengah jam ini boleh ditonton pada Hari Malaysia 16 September 2021 (Khamis) di Astro 25 saluran 100 dengan penstriman langsung di platform Astro On Demand dan Astro Go.

Juga boleh ditonton di:
  • 16 September, Khamis : 5.30 petang Astro Prima (saluran105)
  • 16 September, Khamis : 9.30 malam Astro Ria (saluran 104)
  • 18 September, Sabtu : 10.00 malam Astro Warna (saluran107)
  • 20 September, Isnin : 8.00 malam Astro Citra (saluran 108)
  • 22 September, Rabu : 12.30 tengahari NJOI TV (saluran 140)

kampong pisang kita setandan full movie

FILEM KAMPONG PISANG KITA SETANDAN

Tarikh tayangan : Khamis, 16 September 2021
Siaran TV : Astro 25 (saluran 100)
Pengarah : Mamat Khalid

SINOPSIS KAMPONG PISANG KITA SETANDAN

Berkisar tentang Teck Zee anak kepada Ng Chee Lam yang ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan. Perhubungan mereka mendapat bantahan dari keluarga Teck Zee. Kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dan tidak merestui perhubungan Teck Zee dengan gadis pilihannya, Bulan.

Sebabnya? Dengan itu, sahabat Teck Zee geng Kampong Pisang yang diketuai oleh Pak Din Pest Control mencuba untuka membantu Teck Zee untuk mencari jalan penyelesaiannya untuk memastikan keharmonian penduduk Kampong Pisang tidak terjejas. 

PELAKON DAN WATAK

  • Kazar Saisi sebagai Pak Din Pest Control
  • Bell Ngasri sebagai Barkoba
  • Aziz M Osman sebagai Pak Jabit
  • Dewa Sapri sebagai Encik Purnama
  • Mat London (Ahmad Ibrahim) sebagai Pak Karim
  • Ahmad Yasin sebagai Ahmad Yasin
  • Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
  • Wong Wei Tian sebagai Teck Zee
  • Bulan Terry sebagai Bulan

22 comments:

  1. Macam-macam tajuk Mamat Khalid letak.. hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Cambest versi filem pendek kampong pisang ni. Jom tengok harini.

      Delete
  3. Wah mcm best je ni.. Klu la dpt tgk hehehe

    ReplyDelete
  4. Mamat Khalid dan Kampung Pisangnya berpisah tiada hehehe

    ReplyDelete
  5. Belum tonton..
    Tapi baca sinopsia teringat filem-filem zaman kanak-kanak tahun-tahun 80-an (fiza belum lahir🤭)filem & drama pasti selitkan nilai perpaduan dengan pelakon-pelakon Melayu,Cina & India.Kalau perhatikan dulu penyanyi berkumpulan pun campuran Melayu,Cina & India bagai...Masa tu telus & nampak harmoni sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru ditayangkan petang tadi mama cella. Dulu tak timbul pun isu rasis. Sekarang ni sangat kurang perpaduannya.

      Delete
  6. Mamat Khalid memang pandai buat filem bercirikan Malaysia. kena tengok nanti petang ni. tengok iklan pun rasa kelakar dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu benar. Walaupun nampak biasa tapi feel dia tu sampai :) Semua watak function.

      Delete
  7. Ehhh sempat lah nak tengok satgi dkt Astro prima

    ReplyDelete
  8. Dari dulu lagi Mamat Khalid ni dengan kampung pisang, memang berpisah tiada hahahaha. Ohhhhh aziz m osman as pak jabit, saya ingatkan pak jabit orang yang sama yang berlakon dalam filem kampung pisang yang ada awie tuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, masih mengekalkan nama Kampong Pisang. Pak Jabit watak dulu dah meninggal rasanya.

      Delete
  9. Nampak iklannya semalam, tp sibuk dok prepare bahan nak berstimbot lupa pulaj

    ReplyDelete
  10. Kreatif Mamat Khalid. Eh sekejap 30 minit sahaja.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.