Header Ads

Sebiji Buah Cempedak Bukan Di Luar Pagar

Sejak setahun dua ni tak pernah nampak lagi pokok cempedak tepi rumah kat kampung ni berbuah. Dulu bila tiba musim, meriah sungguh buahnya. Puas makan tu dah tentu. Makan sampai muak. Tak tahu sebab apa sekarang tak berbuah. Dahan dahan pun dah dipenuhi dengan pokok duit duit. Musim cempedak pun dah macam berakhir je.

Baru baru ni balik kampung, saya perasan ada sebiji buah cempedak di dahan. Bukan buah cempedak di luar pagar. Nampak elok buahnya belum dicemari musuh. Tapi sayang masih anak-anak lagi. Belum cukup matang dan masak untuk dijadikan cempedak goreng.

baca juga : 

Alahaiii tak ada rezeki nak merasa makan buah cempedak. Berapa lama buah cempedak masak sebenarnya ye? Inipun tak tahu bila lagi akan menjengah balik kampung. Agaknya bakal jadi rezeki makhluk lain. Tak serangga, burung. Takpun jatuh nanti jadi santapan haiwan lain pulak.



Setakat pernah merasa buah cempedak dari pokok yang satu ni, isi cempedak dia banyak dan manis. Buah cempedak pun ada pelbagai jenis. Ada buah cempedak madu yang tentunya lebih manis. Pernah dengar buah cempedak nangka? Cempedak kahwin dengan nangka. 

Baru-baru ni saya baru dengar buah cempedak champion di blog Kak Nohas. Buahnya lembut dan juicy katanya.

Kulit Cempedak Boleh Dimakan

Macam tak percaya bila dengar kulit cempedak boleh dimakan. Selain isi dan biji buah cempedak, bahagian empulur dan kulit buah cempedak juga boleh dimakan rupanya. Tak rugilah gitu kalau beli buah cempak tak banyak isi. Eh!

Bukanlah meminta buah cempedak tak banyak isi. Sekurang kurang tidaklah dibuang membazir begitu saja. Dikatakan kulit buah cempedak sedap rasanya lemak-lemak manis. Sedap dijadikan jeruk atau mandai. 

Nak tahu macamana dijeruk tu boleh baca jeruk mandai resipi mamacella dan digoreng dengan ikan bilis, cili dan bawang. Untuk versi resipi sambal goreng kulit cempedak, boleh ke dapur Kak Amie's Little Kitchen. 

Saya ada baca juga, katanya kulit cempedak sedap juga dimasak lemak. Nak tahu rasa kulit cempedak sedap ke tidak, kenelah cuba sendiri. Selera masing-masing berbeza.

Cerita pasal buah cempedak. Teringat satu tragedi. Beli buah cempedak dengan harga RM10 tak silap. Saiz buah  cempedak besar jugalah. Buka-buka je ada lah dalam 3 ulas macam tu. Hampa tahu! 

Dah lah tengah teringin nak makan cempedak goreng. Sudahya makan begitu saja lah. Tak berbaloi nak bancuh tepung dan goreng.

Harga buah cempedak sekarang dah lah bukan murah. Beli dah siap goreng pun RM2 dapat 4 ketul je. Awak rasa? 

Ada terbaca tips memilih buah cempedak yang elok dan banyak isi dari siraplimau. Bolehlah kita cuba nanti kalau nak membeli buah cempedak yang isinya banyak.

5 Cara pilih buah cempedak yang elok, manis dan isi banyak

1. Tengok 'MATA' kulit

Perhatikan pada kulitnya, kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang menandakan isi dalam buah cempedak tu banyak.

Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud jerami dia je yang banyak.

2. Rasa 'KULIT' empuk

Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.

Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.

3. Kulit kekuningan, 'TANGKAI' warna coklat

Tengok pada warna kulitnya, cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuning dia nampak lebih dominan.

Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda.

Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.

4. 'BAU' wangi

Sama seperti buah durian, cempedak akan berbau kuat dan wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.

Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sodap!

5. Yang 'BERAT' lebih selamat

Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.

Tapi kena hati-hati sebab buah yang ringan mungkin tak berisi. Jadi, lebih selamat ambil yang berat dengan ciri-ciri seperti di atas. Kurang risiko sikit dapat isi yang kosong.

Sejauh mana kebenaranya, boleh cuba tips ni nanti kalau nak membeli buah cempedak. Taklah asyik kena scam je.


50 comments:

  1. alahai kesiannya, beli je fiza cempedak tgh musim ni. mama baru tahu rupanya kulit cempedak boleh dimakan ye. tapi kena buang dulu la kan getah dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu free nanti baru mencari mamapp. Saya pun baru tahu lepas baca blog mamacella dan Kak Amie. Bolehlah jengah blog mereka yang saya share link dalam entri untuk tahu lebih details :)

      Delete
  2. saya baru tahu nih kulit cempedak bisa dimakan :D
    btw cempedak juga kesukaan saya, makan langsung atau dibuat gorengan sama sama enak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, boleh cuba kalau mahu rasa. Tapi perlu dijeruk dulu kalau tak silap.
      Memang sedap dimakan begitu saja mahupun digoreng :)

      Delete
  3. dulu2 tak pandai lagi check dah masak ke belum..pernah gak terbelah yang belum masak...padahnya memang akan jadi rosak..jadi sekarang, dah reti sikit nak tahu cempedak da masak ke blum..kena make sure betul2 menyengat bau cempedaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang bau ni paling mudah nak tahu dah masak ke tak kan. Cuma isi dia je lah tak tahu banyak ke tidak. Kena pilih mataa tumpul.

      Delete
  4. Cempefak goreng skrg dh mahal.. 1 ulas rm1 adoii takkan nak beli 2 3 ketul je kan.. Harus la beli berketul2.. Rs baik kita beli cempedak n goreng je sndri

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga kayangan sekarang buah cempedak ni. Mak oiii 1 biji RM1. Biar betul??? Kalau macam tu baik beli 1 biji buah cempedak terus goreng sendiri lagi puas makan.

      Delete
  5. ammi pernah dapat cempedak ada jiran bagi. punyalah peram sbb masa dia bagi tu agak mengkal sikit. bila belah aikkkk tercari2 dimanakah isinya. puas ammi kelebet pakai sarung tangan plastik. serius sebijik pun tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaiii..lagi sedih cerita akak. Satu ulas pun taraaa..lagi kesian tak dapat merasa. Takde rezeki nampaknya tu. Serius kecewa kalau isi dalamnya tak ada ataupun seulas dua je.

      Delete
  6. Wah,walaupun cempedak dalam pagar hanya sebiji,tapi bila terus membaca,banyak dapat info cempedak kat sini...
    Buah cempedak nangka tu dulu kat rumah mak saya ada tanam.Memang pokok dan daunnya nangka.Buahnya saiz cempedak tapi duri kulit agak kasar macam nangka.Isi macam cempedak bau pun cempedak tapi lebih berserat.Bau dia kalah cempedak..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah ada idea, panjang berjela pulak karangan tentang buah cempedak.
      Kesimpulannya, pokok nangka, luaran nangka tapi isi dalam macam cempedak. Mula confused dah bau nangka dan cempedak ni. Hehe

      Delete
  7. betul tu semua ciri-ciri di atas mmg akak gunakan sebab pernah terkena... ringan bila buka isinya ada lah 5 ke 6 ulas besar-besar, akak lebih pilihn isi kecil rapat dan banyak hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira boleh pakai lah tips ni ye. Ulas besar besar tu tak best gak. Ulas kecik kecik banyak lagi berbaloi kan.

      Delete
  8. he he nak puashati skrg kalu beli cempedak suh org tu potong siap2
    tgk isinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ye macam tu kak? Untunglah kalau boleh macam tu.

      Delete
  9. Tip no.5 tu paling penting. Nak jimat kononnya, silap terus rugi.
    Akan datang mungkin cempedak pun ada gred macam durian. Harga mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun fikir macam tu nak jimat padahal ringan tu belum tentu ada isi lagi. kalau ada grade ni kena fikir banyak kali lah nak membeli cempedak mahal.

      Delete
  10. Selalu beli je kalau teringin nau.. dpt rse je dah ok..

    ReplyDelete
  11. Betul tu. Bau cempedak yang betul-betul masak memang menyengat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menyengat lagi lagi bila dibelah tu. semerbak baunya

      Delete
  12. Kak Amie pernah makan buah cempedak kawin durian. Cempedak kawin nangka belum pernah cuba lagi. Kami beli cempedak kawin durian di Ayer Hitam, Johor tempat yang banyak-banyak jual kerepek dan macam-macam lagi makanan ringan. Tak silap tahun 2013, waktu tu Firdaus kecik lagi.
    Kak Amie pun pernah terkena beli cempedak bukan main besar dekat 3 kg. Beli di Sandakan. Tak sabar nak sampai LD sebab aromanya sangat menyucuk hidung. Sampai rumah, ya Allah... seulas jew isinya? Memang rasa rugi sangat.
    Lepas tu Encik Suami dapat akal. Katanya kalau nak beli cempedak cari buah yang nampak benjol-benjol. Itu tanyanya dalamnya memang ada isi... hihihihiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu namanya cempedak durian
      tetapi bukan cempedak kawin durian
      Jenis cempedak juga, dipanggil cempedak durian sebab bentuk buah dan durinya seakan2 durian.

      Delete
    2. Buah cempedak kahwin durian pun ada. Berganda ganda sedap dan baunya tu.

      tempat yang kak Amie mention tu dah berubah tempat dah Kak Amie, saya selalu singgah kalau hantar abah appt doktor kat Hospital JB. Selalu beli buah nanas, buah buahan lain dan kerepek. Tak pernah lagi beli cempedak. Jarang nampak, mungkin bukan musim masa singgah tu kot.

      Ya Allah, besar 3kg tu seulas je ada. Rezeki dapat seketul. Aduhaiii..sabar je lah kan. Macam function jugak idea husband Kak Amie tu. Boleh aplikasi lepas ni :)

      Delete
    3. Terima kasih wak untuk penerangan ni. Kena sebut cempedak durian, cempedak nangka. Banyak jugak jenis cempedak ni.

      Delete
    4. Hehehee... salah info rupanya cempedak durian.
      Ya, tempat tu dah pindah ke Kluang kalau tak silap. Kak Amie suka sangat beli baulu gulung di situ. Pernah sekali sewaktu hantar Fuad daftar di UTHM, singgah situ. Kak Amie beli 100 batang. Hampir terduduk penjual tu... katanya nak buat apa beli sampai 100 batang? Kak Amie kata nak bagi-bagi keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawan. Jenuhlah dia kumpul baulu dari gerai-gerai sebelah sampai 100 batang!

      Delete
    5. Hehehe. tambah ilmu dari pakar tanaman ni. Ohh pindah Kluang ye. Kat Ayer Hitam ada satu port macam open mall banyak jual macam macam gak berdekatan dengan stesen bas Ayer Hitam.Nama tempat tu Arena Warna Ayer Hitam. Saya ingatkan peniaga lama berniaga kat tempat baru tu. Baulu gulung sedapnya. memang terkejutlah sekali beli 100 pek tu. Rezeki dia kak Amie borong banyak. Dan rezeki keluarga, jiran tetangga dan kawan dapat ole ole dari kak Amie. Mesti rindu lama tak singgah sana.

      Delete
  13. Saya bulan lepas ade beli cempedak. Mak..oi, mahal giler, sekilo rm9, sebiji yg saya beli tu rm20++ harganya. Tapi nasib baek isi banyak, puas lah makan.. buat cempedak goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak oiii mahalnya! Mujur jugaklah isi banyak. Puas hati makan. Kalau isi ciput, memang kecewa.

      Delete
  14. sy xmerasa lg cempedak tahun ni..
    tekak teringin nk mkn cempedak goreng..

    ooo cempedak kawen ngn nangka xtau plak sy.. ada rupanya.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, belum mencari lagi. Nanti teringin baru mencari.
      Ada, macam wak warisan terangkan tu Ezy :)

      Delete
  15. Biar betul 3 ulas.
    Haah baca blog Puan Amie baru tahu kulit/serat itu boleh dimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul kak. Dulu main beli je tak tahu tips ni. Pasni boleh lah cuba gunakan tips ni. Harapnya tak kena scam lagilah. Saya pun baru tahu kat blog Kak Amie.

      Delete
  16. betul, minggu lepas ada beli cempedak goreng...5 hengget dapat 10 biji saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu biji RM0.50. Memang dah mahal dah sekarang kan. Sabar je lah

      Delete
  17. kecewanya kalau beli RM10 tapi dapat 3 ulas je. Baik beli cempedak goreng tu haha

    ReplyDelete
  18. Cempedak goreng memang mahal, kadang tuuu RM1 seketul. Tapi sebab teringin, beli la jugak RM5/RM6. Nak beli buah cempedak pun takut jadi macam kak fiza tu lah, sekali ada 2/3 ulas je. Memang sakit hati kannn hahaha. Okeyy, baru tahu kulit pun boleh makan yeeee, selama ni ingat isi dengan butir je boleh makannnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM1 seketul tu memang tak sanggup lah nak beli Atiqah. Mahal bebenau. Nak beli RM2 segan pulak dapat 2 ketul je kan. Sakit hati dan kecewa kalau beli ulasnya sikit je. Boleh makan, nak cuba kena jengah rumah Mamacella dan Kak Amie.

      Delete
  19. Suka cempedak goreng tapi kalau terbeli yang cempedak kahwin tu tak berapa best sebab macam keras sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang arif pulak nak kenal cempedak kahwin. Kalau beli tak pernah lagi dapat yang keras. Dapat yang keras memang tak best lah.

      Delete
  20. Allahu. 3 ulas saja? Semoga ada rezeki dapat makan sebelum musim berakhir ya akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu, ciput nau kan. Harapnya dapat lah nanti. Aaminn...

      Delete
  21. Akak teringin nak beli buah cempedak tau, tapi tak tahu nak pilih macam mana. Last-last, beli yang dah siap goreng je. Lepas ni boleh cuba tips yang Fiza kongsi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, tak tahu nak pilih. Kalau peniaga cakap isi elok, memang percaya je lah. pasni boleh cuba tips ni pulak :)

      Delete
  22. Replies
    1. Kalau ada rezeki. Tak tahulah bila balik kampung lagi. Kalau sempat tu dapatlah merasa. takpun rezeki burung ke tupai ke sebab tak berbungkus buahnya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.