Header Ads

Embun Pagi Bulat Bulat

Seusai makan pagi, kemas meja makan dan cuci pinggan mangkuk. Saya keluar untuk menikmati udara segar di kampung. Sambil tu kita ambillah gambar sekali. Nak ambil gambar embun pagi!

Embun pagi in english morning dew

Nak ambil gambar embun pagi bulat bulat cantik, saya suka aim kat pokok buluh ni je. Benih pokok ni saya ambil dari rumah mak kat segamat. Lepas tu tanam kat Pilah. Elok subur rimbun daunnya. Tinggi paras pinggang je. Tak besar. Kalau buat pokok hiasan macam pagar tu sesuai sangat.

Sebenarnya pokok buluh ni tak terjaga sangat pun. Tapi elok je hidupnya. Kat kampung kan. Tanam apa pun menjadi.

Embun Pagi Bulat Bulat

Embun pokok buluh ni maintain bulat bulat embunnya. Cantik bukan? Comel comel rupa dia. Elok bulat sebulat bulatnya. Berapa banyak bulat daaaa...

baca juga : somewhere in Kuala Pilah

Embun Pagi Bulat Bulat

Setiap kali balik mesti nak ambil gambar embun pagi. Latihan ambil gambar lah kononnya. Acah acah pro. Guna lens telephoto. Mencabar jugak lens nak focus sebab handling tak stabil masih ada hand shake sikit. 

Puas hati jugaklah lepas editing. Kira lulus lah ye? 

Maaf semalam tak sempat blogwalking sangat. Bangun awal pagi. Masak nasi goreng kampung campur kangkung untuk sarapan dan bekal mak. Mak tak boleh makan dulu sebab puasa kena ambil darah. 

Lepas pergi pusat kesihatan pesakit luar mak ambil darah. Baru mak makan. Lepas tu pergi Hospital Tuanku Ampuan Najihah pulak appointment doktor mak. Syukur tak sampai sejam menunggu dah siap.

Macam biasalah kalau mana mana hospital ni memang susah jumpa parking. Dekat 5-6 kali tawaf hospital baru jumpa parking. Sebelum tu dah drop mak awal awal. Tunggulah kami dalam kereta. Musim covid ni tak dapatlah nak teman masuk melainkan warga emas yang betul betul tak larat nak jalan.

Mak pun dah biasa kat hospital sini. Tempat kerja mak dulu kan. Sebagai seorang nurse, tahulah selok beloknya. Encik suami pun terkenang zaman selalu datang hospital kecik kecik dulu sebab arwah abah pun pemandu ambulans. 

Skyview

Sampai rumah kemas barang. Lepas zohor terus tidur sampai asar. Lena terus tidur. Jarang sekali nak tidur siang melainkan penat. Tapi kan kalau balik kampung tu cepat je terlelap. Ibarat macam orang mengantuk disorongkan bantal. Kan?

Alhamdulillah settle urusan, sambung rutin harian.

47 comments:

  1. Memang nampak bulat-bulat jernih embun.
    Oh emak mertua Fiza bekas jururawat. Mesti dia faham proses rawatan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Embun embun jernih bentuk bulat yang cantik. Ye, mak mentua bekas jururawat. Betul, faham lah proses rawatan. Mudah macam tu :)

      Delete
  2. cantik dan segar bila tengok embun dan kehijauan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat terapi mata memandang kehijauan dan keindahan alam :)

      Delete
  3. cantiknya gambar embun! segar mata tgok..
    pndai fiza amek gmbr.. suka tgk hasilnya! =)

    alhamdulillah.. nsb baik urusan mak cpt selesai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..lega settle urusan cepat.
      Terima kasih Ezy.
      Sejuk mata memandang embun kannn

      Delete
  4. Nak masuk kelas photoshoot gambar la dengan kak fieza . Sebab semua gambar tak pernah tak lawa . Menabjukkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..saya tak buat kelas Lyana. Ampunnn..
      Alhamdulillah..terima kasih :)

      Delete
  5. masa zaman sekolah rendah, ammi selalu teman kawan pengawas ammi berjaga kat pintu belakang sekolah. jadi suka je kitorang ni guna batang rumput, amik embun letak kat atas tangan. cantik je susun-susun atas tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batang rumput kemuncup tu ke kak? Dari bosan bosan jaga kat pintu ada gak something yang menyeronokkan main embun. hihi..

      Delete
    2. yelah kot..nama rumput pun ammi tak kenal hahaha

      Delete
  6. Seronok baca cerita fiezah blk kg.. Rindu suasana kg.. Cantek gmbr embun tu.. Yg x pro mcm k ret ni konpom ke laut dalam gmbr tu jd nya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya feel tu sampai :)
      Terima kasih KakRet. asal ada rupa embun jadilah KakRet.

      Delete
  7. Cantik!
    Dulu2 suka ambil air embun tu sapu kat mata, utk bagi mata terang... Petua org tua2
    Moga dipermudahkan urusan ibu Fiza, kembali sihat aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. First time dengar petua tu kak.
      Alhamdulillah..Aaaminnn... Terima kasih doakan.

      Delete
  8. Teringat pulak lagu Azian Mazwan Safwan, Cinta Embunan Pagi, hihi 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyanyi tu kenal jugak. tapi lagu tu tak pernah dengar. Pasni nak bukak YT dengar :)

      Delete
  9. Alhamdulillah..
    Balik kampung biasanya memang mudah nak tidur. Mungkin siang hari terlalu aktif lebih daripada biasa. Perasaan gembira bila balik kampung pun tak macam gembira biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siang memang aktif tu yang kadang boleh terlelap. Malam pulak terlelap awal. Betul tu, dapat balik kampung pun happy kemain.

      Delete
  10. teringat dulu belajar embun juga boleh buat untuk ambil wudhu hehe

    ReplyDelete
  11. Letih agaknya dok round hospital. Tu yang senang tertido. Cuaca di Pilah panas x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu. Penat menunggu ni lain sikit penatnya walaupun tak buat apa. Cuaca kejap panas kejap mendung kejap hujan. Macam tu jelah 2-3 hari balik kampung.

      Delete
    2. penat menunggu lagi penat dari buat kerja. tambah pulak stress cari parking

      Delete
  12. saya tangan mesti parkinson sket..taknak duduk diam hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Biasalah tu. Agak agak nampak tak goyang sangat kira okaylah tu.

      Delete
  13. Yelah bulat-bulat ya fiza. Indahnya bagi mereka yang menghayati dah lama Mrs. A tak tengok embun pagi di hujung dedaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik embun bulat bulat kan. Itulah tu, lama tak tengok embun pun. Kat kampung merata embunnya.

      Delete
  14. Org tua2 cakap embun boleh buat awet muda..sapu embun kt muka pagi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak? Baru tahu gak ni. Banyak petua orang lama rupanya.

      Delete
  15. Ambil gambar waktu pagi dapat tangkap embun bulat-bulat di hujung daun. Ambil gambar selepas hujan turun pun dapat juga tangkap titisan air. Dua-duanya air tapi ada nilai seninya yang tersendiri.
    Hahahaaa... memang kena tawaf ye kalau nak cari tempat letak kereta di hospital. Di LD, memang dah tak perlu tawaf. Terpaksa letak kereta di bahu jalan sebab tempat parking terhad terutama di hospital lama. Syukurlah pihak JPJ faham. Tidaklah kena saman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil gambar selepas hujan tu belum cuba lagi. Ada kesempatan nak ambil gambar jugak tengok perbezaanya. Betul betul, apapun ada nilai seninya.
      Iye, tak tawaf tak sah. Tapi disebabkan dah biasa dengan urusan hospital ni. mana mana hospital sama je kecuali hospital swasta lah. So far tak pernah lagi sampai bahu jalan. Kalau dah sampai bahu jalan parking tu memang sesak betul. mujurlah kan JPJ faham. Dorang pun tak boleh buat apa. Kenalah ada improvement dari segi parking. Buat bertingkat ke kan.

      Delete
  16. Kalau dulu saya suka cucuk embun dengan jari. Dengki betul nak saja usik haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kenapa dengki pulak tu? hihi..saya pulak suka main pokok semalu. Geram kan tengok dia kuncup tu. hahaha. Pantang kembang terus usik.

      Delete
  17. duduk kampung dapatlah tengok embun pagi, kalau duduk bandar ape pon takde. dah la bangun lewat, mane nak nampak embun.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk bandar bangun pagi ke bangun lewat ke, embun tetap takde. hihi.

      Delete
  18. Ntah kapan saya trakhir liat embun pagi :D. Tinggal Kat apartmen tanpa ada halaman lagi, tak bisa lah dapat embun :D. Dulu sat maasih di Aceh, rumah papa kebunnya luas. Tiap pagi bisa olahraga sekalian menginjak rumput yg masih basah Ama embun. Konon bisa membuat telapak kaki kuat :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk di bandar tambah lagi duduk apartment nak jumpa embun memang tak bisa.
      Di kampung pasti pagi pagi meriah dengan embun. Ohh macam tu ya? Tak pernah petua tu :)

      Delete
  19. Memang comel embun nya tu, bulat bulat. Kalau saya lah sejenis parkinson ni, memang tak dapat nak shot gambar macam kak fiza tu hahaha. Sama sama kerja di hospital ye mak dengan arwah abah husband kak fiza. Cinta bertemu di hospital ke hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kena guna tripod dan remote macam tu. Ye, kerja di hospital sama. Lebih kurang begitulah :)

      Delete
  20. Gambar tuuu. dikira lulus ler.. saya sukaaaa!

    ReplyDelete
  21. Teknik kak fiza ambil gambar tidak pernah mengecewakan saya. Saya suka!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.