Mi Bandung Muar & Laksa Johor Selera Johor

Cerita semalam, makan pagi merangkap merarau (baca : makan tengahari) membeli mi bandung Muar & laksa Johor dari Selera Johor. Bukan di Johor tapi di Negeri Sembilan. Tak dapat mi bandung Muar original di Muar, dapat makan yang ala ala mi bandung Muar pun jadi lah kan.

Macam biasa saya repeat beli di Selera Johor je lah. Food delivery by foodpanda. Selera Johor ni ada 4 menu je.

So far saya dah rasa 3 menu kecuali mi rebus Johor tu. Belum rasa teringin nak mencuba lagi. Macam biasa mi bandung Muar Selera Johor tak mengecewakan. Rencah dia masih di tahap memuaskan. Tak banyak tak sikit, sedang sedang saja. 

Udang saiz sederhana 2 ekor, Beberapa hirisan daging rebus, telur mata sebiji, bawang goreng dan daun sup bersama mi kuning. Kuah mi bandung Selera Johor menepati selera orang Johor. Kuah pekat dan terasa macam mi bandung Muar sebenar. Bukan tipu tipu.

Mi Bandung Selera johor

Tengok pada pelekat makanan, cuma ada 3 menu je pulak. Kemana pergi menu mi rebus? Nampaknya next time macam tak dapatlah nak merasa mi rebus tu.

Mi Bandung Selera Johor

Selain mi bandung, beli juga laksa Johor pilihan encik suami. Eh eh, dia pulak dah tersampuk dengan selera orang Johor suka makan laksa Johor pulak. Sebelum ni rajin juga order laksa Johor Selera Johor ni. 

Rasa macam dah selalu makan rasa jemu pulak. Merasa jugaklah sesudu. Nanti craving pulak tiba-tiba, kan. Kesedapan laksa Johor Selera Johor maintain sedap. Bagus bagus.

Laksa Johor Selera Johor

Harga mi bandung RM8 dan laksa Johor RM8 juga. Kalau walk in lagi murah kurang RM1-RM2 macam tu. Pernah sekali je beli terus. Bukan kedai tapi rumah. 

54 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Replies
    1. Menu selera Johor ni memang buat orang terliur kak Dana 😊

      Delete
  2. Replies
    1. Mungkin cara masak ayam dia macam ayam golek kot. Agaknya lah. Nak kelainan tu yang guna ayam bowling.

      Delete
  3. sedapnyaaa
    sambil sambil tu kita support para peniaga kan

    ReplyDelete
  4. susah jumpa mi bandung yang menepati selera di KL ni. Yelah, dah biasa makan yang sedap di Muar, jadi cerewet pulak. Selamat menjamu selera Fizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Sal. Mi bandung kedai tu jenis guna sos agaknya. Yang ni betul betul sedap macam mi bandung Muar. Itulah tu, jadi cerewet pulak kan sebab dah rasa mi bandung Muar yang sedap tu.
      Terima kasih Sal. Selamat dah menjamu semalam

      Delete
  5. My favourite mee bandung Muar. Dekat rumah ni pun ada orang jual mee bandung Muar dengan sate Muar...selalu juga beli. Tapi time balik Johor itu memang wajib makan sebab lagi power rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki jugak tu ada yang jual dekat dekat. Sementara nak balik Johor dapat merasa yang ala ala pun sedap juga. Mi bandung Muar dapat makan kat Muar lagi sedap, kan.

      Delete
  6. Masa anak study kat UiTM Segamat,pernah singgah makan mee Bandung kat Muar..Baru tau mee bandung tu sedap...dok makan kat erea sini macam lebih kepada mee + sos tapi di claim sebagai mee bandung ...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. UiTM dah dekat dengan kg saya kat Batu Anam tu. Ikut tangkak ye singgah Muar? Sedapnya lah dapat makan mi bandung ori kat Muar tu. memang sedap! Betul, kalau restaurant luar Muar susah nak dapat kuah yang betul betul kuah mi bandung. lebih kepada rasa sos macam kuah ape entah. Memang tak dapek lah nak claim mi bandung.

      Delete
  7. Setiap kali balik kampung biasanya akan makan mi bandung muar sebab akan lalu. Tapi ni lama dah tak boleh balik kampung, lama tak pergi kedai yang selalu pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya kalau lalu Muar boleh singgah. Saya balik kampung Segamat jarang sangat nak pergi Muar tu. Kalau ada tujuan je baru pergi. Pasni boleh rentas bolehlah balik kampung pekena mi bandung Muar.

      Delete
  8. Aduh terliur tengok laksa Johor. Lama tidak makan.

    ReplyDelete
  9. sedapnya mee bandung muar... kalau pedas lagi sedappp.. lama dh x mkn... ada paste mee bandung member bagi tp x terbuat lagi.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap dapat mi bandung Muar. Pedas lagilah mengancam. Dah baca sini, nampaknya kena buat tu nanti. hehehe...

      Delete
  10. Nanti nak try order jugaklah kat Selera Johor ni nampak sedap

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Laksa Johor. Memang fav nie... terliur plak nengoknya. He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa Johor Selera Johor ni memang sedap kak. Dah berapa kali repeat order dah. hihi

      Delete
  12. Pernah cuba laksa johor sekali. Sedap juga..
    Dan mi bandung muar asli johor memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa Johor sedap naniey. Mi bandung Muar asli Johor memang terbaik.

      Delete
  13. Baru beberapa hari lepas makan Mee Bandong Muo, pes mmg dah ada stok so buatlah sebab teringin. Ter ubatlah rindu sebab dah lama tak dpt balik Muo kan …

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang tu ada pes, boleh buat anytime bila teringin makan. Dapat juga pengubat rindu nak balik Muar. Harapnya lepas ni bolehlah rentas negeri balik kampung. Saya pun nak balik kampung Segamat jugak.

      Delete
  14. Ammi selalu kalau nak order mee bandung akan tanya.. Mee bandung johor ke mee bandung biasa?

    Kalau dia kata pakai sos.. Mmg babai jelah. Nak yg johor punya jugaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pulak saya bertanya kuah mi bandung kalau nak order. Okay jugak kan tu tanya siap siap senang. Taklah kecewa bila dapat jenis kuah macam sos. Potong selera nak makan. huhu

      Delete
  15. shida pun suka laksa johor..dah mcm2 style shida mkn kat sini..xjumpa yg betul2 sedap lg ni..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan laksa Johor. Agak kecewa jugak kalau tak dapat jumpa yang betul betul menepati selera kita. harapnya nanti ada lah jumpa yang sedap Shida.

      Delete
  16. Kalau bab makanan berkuah macam ni saya hanya suka meehun sup dan kuey teow kungfu. Makanan lain saya tak makan. Memilih juga saya ni eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu. Biasalah tu, selera masing masing Nadia.

      Delete
  17. Uishh terliur! Akak memang tidak akan kata tidak dengan laksa Johor. Kegemaran tu. Tapi, kalau mi bandung, akak akan selektif sikit. Selalu rezeki dapat yang kurang menyengat. Tak kena dengan selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, mi bandung ni susah nak dapat yang macam mi bandung Muar. Dapat ala ala pun dah okay. Tapi paling kecewa kalau dapat jenis kuah bukan macam mi bandung tu.

      Delete
  18. mee bandung tu susah nak cari yang sedap. laksa johor plak susah nak jumpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, susah nak dapat kuah mi bandung yang betul betul original kuah mi bandung. Selalu kena scam

      Delete
  19. uish sedapnya mee bandung, saya kalau jenis mee ni kurang minat sikit..hehe

    ReplyDelete
  20. Kak Sha paling suka laksa Johor tu tapi susah nak dapat kat sini.. Kalau dapat yang kena dengan selera memang puas hatilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa Johor ni memang susah nak tempat di sesetengah negeri. Kalau Laksa Utara merata orang jual, kan. Nak dapat yang kena dengan selera tu satu hal juga.

      Delete
  21. dedua menu ni sangat sedap . tapi paling CCL suka adalah laksa johor . lama tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua memang sedap. Laksa Johor jarang dapat makan sebab tak ramai yang jual, kan.

      Delete
  22. mi bandung suka juga..lama tk mkn..laksa johor ada makan ms bulan ramadhan aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua sedap kak. Tapi itulah susah nak jumpa yang kena dengan selera. Selalu repeat kat Selera Johor ni je sebab sedap.

      Delete
  23. Meskipun saya orang Johor tapi kurang minat kedua-duanya...Haha..Cuma kalau ada menu tu kat memana, and takda hidangan lain, kita makan aje..

    ReplyDelete
  24. Suka dua-dua, rindu johor pulak hehe.. Laksa johor sedap, mee rebus johor sedapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua pun sedap kan kak. Tak boleh nak memilih andai diberi pilihan. Mi rebus pun sedap cuma saya belum membeli lagi di Selera Johor ni. Ada rezeki boleh cuba mi rebus pulak.

      Delete
  25. Haritu pernah makan mi bandung muar, sedapppppp rupa rupanyaaa! Menyesal tak try awal awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi Bandung memang terbaik. Terpaling sedap! Kalau order sepinggan kat Muar tu rasa macam tak cukup je.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال