Sementara ada baki tempoyak, santan segar, pucuk ubi dan daun kunyit, maka kita buat lah sambal tempoyak daun kayu negeri sembilan. Alang-alang membeli petai, beli juga buah rambai dan buah cempedak. Dah ada depan mata, kan. Beli lah sekali.
Encik suami masuk kereta je saya terus tanya 'berapa petai seikat ni?'. RM10 katanya. Mak aii mahalnya! Tapi petai dia elok encik suami membalas. Terus saya tak jadi nak bising pasal petai mahal.
Jangan ingat kedai kampung tepi jalan harga murah ye. Oh tidak! Penduduk tempatan pun boleh jual mahal, apatah lagi orang luar. Apa pun zaman sekarang ni tak ada yang murah. Setiap peniaga ada alasan masing-masing meletakkan harga sebegitu.
Walaupun banyak kedai berdekatan sepanjang jalan tu. Taklah rajin nak survey harga bagai. Berhenti kat situ, beli kat situ je lah.
Petai ni penambah selera. Tapi saya tak makan petai mentah kecuali petai belalang yang comel comel tu. Rasa petai dia tak kuat sangat. Selain itu, saya makan petai yang dimasak sahaja. Petai jeruk pun saya tak makan. Banyak pulak kecerewatan makan petai ni.
Petai in english, stinky beans/garlic bean/petai beans or twisted cluster bean. Sebusuk busuk petai, khasiat petai ni ada banyak khasiatnya yang kita tak tahu. Jangan pandang pada busuknya sedangkan ada kebaikannya.
Inilah dia setangkai petai yang dibeli. Setangkai RM10 ada 7 papan petai. Penjodoh bilangan petai, setangkai petai dan papan petai. Kalau satu papan disebut sepapan petai.
Walaupun banyak kedai berdekatan sepanjang jalan tu. Taklah rajin nak survey harga bagai. Berhenti kat situ, beli kat situ je lah.
Petai ni penambah selera. Tapi saya tak makan petai mentah kecuali petai belalang yang comel comel tu. Rasa petai dia tak kuat sangat. Selain itu, saya makan petai yang dimasak sahaja. Petai jeruk pun saya tak makan. Banyak pulak kecerewatan makan petai ni.
Oh ya nasi goreng petai saya tak makan pulak. Padahal dimasak tu. Tak tahu lah kenapa. Tak ada jawapan dan tak adaa alasan pun.
Teringat ingat pulak kesedapan menu restaurant ana ikan bakar petai. Ikan siakap dengan sambal dibakar bersama petai. Memang terbaiklah! Ada yang pernah makan?
Teringat ingat pulak kesedapan menu restaurant ana ikan bakar petai. Ikan siakap dengan sambal dibakar bersama petai. Memang terbaiklah! Ada yang pernah makan?
Petai in english, stinky beans/garlic bean/petai beans or twisted cluster bean. Sebusuk busuk petai, khasiat petai ni ada banyak khasiatnya yang kita tak tahu. Jangan pandang pada busuknya sedangkan ada kebaikannya.
Inilah dia setangkai petai yang dibeli. Setangkai RM10 ada 7 papan petai. Penjodoh bilangan petai, setangkai petai dan papan petai. Kalau satu papan disebut sepapan petai.
Isinya elok dan tak ada ulat ataupun buruk pun. Mujur lah tak kena scam macam adik jual petai haritu. Kira berbaloilah juga membeli setangkai petai 7 papan dengan harga RM10 ni.
Dua papan saya dah guna masak sambal tempoyak daun kayu. Dua papan saya buat sambal petai ikan bilis belimbing buluh.
Ada dua papan lagi, masih berfikir fikir nak masak apa nanti.
Ada dua papan lagi, masih berfikir fikir nak masak apa nanti.
Saya tak pernah makan petai . Hihi
ReplyDeleteFaham, sebab tak makan petai kan :)
DeletePernah makan Ana ikan bakar petai. Memang unik.
ReplyDeleteHehe sama tidak makan mentah, kulit pun tidak makan. Hehe sama tiada alasan. Mungkin boleh sahaja makan tapi tidak pernah cuba.
Memandangkan ada tempoyak, santan masak lauk sama berulang-ulang kali.
saya pun pernah makan sekali tu je kak. Kita geng tak makan mentah. Hehe..tak berani nak cuba. Betul tu, ada stok boleh masak :)
Deletebuat sambal sedap kan
ReplyDeletelamaa x beli petai sendiri.. tapi petai memang mahal kan sb tu tak menyempat tu kadang tu org dah panjat ambik. jual
hari tu dpt la jga mkn ambik kat pokok di kebun adik. lebihan je beberqpa. papan
Memang sedap buat sambal petai. Untung gak tu ada pokok petai tinggal pnjat je. Petai memang mahal sekarang.
Deletemahal sikit tak apalah kalau petainya elok dan sedap dimasak. Berbaloi. Anggap jelah harga tu as sedekah bantu peniaga kecil. Ewah
ReplyDeleteYep, mujur isinya elok Sal. Berbaloi jugak membeli. Ye, betul tu. Ewaahhhh...
DeleteDah besar ni baru pandai makan petai. Tu pun petai yang dalam sambal je. Kalau petai jeruk dan petai mentah tak pandai makan.
ReplyDeletePetai memang mahal. Lagi frust kalau beli mata kecil tu.
Samalah kita, kena petai masak baru makan. Mata kecil tu jenuh nak kopek satu hal juga, kan.
DeleteSedapnya masakan petai sambal tempoyak daun kayu dan sambal petai ikan bilis dengan belimbing buluh. Lauk satu begini makan dengan nasi panas memang kena tambah nasi lagi!
ReplyDeleteOkey tu harganya RM10 dapat 7 tangkai.
Dua dua menu tu memang sedap kak Amie makan dengan nasi panas. Biasanya saya masak cukup cukup. Tak boleh menambah nasi. Hehe..
DeleteYep, okaylah harga tu dengan isinya yang elok.
Allah, tergodanya tengok gambar akhir tu :)
ReplyDeleteHihi..dah masak haruslah tergoda kak :)
DeleteSambal udang petai ni sedap ni
ReplyDeleteMemang sedap buat sambal udang petai Rabia.
Deletelama betul tak makan petai belalang, lama jg tak jumpa...7 papan byk jg tu, boleh masak mcm2..Alhamdulillah, elok2 semuanya..
ReplyDeletePetai belalang tu rasanya macam tak dijual je. Kat kampung pun macam dah tak nampak pokok petai belalang tu kak. Macam dah pupus pun iye jugak. Ye, kira okaylah tu kan ada 7 papan dengan harga tu boleh masak macam macam menu masuk sikit sikit.
Deleterasanya memang sekarang harga dia memang macam tu kan, kadang lebih mahal lagi
ReplyDeleteOh ye? mungkin dah biasa beli petai RM5. Jarang beli yang harga RM10 ni. Ada lagi mahal tu petai premium lagi agaknya.
DeleteDah lama tak makan petai. Haritu ada parents beli tapi tak rasa nak makan pulak hahaha tapi sekarang tetiba teringin.
ReplyDeleteBila lama tak makan rasa teringin pulak, kan. Hehe..Pasni kalau beli lagi jangan lupa makan pulak.
Deletesy lgsg xmkn petai..
ReplyDeletesamada dimsk ataupon mentah camtu..
xtau la ngape xmkn.. haha
Hihi..faham faham. Selera masing masing berbeza.
DeleteSuka petai masak sambal jee.. huhu
ReplyDeleteSelera kita sama :)
DeletePandai masak, nanpak sedap, best jalan-jalan, singgah shopping kan. Ulam petai mentah, terpaksa makan, nanti diambil orang hehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih kak. Ikut selera sendiri kira lulus lah sedap dia. Alang alang tu singgah mana yang mudah nak masuk je.
DeleteHehe..ulam petai mentah kalau makan syoklah dapat yang fresh macam ni.
kat KL ni petai pon mahal sekarang...
ReplyDeleteKat KL mesti RM10 dan ke atas, kan.
Deleteshida mkn petai sikit2 je fiza..plg suka kalau buat sambal petai ikan bilis dan udang..bertambah nasinya..
ReplyDelete7papan RM10 ok fiza harganya..kat sini pn lbh kurg jer harga dia..
Fza pun makan sikit sikit je Shida. Tak beria sangat pun. Tak berani makan banyak nanti membuang bau kuat sangat pulak. hahaha..tapi makan sikit pun dah bau kemain kan. Memang sedap sangat kalau buat sambal udang petai.
Deletekira standard lah tu kan harganya Shida.
Aaahhhhh sedaaaap petai niih :D. Sayapun fans gileeeeer Ama petai kak :D. Tapi saya suka petai dimakan mentah pakai sambal, ato masak nasi goreng dll. Tak harus dimasak :D.
ReplyDeleteCm memang susah cari petai nih di Jakarta. Kadang harus nunggu musim. Tapi saya beruntunglah beberapa Minggu lalu, tempat langganan buah saya jual petai, dari kampung. Dia jual 6 tangkai tuh Rp 20,000. Dalam MYR sekitar 5.8 ringgit untuk 6 tangkai. Saya langsung borong 36 papan hahahahahah. Stok di rumah akak. Bagus2 , tak busuk. Sebagian besar dimasak sambal petai lah, bisa simpan kulkas, supaya tahan lama :)
Betul betul peminat petai sungguh ni. Disana petai bermusim ye. Susah juga kalau teringin tapi tak bermusim. Murah lagi tu harganya disana. Wahhh banyak betul memborong petai. Berbaloi beli petai elok, tak rugi memborong banyak. Pastinya tahan lama simpan dalam peti ais.
Deletesaya pulak tak makan petai yang dimasak, suka makan yang mantah
ReplyDeleteso memang ana ikan bakar tu memang saya tak berapa suka sebab sambal ikan bakar ada rasa petai hihihi
dekat kl kurang dari 5 papan petai dah 10 hengget, lepas tu mata petai jarang2 je
tapi kadang tu beli jugak sebab teringin nak makan
Ohh terbalik pulak ye kita. KL lagi harga kayangan tu. Nak tak nak terpaksa lah juga membeli kalau teringin makan, kan.
DeleteAny sambal with petai memang sedap. Sambal bilis with petai. Sambal tempoyak with petai. Fuh memang selera betul nak makan. Tapi kat sini susah benor nak nampak orang jual petai. Kena tunggu bila orang ramai jual boleh le makan makanan sodap ini
ReplyDeleteKena pergi pasar tani, mesti ada orang jual Nadia. Segala sambal letak petai memang sedap.
Deletesuka mkn petai jgk. hari tu msk sambal ayam petai. ada baki sambal petai, buat nasi goreng pula..
ReplyDeleteYe, ada singgah blog Syu haritu Syu masak nasi goreng petai. Sambal ayam petai tak kelihatan pulak. Hehehe
Deletesedap kalau buat sambal udang petai, bertambah nasi :)
ReplyDeletesambal udang petai tu sangat mabeles. Saya biasa masak nasi cukup cukup, tak boleh menambah. hehe...
Deletetergoda tengok menu , selera betul
ReplyDeleteSiapa makan petai, kalah kalau nampak sambal petai. hihi...
DeleteKalau isi elok, kira ok lah kan kak fiza dengan harganyaaa. Tapi sekarang memang mahal, harituu abang ipar belii 2 atau 3 papan petai, harga dekat RM5+. Membebel kakak saya bila dengar harganyaaaa -,-
ReplyDeleteisi elok okaylah. Tak ralat membeli.
DeleteMak aihhh mahal boleh tahan. 3 papan ke 3 tangkai tu sampai 50 henget lebih.