Resipi Sambal Tumis Belimbing Buluh

Ada stok belimbing buluh. Rajinlah masak masakan kampung yang sesuai untuk dicampurkan belimbing buluh. Kalau tak gunakan stok yang ada, tak sedap pulak nanti simpan lama.

Makanya, buat sambal tumis belimbing buluh lah. Nak buat masakan lemak ada stok ayam je. Ayam pun dah kurang selera nak makan. Buat sambal tumis belimbing buluh lebih sikit, boleh simpan buat stok sehari dua.

Kot tak ada selera nak makan, goreng telur dan makan dengan sambal tumis belimbing pun dah cukup berselera dah. 

Dulu-dulu dah biasa makan lauk macam ni. So tak de masalah kalau stok barang dapur hanya tinggal cili api, bawang dan ikan bilis je. Pun boleh jadi lauk. Takde hal!

baca juga : cara buat sambal belacan belimbing buluh

Resipi Sambal Tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh

Resipi sambal tumis belimbing buluh

Bahan bahan :
Segenggam Cili api
3 Bawang besar
Segenggam Ikan bilis
5 biji Belimbing buluh
1/2 sudu kecil garam
1 sudu gula
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
  1. Kisar cili api, 2 biji bawang besar dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang potong terlebih dahulu. Dah naik bau, layu sikit baru masukkan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan sampai garing. Sesekali kacau untuk taknak hangus.
  3. Bila hampir masak garing tu masukkan garam, gula, belimbing buluh. Kacau rata dan biarkan masak seketika.

Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Minyak tu lebih sikit untuk bahan-bahan lebih garing. Memang lah nampak minyak bergelinangan dalam pinggan tu. Tapi hujung hujung nanti tinggal minyak je pun dalam pinggan tu.

Sambal macam ni tahan lama dan bila ada minyak tu macam senang lah kita nak panaskan nanti. Gitulah kaedah dia.

Sesetengah orang suka buat sambal belimbing buluh mentah, sambal hitam, jeruk belimbing. So far saya hanya makan belimbing buluh bila buat sambal atau campur dalam masakan je. Jeruk belimbing atau di makan mentah memang tekak tak boleh terima.

Tengok orang makan buah belimbing macam tu je, kita pulak yang terasa masamnya. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa juga!


9 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. sedapnya..tak pernah masak sambal tumis belimbing..

    ReplyDelete
  2. uiiiii dapat judu dgn ikan goreng masin sedapnyaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Sedapppnyaaa.. haritu petik buah belimbing buluh belakang rumah.. tp mak suka makan gitu je..buat ulam.. huhu...

    ReplyDelete
  4. nak resepi sambal itam belimbing buluh pulak 😍😍😍

    ReplyDelete
  5. Pokok belimbing buluh ni banyak kat kampung. Sentiasa berbuah, tak termakan pulak. Mama pandai buat sambal belimbing, tapi itulah Eza tak belajar lagi resepi dia.

    ReplyDelete
  6. Takde pokok belimbing buluh. Kalau di kampung, pilihan selalu buat masak lemak belimbing dengan ikan.
    Menarik ini sambal tumis.
    Sama belum pernah makan mentah belimbing buluh. Kecuali belimbing yang besar.

    ReplyDelete
  7. memang musim buah ni kot..tempat shida pun byk org jual..ade parent bagi pun ade ^_^

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال