Header Ads

Bunga Raya Kelopak Kepok Kepok

Pernah tengok bunga raya kelopak kepok kepok? Tak tahu lah apa nama bunga raya ni dan jenisnya. Bila saya google namanya bunga raya rose atau Chinese rose hibiscus. Sebab rupa paras dia macam bunga ros dan macam bunga kemboja cina pun ada. 

Bunga raya yang kita biasa nampak ada 5 kelopak. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

Kenali Bunga Raya

Nak tahu tak? Bunga raya juga dikenali dengan nama bunga sepatu dan kembang sepatu. Bunga raya in english dipanggil hibiscus. Itu semua orang tahu dah kan. Nama saintifiknya Hibiscus rosasinensis. Pokok bunga raya sejenis pokok hiasan yang berbunga sepanjang tahun. 

Betullah tu. Balik kampung mesti nampak pokok bunga raya ni bebunga. Kadang banyak dan kadang satu je. Ada banyak jenis-jenis bunga raya yang mak tanam. Ada warna merah, putih dan merah jambu.

Jalan jalan sekitar rumah nampak semua pokok bunga raya mak ada bunganya. Berkenan dengan bunga raya kelopak kepok kepok ni. Saya ambil dari bahagian tepi.  Nama sebenar dia bukanlah kelopak kepok kepok. 

Bunga Raya Rose Merah

Saja saya namakan bunga raya kelopak kepok kepok sebab dia punya rupa paras tu macam peplum kepok kepok. Cantikkan bunga raya ni. Dulu kecik kecik petik kelopak dia, lepas tu tiup jadi gelembong. Pernah main tak macam tu? 

Ke saya sorang syok sendiri main bunga raya macam tu. Zaman kanak kanak ribena tanpa gajet macam tu lah. Bunga tu salah satu sasaran buat mainan. Tapi tak pernah lah kena marah dengan mak sebab petik bunga. Anak bongsu, kan? Haha..tapi kena sebat kena marah itu biasalah sebenarnya. Kena marah kena rotan baru jadi manusia.

Ciri-ciri bunga raya

  • Garis pusat bunga raya ialah 5-20cm.
  • Besar dan tiada bau
  • Bunga raya tumbuh setinggi 3-5meter
  • Daunnya berbeza dari segi saiz, bentuk dan warna. Kebanyakkannya warna hijau terang dan berkilat. Juga didapati dalam warna yang lain seperti merah, hijau dan putih. Jenis daun berwarna dikenali sebagai variegated.

Bunga raya putih ni saya terfokus kat stigma je pulak. Tak nampak details pada bunga. 

Bunga Raya Putih

Ini pulak bunga raya merah jambu. Dalam satu pokok bunga raya warna putih, tiba tiba dia sekuntum warna merah jambu. Tapi tak merah jambu penuh. Ada belang warna putih jugak. Unik bunganya. Itu yang ambil gambar dia jugak.

Bunga Raya Merah Jambu

Pokok bunga raya juga sejenis pokok hiasan yang mudah ditanam dengan keratan batang. Pokok bunga raya ni banyak nampak di kampung kampung dan ditanam terus dalam tanah. Jarang nampak orang tanam dalam pasu.

46 comments:

  1. Jarangnya nmpk bunga raya kaler lain dr merah... Dl klu kt kg mesti byk jumoa bunga raya tumbuh tepi2 pagar laman heheh.. Dl2 mcm x heran sgt plk bunga raya ni 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga selain merah tu memang jarang nampak. Kat kampung meriah pokok bunga raya. Memang kurang heran. hihi

      Delete
  2. mak akak pernah tanam dulu bunga raaya yang beropol-ropol gitu , cantik kan. Kalau nak ambil gambar bunga raya yang macam-macam kene ke rumah kak Ana Jingga dia pecinta bunga raya, banyak koleksi nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik ropol ropol gitu kak dana. Ohh kak Ana Jingga peminat bunga raya. Seronok kalau minat ni, mesti ada banyak koleksi.

      Delete
  3. cantiknya bunga raya putih..padan sekali dgn stigma kaler orange..

    ReplyDelete
  4. Mamandang tiga jenis bunga raya tu ada satu macam rasa dalam jiwa saya...Setiap bunga itu ada kenangan zaman kanak-kanak...Kalau bunga raya merah tu tak rasa apa sangat kecuali rasa patriotik la🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap bunga ada kisahnya ye. Simpan kemas kenangan tu :)
      Bunga merah memang lambang patriotik :)

      Delete
  5. Sangat mudah jumpa bunga raya kat kampung orang tanam kat halaman rumah. Bunga raya pun banyak kegunaannya. Tapi Naniey tak pernah guna apa apa petua yang guna bunga raya sebab kat rumah Naniey tak de bunga raya.

    Cantik bunga kepok kepok. Warnanya mengancam betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul naniey. Bunga raya ni kat kampung mudah jumpa. Saya pun tak pernah guna petua dari bunga raya. Warna dia memang cantik dan kepok kepok tu tambah cantik.

      Delete
  6. Dulu masa sekolah, rambut kawan cantik, beliau dia lumur daun bunga raya. Suka baju peplum dulula ala saloma hehe.. Cantik bunga raya warna putih tu, istimewa. Baru dapat tracking number. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gak dengar petua tu tapi pernah cuba lagi lah. Malas sebenarnya sebab dah biasa pakai serum rambut lagi mudah. hihi..
      Baju peplum saloma cantik kan. Tapi itulah terlalu kerengga betul pinggang orang dulu. Selesa lagi pakai loose.

      Bunga raya putih tu memang cantik. Okay kak dah dapat tracking numbernya. terima kasih banyak ii. Nanti dah sampai saya inform ye.

      Delete
  7. Haah cantik ropolnya. Selalu perhati kurang ropol kelopaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. Agak jarang gak nampak yang jenis ropol ropol ni sebenarnya

      Delete
  8. bunga raya daunnya elok utk rambut
    yg putih lg byk khasiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dengar gak tu kak. Tapi tak mencuba pulak. Setiap bunga khasiat dia berbeza ye sebenarnya?

      Delete
  9. CCL namakan bunga raya ropol2 . Design bunga raya ni memang sangat cantik . Besar pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai gak panggil bunga raya ropol ropol ni. Cantik jenis bunga besar dari bunga biasa.

      Delete
  10. cantiknyaa ciptaan DIA.. yg merah tu menawan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciptaan Allah semua indah :)
      merah dah pasti menawan. Warnanya lebih menyerlah

      Delete
  11. saya first time tahu bunga raya ada warna lain juga. Warna merah jambu tu cantik sangat lah . Kita sukaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada banyak lagi warna. Warna peach pun ada tapi tak berbunga pulak kali ni. Merah jambu tu memang cantik. Fav colour.

      Delete
  12. Cantikkk! Dulu pernah jugakkk petik bunga tapi tak tiup macam kak fiza hehehe. Petik sebab suka pegang, rasa lembut jeeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..saya sorang je kot main gitu. hahaha..seganlah pulak.
      Suka gak tektur bunga raya yang lembut macam baldu sikit.

      Delete
  13. bunga raya ni paling cantik bagi saya tetap yang warna merah. lagi-lagi yang kepuk-kepuk ala peplum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merah mak ngah tu memang paling menyerlah dan cantik kan

      Delete
  14. saya pon ade sepasu pokok bunga raya, dr beli smpi la macam tak besar2 jer, ade lah 3-4 kali berbunga, itu pon sekuntum jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam pasu memang lambat sikit besar. Pertumbuhan terhad. lagi lagi kalau pasu kecik.
      Kena letak baja :)

      Delete
    2. duduk atas angin, tu yg tanam dalam pasu jer, baja tu ade la letak juga, tapi tak kerap

      Delete
    3. Ohh..patutlah..ampun! samalah rumah saya pun..tanah semua dah tutup dengan tiles. Tanam dalam pasu je lah kaedah dia segala tanaman.

      Rare ni suka tanam pokok bunga raya. Biasa nampak kat kampung je orang tanam. Harap berbunga lebat lah nanti kalau ada letak baja.

      Delete
    4. ade sepasu je kak, bukan banyak pon. beli kat cameron highland tahun lepas. alhamdulillah, hidup smpi la..

      Delete
    5. Sampai camereon highland beli tu. Tapi okaylah beli bunga raya pun. Lasak sikit. kalau beli bunga lain kat CH tu jarang sekali boleh bertahan lama sebab dah biasa hidup tempat sejuk.

      Delete
  15. Kat kampung ada lagi pokok bunga raya ni baik kat rumah mak kak PC dan rumah mertua juga.

    ReplyDelete
  16. Rumah nenek saya ada pokok bunga raya kelopak kepok tuuuu... Kaler merahhhh tuuu . Hehe.. Suka bergambar.. sayang nak petik petik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan warna merah kepok kepok ni. Memang sayang nak petik.

      Delete
  17. Kalau dulu, daun je kitaorang cabut buat jadi duit mainan.. Hahahaha.. Lepastu kena marah, ada org pesan pokok tu tengah berzikir... terus terbayang suara dedaunan tuuu.. Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun tu buat mainan takpe sebab daun dia sentiasa rimbun je kan. Hahaha. kena marah tu biasa. Hah seriouslah ada pesanan macam tu. First time dengar. Sampai terbayang suara dari daun pulak tu. Hahaha..

      Delete
  18. Ada Fizah. Kak Amie pernah main tiup-tiup kelopak bunga raya. Lepas tu main calit-calit debunga bunga raya kat muka kawan-kawan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious Kak Amie? saya ingatkan saya sorang je main bunga raya macam tu. Hihi..A'ah kan calit debunga melekat tu pun ada jugak. Haha..ingat ingat lupa

      Delete
  19. Baru tahu nama lain bunga raya bunga sepatu #til. Tapi kenapa sepatu?
    Kepok-kepok pun boleh hehehe. Bunga raya ni ada pelbagai jenis dan warna serta bentu. Sebab tu kot bunga raya ni bunga kebangsaan malaysia kan? Sebab kita pun berbilang kaum dan bangsa

    Yang tiup2 tu tak pernah guna bunga raya, Saya guna bunga loceng yang kuning tu hehe. Tu lah 80an dan 90s mana main gadjet. Even kita membesar dalam tahun 20s pun masih main kejar2. Dulu suka petik bunga2 tok buat mandi bunga hahah kemahinn kecik2 padai mandi bunga kikiki padahal mandi suka2 saja dengan sepupu-sepupu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa sepatu tu tak pasti lah pulak. Mungkin kelopak dia macam tapak kasut kot. Kepok kepok nampak wow sikit kan. Tak pasti lah pulak ada kaitan dengan perkauman dan bangsa.

      Bunga loceng tu bukan bergetah ke Ain? Wahh buat mandi bunga teruss..tu maju sangat main mandi bunga. hahahah

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.