Ke Kuala Pilah Sebentar Cuma

Cerita semalam, encik suami dapat panggilan. Katanya dari Pos Laju nak hantar barang tapi tak tahu lokasi rumah. Rumah kat kampung. Pelik pulak tiba-tiba ada bungkusan. Alamat kampung pulak tu. Kalau beli barang, tak mungkin guna alamat kampung. 

Lepas dah sahkan terima barang, kami pun siaplah balik kampung kejap. Risaulah kalau bungkusan atau document penting ke, kan. Kalau hilang satu hal lah pulak. 

Mujurlah suami macam dah kebah dari demam sikit, saya pun ikut sekali lah. Risau pulak sorang-sorang. Cuaca elok betul semalam. Panas boleh tahan. Kenderaan pun agak banyak sebab semalam hari Jumaat kan. Orang sibuk balik kampung agaknya walaupun masih awal lagi, belum habis waktu kerja.

Jalan Bukit Putus Kuala Pilah

Lama tak tengok awan putih dan langit biru yang cerah. Semacam rembang. Rembang maksud nya titik di sfera samawi yang berada tegak di atas kepala seseorang pemerhati. Sedangkan masa melalui jalan Bukit Putus-Kuala Pilah ni lebih kurang pukul 3 lebih tapi terang macam tengahari.

Lalu depan Ulu Bendul. Perghhh..Full house! Sakan masing-masing ambil peluang bermandi manda di Ulu Bendul. Last mandi di Ulu Bendul tahun 2015. Ada polis juga, memantau keadaan.

Sampai kampung, check dalam peti pos ada bungkusan pos laju tu. Bungkusan newsletter rupanya. Masuk rumah kejap je. Lepas tu petik daun kari sikit buat stok dan balik sebab nak singgah membeli barang sekali.

Singgah menyinggah beli itu ini, balik balik cuaca dah nak gelap. Baru pukul 6 macam tu tapi cuaca dah gelap semacam.

Jalan Bukit Putus Kuala Pilah

Cantik aram temaram. Aram-temaram adalah suasana hampir gelap, suram atau kabur. Aram temaram in english Twilight. Sebut twilight teringat sekual Twilight. Siapa layan? Semua minat kat Edward eh? Saya geng Jacob Black. Blogger Sal, dah marathon Twilight ke belum? 

Tak sempat nak menikmati layung, evening glow. Tak dapat ke pantai, kita nikmati permandangan yang sedia ada depan mata.


46 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Lamanya tak drive jauh2 hehe rindu plk kita :p

    ReplyDelete
  2. Fuh, masyaa Allah subhaanallah maha suci Allah .. lawa pemandangan.

    Aien tiap tahun mesti ulang twilight. Semesti geng edward. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permandangan yang indah. Wahh betul betul layan Twilight ni. Hihi..tahu dah, ramai team Edward. Saya je team jacob :)

      Delete
  3. Tahniah N9 dah nak masuk fasa 4
    JDT fasa 1 pun tak lepas lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh dah masuk fasa 4 ye wak? Lupa lak nak tengok update. Itulah tu, lambat JDT nak masauk fasa 1. Kes pun tak surut surut. Risau betul.

      Delete
  4. cantiknya lahai awan.. langit cerah suka tgok..

    ReplyDelete
  5. Suasana alam aram temaran biasanya mengusik rasa. Waktu beginilah kalau keseorangan, segala kenangan lalu menjelma dalam ingatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Kak Amie. Seronok menikmati permandangan. Buat kita rasa nak throwback segala memori, kan.

      Delete
  6. seronok dapat jalan2 mcm ni, walaupon sekejap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat jugak menikmati permandangan dan udara luar.

      Delete
  7. rindunyaaa nk pi Kuala Pilah
    2 thn dah tak blh rentas sana huhuuu
    ni kalau lepas mau tido 2 malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas habis PKP nanti bolehlah singgah jalan jalan ke Kuala Pilah. Cari homestay kampung kampung syok juga.

      Delete
  8. Saya filem Twillight layan gitu-gitu je, tu pun pasal adik suka. Hehe. Tak jam pulak jalan di Ulu Bendul tu? Saya kalau ke rumah pakcik di Gemas, mengadap jem kalau musim cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh layan gitu gitu je. Join sekaki je lah ni tengok dengan adik eh.
      Tak jem tapi kenderaan banyak juga. Ulu Bendul kalau tak PKP weekend memang terkenal dengan jem. itu biasa.

      Delete
  9. Seronoknya kampung kat Kuala Pilah...Pernah ke sana lama dulu..Seronok sangat tengok suasana kampung kat sana dengan kerbau masih banyak masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.rezeki kahwin dengan orang Pilah. Yep, merasalah jugak suasana kampung. Kerbau banyak kat kampung dalam-dalam je kak. Kampung dekat dekat jalan besar ni memang sekor kerbau pun tak nampak. Lembu pun jarang nampak. Kambing tu adalah jugak.

      Delete
  10. Tak pernah tergerak hati nak tgk sequal twilight. Tak bernafsu gitu

    Br 1st time Ammi dgr aram temaram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..faham faham. Bukan minat maknanya ni.
      Iye, menarik kan bunyinya aram temaram tu.

      Delete
  11. Betul petang pukul 6 lebih dah gelap.
    Alhamdulillah suka cuaca di Malaysia walaupun panas berdentang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca agak tak menentu lately. Alhamdulillah. cuaca okay di Malaysia.

      Delete
  12. Terima kasih sudi kongsi pemandangan indah nian ni dengan akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Kak Farrah. Nanti saya share lagi kalau ada permandangan yang menarik :)

      Delete
  13. Replies
    1. hehehe..waktu dah kena ready masuk rumah sebelum maghrib.

      Delete
  14. Rindunya nak balik Pilah...lama x balik sebab x complete lagi vaksin...duk je rumah..kalau balik pun hanya mak abah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rindu nak balik Pilah. Pasni completed je boleh berdesup balik Pilah kak. Sekarang pun kurang jem sikit even banyak kenderaan.

      Delete
  15. semoga en suami dan fiza sentiasa dlm keadaan sihat ye

    ReplyDelete
  16. sakan fiza..dan suami..kehulu ke hilir hehehee..seronok juga mcm ni..hlg bosan duk rumah seketika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hal je ni Shida. Kalau tak, tak keluar jugak. Dapatlah mandang mandang permandangan luar sikit.

      Delete
  17. Rindu jalan Bukit Putus - Kuala Pilah tu... last lalu bila ambil anak bujang di Poli Muadzam.

    ReplyDelete
  18. keluar sekejap nikmati pemandangan pun slaah satu terapi jiwa

    ReplyDelete
  19. Cantiknya awan tu, dekat rumah ni dah hampir seminggu mendung hujan jaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik. Lama tak keluar rumah, tengok awan dan langit cantik rasa best betul. Tu yang ambil gambar.

      Delete
  20. Cantiknyaaaa view! Nak nak part awan tuuu! Nampak satu satu bentukkkk awan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik awan altocumulus ni kan. Cuaca cerah lagi nampak cantik.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال