Telefilem Kembalikan Sinarnya

Kembalikan sinarnya, sebuah telefilem ulang siar bersiaran pada hari Sabtu ini 2 Oktober 2021 jam 9:00 malam di slot Cerekarama TV3. Telefilem pelakon kembalikan sinarnya dibintangi  Aedy Ashraff, Nurul Hanynaa, Hafidz Roshdi, Dian P Ramle, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Telefilem Kembalikan Sinarnya Cerekarama TV3

TELEFILEM KEMBALIKAN SINARNYA

Ulang Siar : 2 Oktober 2021 (Sabtu),  jam 10:00 malam
Siaran Pertama : 21 Julai 2018 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Khalid Nadzri
Terbitan : Wiranusa Corporation Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Aedy Ashraff sebagai Azali
  • Nurul Hanynaa sebagai Uzma
  • Hafidz Roshdi sebagai Zahir
  • Dian P.Ramlee sebagai Azimah
  • Eyka Farhana sebagai Julia

SINOPSIS KEMBALIKAN SINARNYA

Azali (Aedy Ashraff) seorang pemuda yang suka berfoya foya. Azali tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit dari bapanya. Bapanya pula sering ke luar negara untuk bekerja. Disebabkan itu, Azali dimanjakan dengan wang bukan kasih sayang. 

Hubungan ibu dan bapa Azali pun semakin renggang. Dahulunya Azali adalah anak didik dan cucu angkat arwah atuk Uzma (Nurul Hanynaa) yang penuh dengan didikan agama. Segalanya berubah bila Azali berpindah ke Kuala Lumpur. 

Satu Hari Azali kemalangan dan selepas Azali keluar hospital ibu Azali, Azimah (Dian P.Ramlee) ambil keputusan untuk balik ke kampung dengan harapan dapat memulihkan hubungannya dengan Azali dan berharap Azali akan berubah.

26 comments:

  1. Dian P.Ramlee dan Amy Mastura..sentiasa laku,cantik dan pandai membawa diri tanpa dilanda kontroversi..

    ReplyDelete
  2. patut macam pernah nampak tajuk nya nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulang siar kak Dana, sebab tu pernah nampak tajuknya :)

      Delete
  3. walaupun siaran ulangan tetap tak pernah tengok. harap2 takde orang conquer tv tgk bola malam sabtu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..faham faham..dulu jarang nak melekat kat TV. Pandemik ni lah baru ada masa nak tengok pun. Bola dah boleh tengok online kat Youtube sekarang. Bolehlah conquer TV :)

      Delete
  4. Dah faham tajuk 'Kembali Sinarnya' Sinar ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Telefilem lama ni tahun 2018. Mungkin jarang tengok tv sebelum covid. Time covid ni jelah ada masa tengok, kan.

      Delete
  6. Walaupun drama ulangan rasanya ccl baru sempat tonton beberapa episod aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telefilem ni sekali habis je Lyana. Tak ada episod²

      Delete
  7. Replies
    1. Selamat menonton esok. Kalau ada online boleh tengok online anytime :)

      Delete
  8. lama mama x layan citer melayu.. huhu

    ReplyDelete
  9. Lama tak tonton lakona Dian P. Ramlee. Waktu siaran tv hitam putih, pernah tonton drama minggu ini lakonannya, berjudul Terbang Bangau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama jugak dia tak berlakon kan Kak Amie.Ohh dia berlakon lama dah ye dari zaman tv hitam putih. Sampai sekarang masih ada jobnya.

      Delete
  10. sempat laa tgk aritu tp 20 minit je hehehe

    ReplyDelete
  11. Cahaya di hujung terowong, tak tertengok lagi hehe.. Pakabar Fiza? Salam Isnin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok online kalau ada di YT.
      Alhamdulillah..sihat kak.
      Selamat Hari Isnin :)

      Delete
  12. Replies
    1. Pertengahan cerita best tengok. Awal tu sedih sikit. Hujung hujung happy ending :)

      Delete
  13. Setuju dengan kak NA, kembalikan sinar. Rasanya azali kembali kepada diri dia yang duluuuu kannnn hihihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.