Bertahun Lamanya Tak Makan Buah Rambai

Kali terakhir makan buah rambai zaman sekolah rendah ke sekolah menengah entah. Lama dah, kan? Dulu zaman kanak-kanak macam selalu jugak makan buah rambai ni bila tiba musim buah rambai.

Zaman dah berubah, makin lama makin susah pulak nak jumpa buah buahan kampung. Dah termasuk dalam golongan buah-buahan rare lah untuk penghuni bandar. Mungkin di kampung masih mudah nak jumpa lagi buah rambai ni.

Semalam on the way balik rumah dari Kuala Pilah, singgah kedai tepi jalan nak beli petai kononnya. Nak buat sambal tempoyak daun kayu lagi. Dah nampak macam-macam tak mungkinlah beli petai je. Beli buah rambai dan beli cempedak jugak.

Seikat petai RM10, seikat buah rambai RM5, cempedak 2 biji 2.6kg. Sekilo RM7. Total RM33. Diskaun 20sen.

Buah Rambai

Buah rambai

Buah rambai tumbuh segugus. Kulit buah rambai berwarna kuning, atau perang yang berkedut apabila matang dan memiliki dua ulas isi putih antara tiga hingga lima biji benih. Rasa buah rambai bercampur masam manis. 

Jangan ditanya buah rambai jenis apa. Bila saya cari dalam internet ada buah rambai hutan, ada buah rambai merah. Yang saya tahu buah rambai jenis yang ini je lah. 

Selama ni saya cuma tahu buah rambai sedap dimakan begitu sahaja. Baru baru ni, baru saya tahu buah rambai masak lemak, kulit buah rambai pun boleh buat lauk. Selama ni makan terus buang je kulitnya.

Nak tahu resipinya. boleh rujuk kulit buah rambai masak lemak cili api dapur Abam Kie atau kulit buah rambai campur dalam ikan masak lemak cili api dari dapur kak SA.

Selain itu, jeruk buah rambai pun ada. Tak pernah lagi makan jeruk buah rambai mahupun masak lemak cili api. Makan macam tu je pun dah masam boleh tahan. 

Suka jugak makan buah rambai tapi menyampah bila isi ciput je, biji je yang lebih. Membazir betul. Cara makan buah rambai kenalah buang bijinya kan? Ke telan terus je?

Buah Rambai

Sedih tengok buah rambai ni. Dah lama kot. Nak kupas kulitnya pun susah. Dia punya rasa macam jangan cerita. Terkenyit kenyit mata menahan rasa masam. Haha...

Buah Rambai

Kira bolehlah kan RM5 seikat untuk merasa. Geram betul tengok ada segala buah. Buah tampoi tu saya tak beli sebab dah beli buah rambai. Encik suami tak makan, saya kena makan sorang matilanakkk...Bila zaman nak habiskan. Lain kali okay!

Kedai Buah Tepi Jalan Kuala PIlah-Seremban

Ambil gambar dalam kereta je mampu. Malas nak turun, nanti lagi banyak dibeli. Itu nak ini nak. Haha...

56 comments:

  1. Replies
    1. Mungkin sebab susah nak jumpa kot. Kalau jumpa bolehlah Rabia cuba nanti.

      Delete
  2. sedapnya buah rambai.. mmg lama betol xmkn..
    kat kg sy ni pon dh xjmpa buah rambai.. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kalilah dapat makan. Masam masam pun sedap kan. Tapi tak tahan tu bila asyik nak ke toilet je.

      Delete
  3. Nampak macam dah lama buah rambai tu
    Kulitnya pun dah kecut
    Tapi isinya masih elok
    Buah rambai kat dusun wak pun tak terkutip , dah banyak yang berguguran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah lama wak. Kulitnya dah kecut. Isi dia masih elok lagi. Agaknya berpanas tergantung kot atau memang dah lama.
      Sayangnya wak. Tak jual atau bahagi bahagi ke wak?

      Delete
  4. Puluh tahun rasanya tak makan buah rambai ni. Dulu rumah atok banyak pokok rambai. Buahnya lebat tak ernah putus. Manis sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya putus tak pernah putus. Tak perlu tunggu musim.

      Delete
  5. Waktu sekolah rendah selalu beli jeruk rambai di kedai depan sekolah. Dijeruk sebij-sebiji . Kulitnya sedap! Kulit rambai masak lemak cili api memang biasa makan tapi dulu-dululah waktu di Malaya. Sekarang susah nak jumpa buah rambai. Dulu-dulu banyak rambai tapi tak banyak langsat atau duku. Sekarang langsat dan duku banyak, jadi rambai tenggelam disebabkan rasanya yang masam. Pernah juga makan rambai yang manis, tapi jarang jumpa. Terakhir makan rambai pada tahun 2018 kalau tak silap. Beli di Paya Jaras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dulu dulu ada orang jual ye kak Amie. Tak pernah cuba dan jumpa jeruk buah rambai. Agaknya jarang orang makan buah ramai kot. Memang jarang jumpa yang manis. Biasa masam je ada. Nanti ada rezeki balik Malaya boleh cari buah rambai pulak kak Amie.

      Delete
  6. tak ingat dah bile last makan rambai... tapi tak minat sangat rambai ni sebab selalunya masam.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang masam pun. Mula mula manis lepas tu masam gila.

      Delete
  7. uik lamanya he hee
    akak telan biji juga kalau buah yg manis tu, penat asyik kkemam buamgg
    tapikan tak semua telan sb takut sembelit pula
    sb ingat zaman2 dulu telan byk2 terus sembelit hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat dah. hihi..buah susah nak dapat, kan. Lagipun tak mencari sangat pun. Tiba tiba pulak teringin makan.
      Saya risau nak telan biji tu. Hahaha..memang buang bijinya.

      Delete
  8. aah sama la bertahun jugak tak makan. khamis baru ni dapat makan nikmat tak terkata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, lama betul tak makan. Alhamdulillah ada rezeki gak dapat buah rambai juga.

      Delete
  9. Mula makan buah rambai, bila teringat cerita dongeng sesama sendiri, bijinya boleh tumbuh dalam perut, tak berani pula hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..pernah dengar jugak tu. Itu yang macam takut kalau tertelan biji.

      Delete
  10. Rasa macam lama gak lah tak makan. Saya pernah cuba makan kulitnya dibuat gulai, jeruk rasa macam pernah tapi tak pasti. Ok lah harga tu. Buat merasa je. Buah rambai jarang orang makan beria macam durian or manggis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah rare yang susah nak jumpa. Jadi jarang rasa nak makan. Yep, okaylah harga dia dengan kuantiti tu. Plus, saya makan sorang je. Jenuh nak menghabiskan. Betul, buah rambai orang tak pandang sangat pun sebab masam kot.

      Delete
  11. Saya makan rambai telan biji cepat kenyang...tapi pastu kalau sembelit jangan merungut la🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh.hebat kak. Hahah itulah pasalnya. Salah sendiri telan biji, kan. Hehehe

      Delete
  12. Sebelum ni ada sebatang pokok rambai di belakang rumah datuk.. tapi dah takde lagi sebab telah ditebang.. Merasa jugalah buahnya dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya ditebang. Lepas ni nak makan kenalah membeli.

      Delete
  13. Dah lama tak makan jugak.Last makan masa sekolah rendah.Dulu dekat rumah tok ada sepokok tapi dah kena tebang sebab dah mati.Pokok jambu susu pun sama. Sekarang tinggal pokok cempedak jer.Hu3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaii sayang bila ditebang. Tapi tak ada hasil lagi dah mati memang itulah nasib dia kan. Ada pokok cempedak kena jaga elok elok tu. Semoga ada hasilnya nanti. Aaminn...

      Delete
  14. Sama la. Naniey dah lama tak makan rambai ni.. Macam susah nak jumpa juga buah ni sekarang.. Kalau kawasan kampung or pekan kecil rasanya boleh jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah rare susah nak jumpa, kan. Kampung kampung banyaklah orang jual kalau tengah musim.

      Delete
  15. Rambai kurang popular. Akak pun makan sedikit. Hehe baru tahu boleh buat jeruk. Takpelah makan terus senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sejenis buah bukan kegemaran ramai. Yep, boleh buat jeruk. Saya pun makan terus je.

      Delete
  16. Akak rasa dah berpuluh-puluh tahun juga tak makan rambai. Susah nak jumpa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak. Sebab susah nak jumpa, itu yang lama tak makan

      Delete
  17. Akak mkn rambai tak pernah telan bijinya..anak2 pulak langsung tak pandang buah2 mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak berani nak telan bijinya. Budak budak sekarang jarang nak makan buah buahan tempatan ni. Hehe

      Delete
  18. Aakak x berapa suka buah rambai...sebabnya masam lepas tu x reti nak makan telan sekali bijinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang masam. Bijinya saya tak berani nak telan. Mungkin sebab tu lah ramai tak suka makan buah rambai kot kan.

      Delete
  19. sama la fiza.. mama pun lama sgt tak makan rambai. dulu masa kecil2 geli nak makan sebab dia kan berlendir bila kulit luar pecah. tapi sedap oo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..bila rasa baru tahu sedap kan even masam masam sikit.

      Delete
  20. rumah arwah nenek di jelebu memang ada pokok rambai, rasanya dalam 3-4 pokok jugak dan ada yang masih hidup sampai sekarang.

    saya tak suka sangat makan buah rampai sebab masam, tak tahan benda2 masam lepas tu tak berani nak telan biji tu sekali. nanti susah nak 'membuang' hihihi

    tapi family suka masak kulit rambai masak lemak cili padi. menu ini memang saya tak tolak, sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugak tu pokok buah rambai. Buah rambai memang masam sikit. kalau suka tu, sukalah. Saya beli sebab teringin makan je. Biji memang tak berani nak telan lah.
      Kulit rambai masak lemak cili api saya belum pernah makan lagi. Baru tahu kulit buah rambai buat lauk.

      Delete
  21. sama lah fiza..smpai shida sendiri tak ingat pernah mkn ke x buah ni sebenarnya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..faham Shida. buah ni dulu dulu je macam mudah nak jumpa, kan. Sekarang ni kat kampung kampung je meriah buahnya. Mungkin sebab buah ni tak ramai yang suka.

      Delete
  22. Makan rambai zaman kecik2 je dulu kat kebun arwah nenek.. rasa manis. Dulu makan telan biji je.. sekarang kalau makan pun tak banyak mungkin sebab dari kecik dah biasa makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kalau rasa manis tu. yang biasa saya makan rasa masam masam je. Maksudnya bolehlah telan biji ye. Benda dah biasa makan memang kurang rasa nak makan tu sebab dah puas makan :)

      Delete
  23. lepas baca entri ni ccl baru tahu kulit buah rambai boleh dibuat masakan

    ReplyDelete
  24. Nadia rasa, Nadia ni memang ketara bandar ni. First time tahu buah rambai wujud. Selalu set set gini kalau nampak dari jauh nadia akan cakap buat langsat ja kot.

    ReplyDelete
  25. Saya kurang tahu buah rambai nih .. tadi kalo lihat fotonya saya sempat pikir ini buah Langsat atau duku kah? Bentuknya mirip. Tapi pas lihat yang digantung, seperti beda... Jadi tak yakin apakah buah rambai ini beda kah sama dengan duku/Langsat di Indonesia :D ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dari keluarga yang sama. Lebih mirip kepada langsat. Rasa dia lebih masam sedikit. Saya tak pasti samada sama atau ada nama lain di Indonesia. Ada peluang datang ke Malaysia lagi boleh cuba cari buah rambai ni :)

      Delete
  26. spesis rambai ni memang confius dengan langsat duku. kadang tahu makan je tak tau buah apa sebenarnya..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambai biasanya akan dijual dengan tangkai panjang. Kalau langsat duku mostly jarang dijual dengan tangkai dan tangkai dia macam segugus anggur macam tu.

      Delete
  27. Wahhh, lamanya tak makan, tak ingat bila alst tr makan buah ni..huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah legend dan buah rare ni susah nak jumpa. Itu yang macam lama tak makan, kan.

      Delete
  28. Jujur saya cakap, saya selalu keliru kalau buah rambai, duku dengan mata kucing. Memang tahu makan aje >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata kucing tu beza banyak. Duku dan rambai mudah je nak kenal. Satu kulit keras satu kulit lembut sikit :) Rambai ni comel comel saiznya. Duku besar sekali dua ganda macam tu

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.