Telefilem Genesis Cerekarama TV3

Telefilem Genesis, sebuah telefilem lakonan Aeril Zafrel, Tash Yong, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Azizah Mahzan dan ramai lagi akan ditayang semula pada Sabtu ini, 11 September 2021 jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3.

Tayangan pertama genesis cerekarama TV3 pada 1 Disember 2018 arahan Ahmad Mustadha terbitan Kuasatek Pictures Sdn Bhd. 

Telefilem Genesis Cerekarama TV3

TELEFILEM GENESIS

Waktu siaran : 11 September 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah: Ahmad Mustadha
Produksi : Kuasatek Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS TELEFILEM GENESIS

30 tahun lalu, Datuk Bakhtiar pernah bercinta dengan Zakiah. Akan tetapi apabila Zakiah didapati mengandung dan dia enggan menggugurkannya, Datuk Bakhtiar telah meninggalkannya dan terus menghilangkan diri.

Selepas 30 tahun berlalu, Datuk Bakhtiar yang kini seorang tokoh korporat yang berjaya membiarkan syarikatnya di uruskan oleh Amirul sebagai COO yang amat dipercayai kerana masing-masing banyak persamaan dari segi karektor dan disiplin kerja. 

Segala keputusan yang buat oleh Amirul sentiasa di persetujui Datuk Bakhtiar. Datuk Bakhtiar seorang duda yang sudah lama kematian isteri dan tidak mempunyai anak.

Cerita bermula ketika Datuk Bakhtiar dan Zakiah yang juga sudah lama kematian suami bertemu di sebuah resort Port Dickson. Dari pertemuan itu, bermulalah semula kisah lama antara mereka. 

Datuk Bakhtiar mendesak Zakiah untuk mengetahui anaknya yang di lahirkan dulu, samada lelaki atau perempuan.

PELAKON TELEFILEM GENESIS

  • Aeril Zafrel
  • Dato Jalaluddin Hassan
  • Aida Khalida
  • Azizah Mahzan
  • Miera Leyana
  • Tash Yong
  • Ayuna Yusof
  • Ahmad Idham

26 comments:

  1. Mesti Amirul tu anaknya kan. Hehe.. Ok malam esok depan tv3 jam 10mlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ni dulu tak pernah tengok tapi mungkin juga tu. Cliche kan macam dah boleh agak.

      Delete
  2. Jalan cerita macan orang barat ni.. Mungkin ada hal tidak dapat dielakkan.. Kalau luka berdarah kembali kut..

    ReplyDelete
  3. heroin tu prnah tngok sebelum ni, tp x tau nama.. hehe

    ReplyDelete
  4. Cerekarama ni selalunya sejam dua je kan? kira episod tu sampai habis.
    Sebab saya ni ada masalah sikit bila tengok siri drama melayu, bertahan pada episod satu dan dua saja. tak tahan dengan iklannya! atau babak mengenang nasib. lama betul.
    Jika habis sejam or dua, ok boleh tengok malam ni- jika teringat! aduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat TV 2 jam lah campur iklan. Ye, sekali habis je kalau telefilem ni.
      Selamat menonton :)

      Delete
  5. Jarang tgk drama melayu skrg
    Tgk cerita hantu dgn drama pembunuhan skrg

    ReplyDelete
  6. Tajuk canggih. Genesis means origin, so maybe betul la watak Amirul tu anak Datuk Bakhtiar. Jeng jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk nak moden macam tu lah. hihi..macam dapat agak dah kan. jeng jeng jeng...

      Delete
  7. Macam boleh agak je si Amirul tu anak dia kann sebab banyak persamaan dari segi karektor dan disiplin kerja hehehe, tapi apa apa pun kena tengok sendiri betul ke idokkkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Dah boleh agak dah kan.
      Jomlah tengok apa yang jadi :)

      Delete
  8. Rasa mcm pernah tengok cerita ni. Tapi tak ingat dah. Cerita zaman2 dok depan tv malam sabtu ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok lah tu kot. Cerita lama ulangan je ni. Hihi..dulu pun rajin tengok cerekarama. sekarang ni kalau best tengok jugaklah.

      Delete
  9. Rasa dah pernah tengok dulu. Sekarang cerita pun kena ulang siar je kan... cerita baharu tak ada sangat sebab lama produksi tak dibenarkan shooting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita lama. Itulah tu, ulang ulang cerita lama kat TV sekarang since takleh nak shooting tak ade cerita baru.

      Delete
  10. Cerita lama ya. Tash Yong itupun sudah bertudung.

    ReplyDelete
  11. Nampak ceeita lama ni.. tak pernah tgk lg fiza.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.