Header Ads

Sambungan Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard

Kenapa drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard tidak ditayangkan? Tiba-tiba senyap je sampai episod 10. Rupanya penggambaran  dihentikan seketika disebabkan PKP. Jadinya Kekasih Hati Mr. Bodyguard episod akhir pun belum sampai lagilah cerita dia.

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard akan bermula ditayangkan mulai episod 1 semula dan diteruskan sampai episod akhir. Bukan sambungan daripada episod yang terhenti sampai episod 10.

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard mula ditayangkan mulai 10 September 2021, rabu hingga sabtu jam 9:00 malam di slot lestary TV3.
 Sambungan Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard

Drama : Kekasih Hati Mr. Bodyguard
Jumlah episod : 20
Tarikh tayangan : 10 September 2021
Waktu siaran : Rabu–Sabtu, jam 9.00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis Novel : Ateen Khali
Penulis skrip : Nieza Nahar, Hayati Ahmad
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Creative Skill Solution


SINOPSIS KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Aralyn diminta oleh ayahnya untuk menjejaki Hadif, bekas pengawal peribadi bagi merungkai satu misi. Aralyn diragut dan ketika itulah dia bertemu Hadif tapi penampilan Hadif jauh daripada jangkaannya.


PELAKON KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Redza Rosli sebagai Hadif Akashah
Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn
Ungku Hariz sebagai Naim
Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan
Lisdawati sebagai Puan Latifah
Shasha Abedul sebagai Najwa
Ikhwan Khairudin sebagai Idlan
Putera Karl sebagai Umar
Ezzanie Jasny sebagai Lola
Munir sebagai Nizam
Ian Haziq
Zuhairi Ibrahim
Zarina Zainuddin, 
Lana Nordin
Sara Jasmin
Aishah Atan


30 comments:

  1. Laaa patut laaa.. X pasan citer ni stop separuh jalan.. Haha igt dh abs dah.. N igt dia ulang tayang blk drma ni. Rupanya mmgbbtul2 blm abs ye haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Separuh jalan je takde ending. Ni baru sambung semula.

      Delete
  2. sebelum ni pun tak sempat nak tengok, tak minat sangat heroin dia..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Hehehe..sendu sikit drama ni kan. Macam kurang trending

      Delete
  4. Dah boleh shooting, memang sambung la balik drama ni huhuhu, haritu tergendala kejapppp.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Faham wak. Citer zaman sekarang lebih kepada generasi sekarang :)

      Delete
  6. Sesiapa yang ikuti drama ini mesti gembira sudah disambung balik.

    ReplyDelete
  7. Tak ingat dah drama ni sebab tengok kejap kejap je. Ingatkan ulang tayang semula.. Rupanya belum habis lagi..
    Tadi tengok sekejap start episod pertama..

    ReplyDelete
  8. kesian dia haritu kena kecam sbb kekok dlm lakonan.. biasa la tu pelakon baru kan.. perlukan masa untuk belajar..

    tp apapun busyra suka redza rosli.. hahaha tiber

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu, baru berlakon mestilah kekok sikit kan.
      Suka jugak redza berlakon. tapi tengok cerita jugak

      Delete
  9. Tak tengok drama ni. Hero dia saya tak kenan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kalau tak kenan mesti kebarangkalian nak tengok tu tipis, kan? :)

      Delete
  10. Oh ingtakan dah habis sebab dah tak nmpk dkt tv. Rupanya masih dalam pengambaran ya. Tabah lah Syarifah rose. Drama pertama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak habis lagi ceritanya. Ini pun dia ulang semula bukan sambung. Huhu..
      itulah tu, baru terjebak dalam lakonan. Biasalah kan...

      Delete
  11. Bersambung semula. Ini cerita yang Sharifah Rose kena kecam kayu kaku tu kan?

    ReplyDelete
  12. semalam ada juga tonton drama ni , tapi masih lagi ulangan , ingatkan ada sambungan dari episod hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, ingatkan sambungan. Rupanya ulang semula episod 1. Huhu

      Delete
  13. Tulah tergendala cerita drama ni.. boleh tahan model sharifah rose tu berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab PKP lah terpaksa stop. Sekarang dah okay sikit kot lakonan dia.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.