Drama Kita Regu Astro Arena

Buat pertama kalinya Astro Arena menyiarkan drama melayu siri berkisarkan tentang dunia suka selari dengan saluran. Drama kita regu Astro Arena episod 1 mula disiarkan pada 15 September, setiap hari Rabu jam 10.30 malam.

Pelakon drama kita regu dibintangi oleh Niezam Zaidi, Mustaqim Bahadon, Hafreez Adam, Cik Manggis, Bella Astilah, Azlan Mubin dan ramai lagi.

Drama Kita Regu Astro Arena

DRAMA KITA REGU

Jumlah episod : 13
Mula Tayangan : 15 September 2021
Waktu tayangan : Rabu, 10.30 malam
Siaran TV : Astro Arena 801
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Four Forte Productions

SINOPSIS KITA REGU

Mengisahkan tentang persahabatan 3 sekawan, 3 impian dengan 1 tujuan. Azlan, Meor dan Syahir 3 sahabat baik yang mempunyai impian untuk mencapai cita masing-masing. Ibarat permainan regu sepak takraw menghadapi perlawanan demi perlawanan, begitulah juga 3 sahabat ini menempuh segala cabaran kehidupan di ibu kota. 

Sungguhpun erat persahabatan mereka sejak sekian lama. Regu ini tak terlepas dari ujian. Inilah perlawanan akhir yang bakal menentukan masa depan mereka.

PELAKON KITA REGU

  • Niezam Zaidi
  • Mustaqim Bahadon
  • Hafreez Adam
  • Cik Manggis
  • Bella Astilah
  • Azlan Mubin

26 comments:

  1. Perghh azlan mubin berlakon dah skrg. Memang kena lah dengan cerita ni. Beliau pun atlit takraw

    ReplyDelete
  2. best jgk skali skala kalo layan drama berkisahkan pasal sukan camni..

    ReplyDelete
  3. Macam menarik juga, perkataan tu pun lain untuk tiga sekawan hehe.. Drama ni, bila buka tv ada,layan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Samalah, kalau ada dan tertengok tu layankan je :)

      Delete
  4. Ada 1 lg cerita psl bowler tu kn? Cerita sheila rusly.. mcm blom publish lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ratu tenpin tu ye? Dah ditayangkan dan habis dah Julai haritu :)

      Delete
  5. Wah! Ada si Bella yang comel tu ikut berlakonlah!

    ReplyDelete
  6. Harap-harap tunjuk selok-belok sukan takraw dengan terperinci.
    Elok juga banyakkan drama tentang sukan-sukan untuk pengetahuan penonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada kot sikit sikit info sepak takraw. Minat boleh lah tengok nanti kak.

      Delete
  7. para pelakon pun ade yg x kenal hahaa..aduhai~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelakon baru dan pelakon lama yang jarang berlakon Shida.

      Delete
  8. Bagus jugaklah ada pemain betul sepak takraw ni, kena dengan ceritanyaaaa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.