Header Ads

Sepiring Tumisan Sayur Pucuk Paku

Tak ada idea nak masak apa tengahari semalam. Rasa macam nak panaskan sambal tempoyak daun kayu je. Lepas tu masak tumis pucuk paku sikit. Sepiring jadilah sebab nak makan sorang je pun.

Bila masak dalam portion kecil ni, saya lebih suka tumbuk bahan tumis. Tumbuk cili api, seulas bawang putih, sebiji bawang rose dan ikan bilis sikit. Tumbuk kasar je tak perlu lumat. 

Panaskan minyak sikit dan tumis bahan tumbuk. Tumisan menyengat betul guna cili api ni. Menyengit hidung sampai terbersin. Berjangkit dengan jiran terbersin sama. Hahaha...Maafkan saya, wahai jiran- jiran.  

Letak garam sikit dan masukkan pucuk paku, Gaul rata bagi layu sikit dah siap. Layu sikit je, jangan layu sangat nanti tak rangup. Saya suka makan sayur rangup, baru sedap! Simple je tumisan sayur pucuk paku.

Sepiring comel ini pun dah terlebih cukup makan sorang. Nasi habis kita ratahkan je. Beberapa hari lepas dah masak sayur pucuk laku masak lemak cili api. Kali ni masak tumis je lah. Mudah, cepat dan mudah.

Sepiring Tumisan Sayur Pucuk Paku


Aneka resipi pucuk ubi

  • pucuk paku tumis campur kerang
  • pucuk paku masak belacan
  • pucuk paku goreng taucu
  • pucuk paku goreng udang kering
  • sayur tumis pucuk paku
  • resepi pucuk paku tumis air
  • pucuk paku goreng kicap

Mana satu masakan lauk sayur pucuk paku paling favourite?

42 comments:

  1. wahh sedapp ni
    pucuk paku goreng. sayur dulu2 he he time zaman kecik kenal sayur pucuk paku je akak sb
    senang nk mkn pi ambik kat tepi2 sawah @ bukit. bykkk.
    kenangan dulu2. kalau x gorzng, buat masak lemak kuning, rebus buat ulam dan buat kerabu pucuk paku, atau pecal. terliurr rasa menu2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kalau dapat pucuk paku. Dah lama tak makan pulak tu kan. lagilah sedap cerita dia. Bestnya dapat petik fresh tu kak. Senang nak kenal sebab dia lain sikit. Aduh, semua yang akak cakap tu menu lauk sedap kak. masak lemak pucuk paku dah. Bolehlah buat kerabu ke rebus je ke. Pecal kena ada sambang kacang baru sedap.

      Delete
  2. Akak suka gak makan pucuk paku tapi maslahnya plak akan kembung perut and angin...tapi kalau dah suka..makan aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh pucuk paku pun sejenis sayur berangin jugak eh. baru tahu. Ishh jangan kak, rasa sikit je boleh kalau gitu :)

      Delete
  3. Hihihi...jiran bersin tu memang rasa semacam kan...Saya pernah masak sambal cili padi disubuh hari nak bawa ke tempat kerja,depa request untuk potluck.Tengah goreng,dengar jiran bersin berkali-kali..
    Aduh,rasa nak tutup semua lampu,biar jiran tak tahu bau tu dari rumah mana 五不不不不

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa bersalah pulak buatkan jiran terbersin sama. Hehe..kalau tutup lampu pun jiran tau :p

      Delete
  4. dh blh lawan siapa bersin paling kuat ngn jiran ni..
    pakat bersin dek tumisan cili.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kita bersin sopan. opkos jiran menang sebab dia bersin kuat kita dengar :p

      Delete
  5. Nampak sedap pucuk paku masak tumis, pernah makan kerabu pucuk paku campur perut lembu.. Adoi dah nak lunch, lapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya sedap ditumis. Pucuk paku dibuat kerabu pun sedap kak. Tambah ada kerang, bertambah sedap. hihi..dah lunch ke belum tu?

      Delete
  6. Eh! Tiba-tiba teringat pagi tadi kami beli pucuk paku. Tapi rasanya hari ini tak masak nasi, sebab pagi tadi dah sarapan nasi kuning. Petang ini Encik Suami ajak ke kampung pula.... makan-makan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti masak nampaknya kak Amie hari ni. Takpe, esok esok boleh masak pucuk paku tu kak Amie :)

      Delete
  7. Makan ketika masih panas2..dok ranggup2 lg...fuhhh tak toleh kiri kanan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul feel makan pucuk paku rangup fresh from kuali. krup krap rangup dia kan.

      Delete
  8. lama akak tak masak pcuk paku nih dik, nanti nak cari jugak lah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun lama tak masak pucuk paku. baru je mendapat :)
      Cari nanti kak Dana.

      Delete
  9. Sedapnya. Suka sangat, baru pesan dengan en suami kalau ada nampak orang jual pucuk paku belilah. nak masak lemak. Sekali Fiza dah masak dulu ya. Lagi la terliur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak Jua. Rezeki saya sampai awal sikit. Lepas ni rezeki akak pulak dapat pucuk paku :)

      Delete
  10. Sayur ni ratah pun sedap. Sekejap je dah habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul. Sedap meratah lepas masak panas panas tu.

      Delete
  11. Pucuk paku salah satu sayur yang boleh saya telannn, kalau tumis macam ni, kadang tu ratah pun boleh, tak oayah makan dengan nasii. Sedappnyaaa, lama dah tak makannn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul, kalau tumis memang sedap ratah makan. Nanti cari pucuk paku Atiqah, masak sendiri boleh makan fresh from wok :)

      Delete
  12. saya suka tumis macam ini.. tapi biasa bubuh air bagi ada kuih sikit. Budak2 ni kalau tak ada kuah sibuk cari kicap pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh jenis suka berkuah memang kena tambah air sikit. Hihi..budak budak memang suka kicap. Mesti mencari kicap kalau tak ada kuah.

      Delete
  13. Semalam baru makan pucuk paku masak lemak. Sejemput je. Tapi ok lah, buat lepas teringin

    ReplyDelete
  14. Akak suka masak tumis pucuk paku. Ringkas dan rasa pucuk tersebut.

    ReplyDelete
  15. Pucuk paku tumis. Dapnyaaa! Ratah begitu je memang boleh habis sepiring ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap diratah begitu saja tanpa nasi lepas masak tu kan. Habis sepiring sudah tentu :)

      Delete
  16. Ammi penah kene "hoiii" dgn jiran tingkat mana ntah. Dia bersin mcm nak tercabut tekak pastu dia marah ckp "bau pedas mcm nak mati". Hishhhhh sentap tau i

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk. kalau saya pun sentap dengar ayat macam tu. Tak rilek betul jiran tu. Sabar je lah.

      Delete
  17. Lama tak mkn pucuk paku, dulu kutip keliling rumah jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki tu kalau boleh petik keliling rumah je Cik Timm.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.