Header Ads

Bunga Ketup Ketup Yang Cantik

Sambil jalan jalan sekitar rumah kampung suami, mata pun meliar melihat apa yang menarik untuk digambarkan. Tertarik dengan bunga berwarna oren kuning yang cantik. Pokoknya agak rendang. Bentuk daunnya bujur.

Kalau ditanya bunga apa memang saya tak tahu lah. Lepas tu saya google terjumpalah nama bunga ketup ketup. Nak tengok gambar penuh pokok ketup ketup macamana kenalah tengok bunga ketup ketup di kebun wak warisan petani.

Pokok wak warisan petani tu lebat bunganya serta daunnya. Rimbun betul. Yang pokok rumah mak mentua saya ni tak berapa nak rimbun daunnya. Bunganya pun tak berapa nak ada. Ada lah dalam beberapa kuntum je.

Pokok ketup-ketup

Pokok ketup ketup dikenali juga dengan nama pokok bunga bauhinia kockiana. Jenis pokok bunga menjalar tahan panas dan wangi. Lupa pulak bau dia macamana.

Bunga Ketup Ketup

Pokok bunga ketup ketup ni bunga menjalar untuk pagar. Selalu nampak orang tanam dipagar. Bila rimbun dengan bunga dan daun tu memang nampak cantik dengan pokok dia yang rendang.

Mulanya saya ingatkan bunga ni bentuk rama-rama. Macam cantik pulak bentuknya kan. Rupanya ada satu kelopak dia gugur. Ada 5 kelopak sepatutnya.

Bunga Ketup Ketup- Bauhinia kockiana

Weekend ni mesti ramai ramai pergi bercuti. Banyak negeri dah masuk fasa 2 dan fasa 3 melainkan Johor dan Kedah masih fasa 1. Bertabahlah...

32 comments:

  1. Geram ni fiza joho masih fasa 1..aishh mnggu nk naik 2..cantik pic fiza..bokeh tu cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes tak turun lagi dua negeri ni. harap turunlah cepat boleh beralih ke fasa baru.
      Risau juga family kat kampung Johor tu bila kes makin naik.

      Saya pun suka bokeh ni. Kalau ambil gambar outdoor tengahari memang lighting on point sangat. Bokeh pun jadi meriah.
      Terima kasih Kak :)

      Delete
  2. Rasanya tak pernah tengok. Tak pasti pula. Cantik dan nampak macam tahan lasak tanaman ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang nampak pokok ni. Macam rare jugaklah kot.
      Memang cantik. Tak pasti lasak ke tidak.

      Delete
  3. Cantiknya.. Baru nak cakap macam rama-rama,rupanya ada satu kelopak gugur.
    P/s: saya baru reply email Fizah. Tak perasan dah reply. Maaf lambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Itulah kan, ingatkan macam rama rama rupanya 1 kelopak takde.

      note : saya pun dah reply email Sal :)

      Delete
  4. Pertama kali tgk bunga ketup2 ni..buah letup2 biasa la tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..cantik kan bunganya :)
      Buah letop letop tu suka buat main dulu zaman kanak kanak. Sekarang macam dah pupus pulak. Tak nampak dah.

      Delete
  5. Komen yang sama, nampak macam rama rama tapi rupa-rupanyaaa 1 kelopak dah gugur, tapi tetap cantikkk! Baca dekat twitter, ramai dah booked hotel tuk bercutiiii, seronok pulakkk tapi harap harap semuanya jaga SOP lah kan kak fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul betul bentuk rama rama memang cantik kan atiqah.Rare gitu.
      Mana mana pun macam hotel fully booked je. Dah tengok tengok agoda mostly last room. Huhu..nanti nantilah kita plan kan. Seram pulak keluar berjemaah ni. Agaknya sebab cuti sekolah kot.

      Delete
  6. Selalu nampak kat pagar di halaman orang...tapi taktau nama...Cantiknya bila banyak2 berkembang..Wangi rupanya yer...Nak kena suruh mak tanam jugak la kat rumah sana...Sukanya kalau bangun pagi dapat hidu aroma bunga wangi.terapi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok dia kalau rimbun dengan daun dan bunga cantiklah. Tapi pokok ni tak berapa rimbun daun dan bunganya. Jarang jarang.
      Seronok pagi pagi bau wangi bunga dan tumbuhan hijau ni. Memang terapi sangat :)

      Delete
  7. Macam bentuk rama-rama lah angle kak fiza snap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang rasa nak snap tu. Cantik pulak bentuk rama-rama bila 1 kelopak takde.

      Delete
  8. tak pernah jumpe lagi bunga ni, namanya of koz lah tak tahu

    ReplyDelete
  9. Bunga tu cantik, gambar Fiza as usuallah cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik bunganya. In real lagi cantik.

      Alhamdulillah. terima kasih kak Farrah 💖

      Delete
  10. Betul itu sekali tengok macam rama-rama. Pertama kali dengar. Mengapalh bunga ini tidak popular padahal cantik dan wangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik tapi jarang nampak. Tak tahulah kenapa kurang popular.

      Delete
  11. NS nka msuk fasa 4 kan...tapi x complete dose ni so duduk diam- diam je la..akak dah start kerja macam biasa esok...cuma selang sehari dan ikut rotation...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak? Alhamdulillah...tengok trend kes menurun kat NS ni.
      Akak pun dah kena kerap kerja selang sehari dah ye. semoga Allah permudahkan urusan kerja akak. Aaminn...

      Delete
  12. Kalau tak tengok gambar betul-betul memang Kak Amie sangka bunga letupletup! Inilah bahana tak pakai kaca mata hihihiii. Membuta saja cara bacanya. First time Kak Amie dengar nama bunga ketup-ketup. Cantik juga bunganya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sebab kita dah biasa dengan buah letop letop tu kan. Tak sangka juga ada nama bunga ketup ketup. Memang cantik bunganya.

      Delete
  13. hoo saya kira bentuknya seperti kupu-kupu, rupanya terlepas satu kelopak dia tuh. Cantik warnanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Naia. Walaupun tak cukup sempurna ada kelopak penuh tapi sangat cantik even ada 4 kelopak pun. Sebijik bentuk kupu kupu.

      Delete
  14. subhanallah , cantiknya sekali tengok seakan rama-rama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik bentuk seakan rama rama walaupun 1 kelopak dah gugur.

      Delete
  15. Cantiknyaa tak pernah tgk bunga ni fiza.. nampak bentuk mcm rama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik bunga ketup ketup ni. Ada 5 kelopak sebenarnya. Satu dah gugur lepas tu nampak macam rama rama pulak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.