Kuih Bulan (Mooncake) Baker's Cottage Pearl Of Prosperity

Semalam encik suami ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menguruskan daftar sijil kematian arwah uwan meninggal bulan Jun lepas. Agak lama untuk menguruskan hal ni disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pejabat tak buka dan perlu buat temujanji.

Ikutkan pakcik kata temujanji bulan 11 nanti. Tapi sejak Negeri Sembilan dah masuk Fasa 3 (bakal masuk fasa 4, bermula 24 Sept) pejabat pun dah dibuka. Untuk urusan pendaftaran kelahiran masih dalam talian. Cuma urusan kematian dibolehkan walk in. Alhamdulillah selesai satu urusan.

Balik balik encik suami beli beberapa pastri dari Baker's Cottage. Salah satunya Kuih Bulan (Mooncake). Disebabkan saya tak pernah rasa kuih bulan, itu yang dia beli tu. Pertama kali nak mencuba kuih bulan. 

Kuih Bulan (Mooncake) Baker's Cottage Pearl Of Prosperity


Sejarah kuih bulan

Kuih bulan (Jawi: كويه بولن ), (bahasa Cina: 月饼 ) sejenis kuih tradisional kaum cina. Biasanya dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Perayaan Kuih Bulan. Kuih bulan dianggap sebagai satu hidangan makanan istimewa yang penting dalam peristiwa Perayaan Kuih Bulan. 

Kuih bulan adalah diberikan kepada rakan-rakan atau disajikan dalam perhimpunan keluarga semasa meraikan pesta tersebut, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.

Kuih bulan biasanya pastri berbentuk bulat atau segi empat tepat. Berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 cm tebal. 

Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. 

Kuih bulan sejenis kuih premium yang berat dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Biasanya dimakan diiringi dengan Teh Cina.

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_bulan

Apa yang membuatkan saya tak rasa nak cuba kuih bulan ni sebab kuih bulan Cina. Rasa ragu ragu kuih bulan halal ke tidak. Tapi sekarang dah ada kuih bulan melayu dan Baker' Cottage pun ada sijil halal. Jadi, bolehlah makan tanpa ragu ragu kuih bulan Baker's Cottage halal.

Baker's cottage promotion 2021

30% off : RM14.42
NP : RM20.60

Encik suami beli 1 je sebab nak rasa, kan. satu biji je pun dah mahal even harga promosi pun. Faktor harga juga buat saya rasa lambat lagi nak rasa kuih bulan ni sebenarnya. Boleh tahan mahal juga, kan?

Itu belum lagi pembungkusan kuih bulan yang berkotak exclusive tu. Ratusan harganya.

Kuih Bulan (Mooncake) Baker's Cottage Pearl Of Prosperity

Mungkin cara pembuatan atau bahan-bahan yang digunakan buatkan kuih bulan ni mahal sebegitu rupa. Terkejut tau tengok harga macam tu. Saya je kot terkejut sebab tak pernah membeli, kan. Yang dah biasa beli lain cerita.

Apa yang menarik tentang kuih bulan ni adalah corak kuih bulan itu sendiri dan juga ada pelbagai perisa. Corak corak kuih bulan berbeza dan cantik-cantik dilihat. Encik suami beli kuih bulan Baker's Cottage E2, Pearl Of Prosperity.

Pearl Of Prosperity (E2)

An interesting 3-layer mooncake, which combines the aromatic fragrance of jade green pandan lotus at the outer layer with golden yellow mung bean filling and golden salted egg yolk at the center.
Weight: 180gm

Kuih Bulan (Mooncake) Baker's Cottage Pearl Of Prosperity

Menarik paras rupa keratan rentas kuih bulan ni. Kuih bulan yang mampat isinya. Tak mudah rapuh. Teksturnya halus. Rasa seperti kuih kacang hijau. Tiba-tiba gigit salted egg tengah tu, rasa macam pelik bila bergabung dengan rasa kacang hijau.

Sepotong tu makan kongsi berdua. Bila rasa pelik itu muncul, terus berhenti makan dan akan bersambung makan nanti. Rasa nak keluarkan salted egg tu dan makan dengan nasi je nanti. Baru boleh habiskan salted egg tu.

Ini yang buat rasa trauma nak mencuba kuih bulan lagi ni. Mungkin akan ada lah kot perisa yang boleh buat saya suka makan kuih bulan ni. Tapi nak beli tu entah tak tahu bila. Macam tak je.


34 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Moga dipermudahkan urusan seterusannya inshaAllah. Cantik gambar kuih bulan berlatarbelakangkan biru pink tu :) . Senang bakers cottage jual bole beli, cuma mahal ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn...terima kasih
      Hehe..bertambah seri ada mangkuk tingkat pemberian akak kat situ kan.
      Yep, ada jual satu satu macam ni mudah nak rasa. Tak perlu beli pek banyak banyak untuk sekadar mencuba rasa.

      Delete
  2. suka kuih bulan..tapi x suka yg ada kuning telur masin tu. cuba try yg red bean punya, dap gak... ada jer yg jual without egg yolk tu...dapp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya first time makan ni. Agak tak suka jugak telur masin tu. Okay baik, nanti cuba red bean pulak. Kena cuba tanpa egg yolk, okay agaknya kot dengan selera.

      Delete
  3. Kita sama lah kak fiza, Nadia last try makan kek bulan pada 2 tahun lepas sebab rasanya pelik. Dan memang fobia nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..lain macam kan sebab bukan makanan kebiasaan kita dari kecik. Dah besar ni baru nak mencuba memang pelik sikitlah.

      Delete
  4. Hihihi....
    Saya pun kalau kuih bulam yang ada salted egg yolk tu memang cannot go...Kalau inti kacang merah,lotus & nut..boleh lagi la telan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia agak pelik kan dengan telur masin. Orang dah biasa makan mungkin suka lah kot, kan. Nanti nak cuba lah pulak inti kacang merah ke lotus atau nut yang akak cakap tu.

      Delete
  5. Akak suka kuih bulan, tapi sekarang malas nak mencari hehehe Baca entri Fiza ni, tiba-tiba teringat pada produk kuih bulan halal yang ownernya gadis Melayu yang mengalami lumpuh separuh badan sebab kena demam panas tu. Yaya ke apa namanya. Ada lagi ke tidak... dulu-dulu sempat juga akak merasa beberapa jenis perasa kuih bulannnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sok sok kalau jumpa bolehlah beli kak. Betullah tu yaya nama dia. Tak pasti pulak, dulu memang viral kuih bulan dia.

      Delete
  6. ada sorang budak melayu yg usahakan perniagaan ni..Yaya kot nama dia. tp kalau nak kene pre-order dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul nama dia yaya. Ohh kena pre order dulu ye. Ingatkan dia jual ready stock. Tak tahu pulak tu sebab saya tak pernah beli kuih bulan.

      Delete
  7. kalo yg telo masin ni mmg sy xsuka..
    teringt ms ngndungkan sofia mmg teringin sgt nk mkn kuih bulan..
    walaupon mahal sanggup je beli..
    mahal hrganya mngkin cara nk buat tu ssh kot.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa pelik sikit tiba tiba ada telur masin kan. mungkin yang biasa makan okay je kot. lain macam mengidam tu Ezy. Agaklah sebab tu lah kot harga dia mahal

      Delete
  8. pernah sekali jer rasa kuih bulan... tak sedap, hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..jujur terus ni. So far lapisan luar pada saya okay cuma telur masing tu agak pelik sikit lah.

      Delete
  9. saya suka salted egg, tapi samalah macam Fizah, tak boleh terima bila dalam mooncake. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah kenapa rasa pelik sangat bila digabungkan dengan salteg egg tu. Sudahnya salted egg tu saya korek makan dengan nasi je. Hehe

      Delete
  10. Nampak sedap tapi tak tahu boleh masuk tekak ke tak. Setiap potongan kuih bulan yang lalu lalang kat IG atau FB mesti nampak macam sedap nak try. Disebabkan harganya yang agak mahal. Hold dulu la niat nak merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tengah festive, itu yang lalu lalang kat media sosial. kita pun saja nak cuba sebab tak pernah cuba. Disebabkan harga tu lah baru sekarang saya merasa. Bukan biasa biasa harga untuk seketul kuih bulan.

      Delete
  11. syu pernah mkn kuih bulan ni, tp xbleh mkn byk. sbb rasa dia manis dan mcm cpt muak jgk.
    tp thun ni xdpt mkn, x smpt beli. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syu makan perisa apa tu yang manis. So far saya makan taklah rasa manis pun cuma tak kena tang salted egg tu je lah. Pasni ada peluang bolehlah membeli Syu.

      Delete
  12. Mungkin Fiza boleh beli yang tiada telur masin. Sekarang kuih bulan ada macam-macam perisa dan ada memang tidak letak telur masin.
    Hehe akak pun belum rasa kuih bulan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, next time kena cuba yang perisa boleh makan tanpa telur masin. Nanti ada rezeki boleh cuba kak :)

      Delete
  13. tak pernah lagi rasa kuih bulan walaupun nampak macam sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dapat merasa ni. Hopefully dapatlah juga merasa nanti :)

      Delete
  14. Aduh.. Kalau Sha memang suka gabungan macam nie.. Manis dan masin yang mengancam.. Kalau pertama kali cuba seeloknya ambil perisa yang tak ada salted egg.. Sebab tak semua orang boleh terima rasa manis dan masin tu.. SHa tak pernah beli yang bakers cottage ini sebab harga dia.. hehehe.. Tapi berbaloilah dengan rasa dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh lain citarasa kita kakSha. Itulah tu, mungkin kena beli perisa lain kot baru rasa sedap. Harga dia tu memang boleh tahan. Mujurlah sedap lapisan luar tu.

      Delete
  15. Pernahh makan tapi yang perisa biasa biasa je, kalau saya punn, rasa tak ngam bila ada salted egg dekat situuuu. Rasa macam pelik? Baikk beli yang perisa biasa je lepas ni kak fiza hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pelik sangat rasanya bila ada salted egg. Tak ngam untuk tekak saya. Dah cuba beli baru tanpa salted egg. More better.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال